
Tidak Puas Hati Pemandu Tukar Laluan, Penunggang Motosikal Tunjuk Isyarat Lucah [Video]
Dalam video dashcam yang tular, kelihatan penunggang motosikal menunjukkan isyarat jari lucah kepada pemandu sebanyak dua kali.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sudah menjadi kewajipan buat semua yang memandu untuk sentiasa berhati-hati di jalan raya dan mengikuti segala peraturan yang ditetapkan.
Namun dalam kita berhati-hati, tak dinafikan adakalanya terdapat perkara yang tak dijangka seperti kemalangan boleh berlaku.
Meskipun berdepan dengan sebarang situasi setiap pengguna jalan raya perlu bersikap rasional dan bertanggungjawab dengan kejadian yang berlaku. Jika ia hanya kesilapan kecil dan tidak membabitkan kemalangan adalah baik jika dimaafkan sahaja.
Penunggang motosikal tunjuk isyarat lucah kerana tak puas hati pemandu wanita ubah laluan
Baru-baru ini, tular satu video yang dikongsikan oleh @anthraxxx781 di X memaparkan seorang penunggang motosikal dengan selamba menunjukkan isyarat lucah gara-gara tidak puas hati dengan seorang pemandu wanita.
Menerusi video dashcam kenderaan pemandu wanita, awalnya dia memaklumkan telah memberi lampu isyarat untuk menukar ke lorong kanan sewaktu melalui lebuhraya Guthrie.
Namun dia memasuki laluan itu secara perlahan-lahan sebaik menyedari terdapat sebuah motosikal di belakang kerana enggan membuatkan penunggang terkejut.
Akan tetapi kelihatan penunggang motosikal dilihat seperti marah dipercayai tidak puas hati dengan cara pemandu itu menukar laluannya.
“Perlahan-lahan ke kanan sebab nak bagi dia (kereta di laluan kanan) pintas akak dulu dan nak bagi alert kereta belakang motor tu akak nak masuk laluan kanan.
“Kenapa awak (penunggang) pandang belakang dan tak puas hati? Sebab awak tak alert dengan keadaaan sekeliling kan, lepas tu terkejut bila akak masuk (laluan) kanan? Padahal akak dah bagi signal dari awal,” kata pemandu itu.
Kelihatan penunggang motosikal turut mengangkat-angkat tangannya seperti sedang memarahi pemandu wanita terbabit sebelum menunjukkan jari isyarat lucah.
Penunggang siap minta berhenti di bahu jalan jika tak puas hati
Tindakan itu membuatkan pemandu wanita berasa berang. Sewaktu berhenti disebabkan kesesakan jalan untuk beberapa ketika kedengaran wanita itu memaklumkan kepada penunggang dia sudah memberikan isyarat lampu untuk menukar laluan.
Namun penunggang motosikal meminta pemandu untuk berhenti di tepi jalan untuk menyelesaikan masalah terbabit.
Enggan menambahkan kesesakan jalan perkara itu tidak diendahkan oleh pemandu kenderaan terbabit.
“Ajak berhenti tepi kalau tidak berpuas hati. Oh My God (OMG), lawan awak bukan perempuan dik. Akak ni fikir tak nak tambah sesak jem je.
“Dia (penunggang) masih ikut rapat sebelah dan ajak berhenti ya,” kata wanita itu sebelum penunggang bertindak menunjuk isyarat jari lucah untuk kali kedua padanya.
Kecewa dengan sikap tidak beradab penunggang motosikal
Sikap penunggang motosikal itu membuatkan pemandu berasa kecewa kerana menunjukkan isyarat tidak senonoh kepadanya. Di akhir video, pemandu turut menunjukkan di lebuh raya berkenaan terdapat laluan khas untuk kegunaan motosikal yang disediakan.
Menerusi info pada dashcam insiden dipercayai beraku pada 15 Januari sekitar jam 8.13 pagi.
— @ (@anthraxxx781) January 18, 2025
Ramai kritik tindakan tak senonoh penunggang motosikal
Melihat di ruangan balas, ramai yang tidak berpuas hati dengan tindakan penunggang motosikal yang berang dan menunjukkan isyarat tidak sepatutnya kepada pemandu.
Malah ada yang mengatakan segelintir penunggang motosikal mempunyai sikap yang tidak bagus apabila berada di jalan raya.
Bukan hanya itu, ada yang meminta pemandu wanita untuk mengambil tindakan lanjut dengan membuat laporan polis.
“Benda macam ni mudah, video ada. Pemilik (dashcam) tinggal buat laporan balai polis, tinggal video dashcam. Kau tengok kejap lagi budak tu melutut minta tarik saman..”

“Rider macam tak ada brek atas jalan. Kau dah nampak orang bagi signal, elak la… Brek ke, bukan luak pun.”

“Aku sebagai rider pun pening kepala tengok rider bebal macam ni. Bila situasi macam ni kau rider kena sentiasa bersedia untuk kereta tukar laluan.”
