fbpx
Now Reading
Dah Lama Nak Beli Kereta, Impian Pasangan Suami Isteri Tercapai Selepas Menang Cabutan Bertuah [Video]

Dah Lama Nak Beli Kereta, Impian Pasangan Suami Isteri Tercapai Selepas Menang Cabutan Bertuah [Video]

Sewaktu menghadiri majlis itu, suami Yaya tidak berharap untuk memenangi sebarang hadiah cabutan bertuah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Kereta merupakan salah satu pengangkutan yang sering digunakan oleh orang ramai untuk ke sesuatu destinasi.

Meskipun kini sudah banyak kemudahan pengangkutan awam disediakan namun kereta juga masih menjadi keperluan buat segelintir individu khususnya mereka yang sudah berkeluarga.

Ini kerana kereta akan lebih memudahkan penggunanya untuk membawa barang anak, perjalanan yang jauh dan sebagainya.

Pasangan tak sangka dapat hadiah kereta

Baru-baru ini, sepasang suami isteri meluahkan rasa syukur tidak terhingga apabila menerima hadiah yang sudah lama diimpikan.

Menerusi video dikongsikan oleh Yaya Othmanii di TikTok, awalnya si suami telah menghadiri majlis makan malam yang dianjurkan oleh syarikat tempat kerjanya.

Jelas Yaya, suaminya itu pergi ke majlis itu tanpa memberikan sebarang harapan untuk memenangi hadiah cabutan bertuah yang sering dianjurkan kebanyakan syarikat.

Menang kereta Proton Saga

Namun tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu apabila suami Yaya kemudian diumumkan memenangi sebuah kereta dipercayai Proton Saga.

“Inilah dikatakan rahsia tuhan. Allah dengar doa kami, alhamdulillah syukur atas nikmat mu yang tiada batas ini. Izinkan kami berkongsi perasaan gembira.

“Sampai ke hari ini masih rasa dalam mimpi dan mereka semua tahu betapa keinginannya kami nak membeli kereta baru.

“Beberapa kali cuba tetapi tiada rezeki, kami gagal. Tahun ni Allah jawab, rezeki awal tahun. MasyaAllah. Alhamdulillah, untuk keluarga kami cukup Allah dah beri keselesaan untuk anak-anak terutamanya.

“Datangnya dari ‘Dia’ (Allah) dan kembaliknya juga kepada ‘Dia’ (Allah),” ujarnya.

Dalam video itu kelihatan si suami turut sujud di atas lantai sebelum naik ke atas pentas untuk menerima plakad kunci kereta.

Ramai ucap tahniah dan kongsi pengalaman

Melihat di ruangan komen, ramai yang mengucapkan tahniah atas kemenangan itu. Malah ada juga yang berkongsi pengalaman mereka pernah memenangi hadiah cabutan bertuah dalam majlis dihadiri.

Ada yang mengatakan ia adalah sesuatu yang menarik apabila mereka dipilih sebagai antara insan yang bertuah.

“Saya ada kenal seorang manusia, dia amat jarang gagal dapat nombor bertua. Bayangkan pernah dapat sebuah rumah sempena penutup sukan komanwel 1998.”
“Company kami kalau lucky draw (cabutan bertuah), nombor 1 sampai nombor 3. Setiap tahun boleh agak yang memang kroni je dapat. Lepas tu nak dapat bonus besar pun jadi kecil je banyak alasan potong itu potong inilah.”
“Orang lain dapat kereta, kita pula dapat seronok dan hujan (menangis)”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.