
“Dekat NY Penuh Tikus” – Mat Saleh Kagum Pengangkutan Tren Di Malaysia Bersih & Tambang Lebih Murah [Video]
YouTuber dari Amerika Syarikat (AS) dikenali sebagai Evan itu berasa kagum melihat tahap kebersihan di stesen LRT Hang Tuah semasa berjalan-jalan sekitar ibu kota, Kuala Lumpur.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui, Malaysia terdiri daripada pelbagai benda unik dan menarik yang mana ia menjadi tumpuan para pelancong sebagai contoh tingkah laku penduduk tempatan yang berbudi bahasa.
Bahkan, penggunaan pelbagai bahasa oleh setiap kaum juga dipuji ramai. Seperti sebelum ini, seorang warga British dikenali sebagai Greg berkata dia terkejut melihat rakyat Malaysia yang mampu berkomunikasi menggunakan lebih daripada satu bahasa.
Lebih mencuri perhatiannya apabila sesetengah individu boleh menggunakan pelbagai jenis bahasa dalam satu masa dengan amat mudah.
Baca Artikel Berkaitan: “Contoh Baik Untuk Ajar Anak” – Mat Saleh Kagum Ramai Rakyat Malaysia Boleh Cakap Lebih 1 Bahasa
Lelaki Dari AS Kagum Dengan Infrastruktur Di Malaysia
Selain daripada tingkah laku terpuji dan penggunaan bahasa yang pelbagai di negara ini, Malaysia juga terkenal dengan infrastruktur yang baik jika dibandingkan dengan beberapa negara yang lain.
Baru-baru ini, tular hantaran di laman YouTube apabila seorang lelaki berasal dari Amerika Syarikat (AS) dikenali sebagai Evan (@thatevanguy1480) berkongsi pengalamannya menjelajah ibu kota, Kuala Lumpur.
Menurutnya, bandar tersebut sangat moden dan infrastruktur yang terbina seolah-olah negara maju seperti di China.
Mat Saleh Terkejut Lihat Lantai Stesen Kereta Api Bersih & Tambang Murah
Dalam vlog itu juga, Evan menunjukkan caranya menggunakan pengangkutan awam untuk menuju ke salah satu tempat makan yang disyorkan orang ramai atas talian. Untuk ke sana, dia telah menaiki tren LRT, Rapid KL dari stesen Hang Tuah ke Masjid Jamek.
Jelasnya, lantai stesen tersebut sangat bersih daripada sebarang kekotoran. Dia juga terkejut tambang yang dikenakan untuk perjalanan itu hanya RM1 sahaja.
“Saya terpesona dengan betapa pantas dan bersihnya (kereta api). Ia sangat mengagumkan. Apabila berada di New York, korang akan nampak banyak tikus melintasi landasan dan di lantai. Tapi tiada di sini (Malaysia),” kata Evan.

Persekitaran Dalam LRT Bersih & Rakyat Malaysia Dikatakan Sopan
Tambah pelancong asing itu lagi, keadaan di dalam tren juga sangat aman dengan pengudaraan yang bagus serta penumpang yang sopan.
“Cantik, sejuk, moden, bersih tiada orang psiko (creeps). Korang boleh lihat ada keluarga. Di New York, keluarga tak naik tren,” kata Evan.
Bukan sahaja persekitaran stesen LRT yang bersih, malah Evan juga kagum dengan kebersihan lantai dalam rel itu.
Ujarnya, rakyat Malaysia juga sangat beradab yang mana mereka tidak membuat bising ketika berada di tempat terbuka lebih-lebih lagi jika berada dalam pengangkutan awam.

Kereta Api Bawah Tanah Di New Yok Bau Seperti Ikan
Evan dalam masa sama juga tidak menyangka negara Asia seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand sangat maju dari segi pembangunan sedangkan negara besar seperti AS masih ketinggalan dalam aspek fasiliti awam.
“Saya tinggal bertahun-tahun di New York dan Chicago, dan saya baru sahaja berdepan dengan pengalaman paling terburuk ketika menaiki kereta api bawah tanah.
“Apabila anda sedang menunggu kereta api, ada ramai gelandangan berkumpul dan pemuzik yang menyanyi dengan begitu kuat. Bila masuk tren, ada pula penari, individu kencing merata, bau ikan (bau hanyir) dan macam-macam,” ujar YouTuber itu.
Ramai Sifatkan Jaga Kebersihan Merupakan Budaya Di Malaysia
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai bersetuju dengan setiap yang diperkatakan oleh Evan tentang pengangkutan awam di Malaysia. Ada juga yang berkata bahawa menghormati penumpang yang lebih dewasa adalah budaya diterapkan di negara ini.
“Di Malaysia, kamu tak dibenarkan untuk makan atau bawa barang berbahaya dalam tren. Penumpang selalunya tak buat hal dan sopan dengan memberi tempat duduk mereka kepada mereka yang lebih tua. Ini adalah budaya kami,” kata seorang wanita.
Malah ada juga warga Malaysia yang menetap di luar negara merindui negara ini selepas menonton vlog Evan sepanjang di Kuala Lumpur.
“Saya adalah rakyat Malaysia yang belajar di AS sekarang. Awak memang buat saya rindu negara saya. Terima kasih sebab ingatkan betapa bersyukurnya saya untuk lahir di negara yang indah. Tak sabar nak balik tanah air,” ujar lelaki itu.
Baca Artikel Berkaitan: “Malaysia Juga Yang Best” – Kaki Travel Kongsi Kenapa Lagi Suka Malaysia Berbanding Negara Lain
Sementara itu, kebersihan awam yang terjaga juga dikatakan hasil keprihatinan golongan masyarakat.
“Susah sebenarnya nak kekalkan kebersihan fasiliti awam. Tapi kami (penduduk tempatan) cuba yang terbaik. Terima kasih sebab hargai (usaha) dan tolong kami jaga kebersihan,” kata seorang pengguna YouTube.













Baca Artikel Berkaitan: “You’re In The Right Country” – Mat Saleh Puji Malaysia Bebas Tunjuk Sokongan Terhadap Palestin [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Well Behave”- Mat Salleh Puji Tingkah Laku Rakyat Malaysia Semasa Konsert Gig [Video]