
Gelagat Kumpulan Pelajar Perempuan Sedih Berpisah Dengan Guru Raih Perhatian [Video]
Kata Cikgu Huzaimi, pelajar perempuan berkenaan menahan keretanya semata-mata untuk menyuap kek serta mengucapkan selamat tinggal.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Alam persekolahan merupakan salah satu fasa yang paling indah dalam kehidupan segelintir individu.
Ini kerana mereka bukan sahaja dapat berjumpa dengan kawan-kawan sebaliknya dapat bertemu dengan guru yang prihatin.
Malah apa yang membuatkan sekolah sentiasa menjadi ingatan ramai apabila ada pendidik yang mencurahkan ilmu dengan penuh keikhlasan.
Pelajar sedih nak berpisah dengan guru lelaki
Baru-baru ini, tular satu video memaparkan sekumpulan murid perempuan berbangsa India yang sedih akan berpisah dengan seorang guru lelaki di SMK Sultan Sulaiman Shah, Bestari Jaya, Selangor.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Cikgu Huzaimi, awalnya kelihatan dua orang murid perempuan menyuapkan kek pada guru berkenaan.
Selepas menyuap pencuci mulut itu, kelihatan mereka seperti sedih sewaktu melambai di hadapan kereta guru itu.
Siap bagi ‘flying kiss’
Bukan hanya itu mereka turut dilihat memberi ‘flying kiss’ kepada guru berkenaan. Sebaik sahaja keluar dari pagar sekolah kelihatan mereka melambai gembira sebelum berpisah.
“Walaupun kita berbeza agama dan bangsa. Awak semua tetap anak murid cikgu yang paling cikgu sayang. Selamat maju jaya, semua,” ujarnya.
Kata Cikgu Huzaimi, pelajarnya itu menahan keretanya semata-mata kerana ingin menyuapkan kek dan juga ingin mengucapkan salam perpisahan.
“Alaa comel, selamat maju jaya semua anak-anak didik cikgu. Semoga tuhan berikan korang dengan kejayaan, walau kita berbeza agama dan bangsa. Kita tetap 1 Malaysia dan cikgu sayang korang semua.
“Selamat maju jaya.”
@zemimazlan Sampai semua tahan kereta cikgu ya, sebab nak suap kek dengan nak say goodbye .. alaa comel … selamat maju jaya semua anak anak didik cikgu, moga tuhan jalankan korangn dengan kejayaan, walau kita berbeza agama dan bangsa, kita tetap 1 malaysia dan cikgu syg korang semua ❤️☹️ goodluck 🎉🥰 #fyp #fypシ゚
♬ suara asli – dimás
Ramai suka lihat kemesraan cikgu dan anak murid
Melihat di ruangan komen, ramai yang suka melihat kemesraan di antara guru dan pelajar-pelajar berkenaan.
Malah ada yang mengatakan bagi seorang pendidik bangsa tidak menjadi satu titik perbezaan bagi mereka, kerana semua murid adalah sama dan tugas mereka adalah mendidik anak bangsa untuk menjadi insan berguna.
Tidak kurang juga ada memberitahu video itu membuatkan mereka teringat pada guru ketika di bangku sekolah.
“Saya sendiri pernah ada staf India bawah saya, saya belanja semua staf sama rata..”

“Sedihnya walaupun aku ukan anak murid. Mesti cikgu ni baik gila. Terima kasih cikgu, semoga terus jadi pendidik yang baik. Lah ternangis pula.”

“Sweet nya semua, semoga terus berkhidmat dan berjasa cikgu”
