fbpx
Now Reading
“Ingatkan Stor”- Ramai Persoal Rumah Sewa Berharga RM750 Tapi Tak Kena Dengan Saiz

“Ingatkan Stor”- Ramai Persoal Rumah Sewa Berharga RM750 Tapi Tak Kena Dengan Saiz

Menurut pengguna berkenaan, rumah dengan kadar sewa RM750 sebulan itu hanya mempunyai satu bilik sahaja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Pada ketika ini, kebanyakan orang lebih memilih untuk menyewa berbanding membeli kediaman dek kerana harga rumah yang di luar kemampuan.

Kebiasaannya, kadar sewa bulanan dan saiz menjadi kriteria utama dalam membuat pilihan rumah sewa.

Yelah, kadangkala harga yang dikenakan oleh segelintir tuan rumah tidak kena dan berbaloi dengan saiz kediaman itu sendiri.

Rumah Serupa Stor Disewa Pada Harga RM750

Samalah seperti sebuah rumah di Sabah ini yang menjadi perhatian kerana kadar sewanya tidak kena dengan saiz kediaman tersebut yang terlalu kecil.

Menerusi hantaran di Kumpulan Facebook Rumah Sewa Kota Kinabalu, seorang pengguna mengiklankan sebuah rumah untuk disewa di Kuala Putatan 1, Putatan, Sabah.

Apa yang menjadi perhatian adalah saiz rumah yang luarnya berwarna kuning itu dilihat terlalu kecil dan disewakan dengan harga RM750 sebulan.

Tidak hanya itu, pengguna berkenaan memaklumkan rumah tersebut hanya mempunyai satu bilik sahaja.

“Rumah satu bilik di Kuala Putatan 1, Putatan. Sewa RM750 masuk elektrik dan air,” tulis pengguna berkenaan.

Rumah Dilengkapi Dengan Kipas Dinding & Sinki

Melalui perkongsian itu juga, rumah tersebut turut dilengkapi dengan lampu, sebuah kipas dinding dan juga sinki pada bahagian dapur.

Malah, terdapat lebih kurang tiga suis buat penyewa yang bakal menyewa.

Pun begitu, saiz sebenar kediaman tersebut serta tandas tidak ditunjukkan menerusi hantaran yang tular itu.

Foto: Facebook

Harga Sewa Rumah Teres Di Sabah RM1,000 Ke Atas Mengikut Saiz

Sekadar info, hasil semakan kami di mudah.my, harga bagi rumah landed seperti teres di Putatan, Sabah adalah RM1,000 ke atas.

Namun, kadar itu adalah bergantung kepada saiz rumah tersebut yang kebanyakannya bersaiz 1,100 kaki per segi (sq.ft).

Ramai Persoal Sewa Tak Kena Dengan Saiz Rumah

Hantaran tersebut nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.  Menjengah ke ruangan komen, majoriti pengguna media sosial mempersoal dan menganggap kadar sewa yang dikenakan agak melampau.

Bagi mereka, dengan harga RM750, orang ramai boleh mendapat rumah yang lebih baik dan besar berbanding kediaman satu bilik itu.

Malah, ada yang menyamakannya sebagai stor atau pondok keretapi hanya kerana saiznya yang agak kecil.

Berikut antara komen pengguna Facebook:

“Mahalnya, Cekik Darah, Rumah Macam Stor, Tempat Lain RM750 Harga Dua Bilik”

“Gila La, RM700 Saja Sewa Rumah Tiga Bilik Di Inanam, Dulu-Dulu Punya Harga, Yang Ini RM750 Satu Bilik”

“Mahalnya, Kalau Dua Bilik Okay Lagi”

“Tandas Dekat Luar”

“Rumah 3 Bilik 2 Bilik Air Pun RM800”

Baca Artikel Berkaitan: “Macam Kat Hong Kong Dah” – Bilik Sewa Sempit Tepi Balkoni Dengan Harga RM600 Curi Perhatian Ramai

Baca Artikel Berkaitan: Tidak Puas Hati Dengan Kadar Sewa Rumah, Lelaki Tikam & Kelar Warga Emas Hingga Maut

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.