
Orang Ramai Puji Tindakan Suami Isteri Hadiahkan Kasut Kepada Semua Rakan Sekelas Anak [Video]
Guru kelas turut meminta murid-murid untuk mengucapkan terima kasih kepada pasangan suami isteri yang memberi hadiah kasut New Balance tersebut dan mendoakan agar mereka dimurahkan rezeki.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sesetengah individu pasti ada memasang niat untuk bersedekah atau menghadiahkan sesuatu kepada orang sekeliling.
Ini termasuklah ahli keluarga, sahabat handai, malah rakan-rakan sekelas dan guru-guru anak di sekolah.
Sebelum ini, para guru di sebuah sekolah telah menerima hadiah perhiasan dari Habib Jewels dari salah seorang murid.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Murid Beli Hadiah Sempena Hari Guru Di Habib Jewels
Baca Artikel Berkaitan: Guru Sekolah Terima Hadiah Rantai RM32K. Si Pemberi Perjelas Ingin Balas Budi & Jasa
Ibu Bapa Beri Hadiah Kasut NB Kepada Kawan Sekelas
Baru-baru ini, satu video yang tular di TikTok (@azra_deanna) menyaksikan keadaan di dalam sebuah kelas di sekolah rendah apabila murid-murid dihadiahkan dengan sepasang kasut baharu.
Apa yang lebih menarik, mereka menerima kasut berjenama New Balance yang umum mengetahui harganya tidaklah murah.
Seorang wanita dipercayai guru kelas dilihat sedang memberi satu beg kertas kepada salah seorang muridnya.
Dia memesan kepada murid-murid agar membawa balik kasut yang diterima dan tidak membuka beg kertas berkenaan agar tidak hilang.
Guru Minta Murid-Murid Ucap Terima Kasih
Guru itu turut memanggil seorang wanita lain yang merupakan ibu kepada salah seorang murid kelasnya untuk berdiri di hadapan kelas.
Dia kemudiannya meminta murid-murid agar mengucapkan terima kasih kepada wanita itu kerana menghadiahkan mereka dengan sepasang kasut setiap seorang.
“Terima kasih aunty. Terima kasih uncle. Semoga murah rezeki. Doakan kami berjaya, jadi anak yang baik,” ujar kanak-kanak terbabit kepada pasangan suami isteri tersebut.
Difahamkan hadiah kasut tersebut diberi kepada murid-murid pada hari terakhir persekolahan sesi 2024/ 2025. Namun ramai murid kelas yang tidak hadir ke sekolah berkenaan pada hari itu.
@azra_deanna Alhamdulillah rezeki utk murid2 hari ini,tp syg murid last day ramai yg tak hadir,terime kasih atas doa anak2 murid semua.. #KasutMurah #kasutsukan #kasutviral #kasutsneakers #kasutmurahajshop
♬ original sound – KASUT MURAH AJ SHOP 2.0 – KASUT MURAH AJ SHOP 2.0
Netizen Puji Sifat Pemurah Pasangan Suami Isteri
Menjenguk ke ruangan komen, orang ramai memuji pasangan suami isteri berkenaan yang memberi hadiah kasut kepada kesemua murid-murid di kelas tersebut.
Mereka berkata pahala pasangan itu pasti akan mengalir sepanjang kasut digunakan oleh murid-murid terbabit dan turut mendoakan agar mereka dipermudahkan segala urusan.
Seorang individu berkata tindakan murni mereka membantu murid-murid yang tidak mampu untuk membeli kasut sekolah.
“Kenapa aku menangis? Sebab faham perasaan bila tak berduit. Dua orang anak aku pernah kongsi sepasang kasut bergilir pergi sekolah,” luah seorang ibu.
Dalam pada itu, ada juga yang sempat berseloroh dan berkata kebiasannya benda-benda yang menyeronokkan pasti terjadi sewaktu mereka tidak hadir ke sekolah.








Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kasut Murid Rabak, Tindakan Murni Cikgu Ini Hadiahkan Kasut Baru Raih Pujian
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Anak Murid Hadiahkan Cikgu TV Selepas Dapat ‘A’ Subjek SPM 2023