
Pemandu E-Hailing Hairan Pelanggan Minta Hantar Walaupun Jarak Dekat Tapi Terkejut Lepas Tahu Kisah Sebenar [Video]
Difahamkan, destinasi yang dituju oleh warga emas itu hanya berhampiran dengan pick-up point di Pusat Beli- Belah Gurney Paragon, Pulau Pinang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Selain daripada pengangkutan awam seperti bas dan teksi, perkhidmatan e-hailing juga menjadi antara pilihan orang ramai pada masa kini untuk pergi ke destinasi yang dituju.
Kebiasaannya, tempahan yang dibuat adalah berdasarkan jarak ke sesuatu lokasi. Jika jauh, sudah tentunya individu akan membuat tempahan.
Namun, ada juga yang memilih untuk menempah perkhidmatan e-hailing walaupun jaraknya itu agak dekat dan hanya boleh berjalan kaki.
Keadaan sebegini kadangkala menyebabkan ada segelintir pemandu berasa pelik dan hairan dengan sikap sesetengah pelanggan sebegini.
Dapat Tempahan Hantar Ke Lokasi Bersebelahan
Itulah tanggapan yang dibuat oleh seorang individu yang juga pemandu e-hailing apabila dia mendapat tempahan sedemikian rupa.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @ceofreedom2, pemandu berkenaan pada mulanya mempersoal tempahan yang dibuat oleh pelanggannya itu.
“Dalam hati sebelum sampai: ‘rumah seberang jalan pun nak order Grab ke?” tulisnya di video.
Pelanggan Rupanya Warga Emas Yang Ada Masalah Kesihatan
Namun, tanggapannya berubah apabila melihat situasi dan keadaan sebenar yang dialami oleh pelanggannya.
Melalui perkongsian tersebut, rupanya pelanggan pengguna itu merupakan seorang lelaki warga emas yang dipercayai mempunyai masalah kesihatan.
Malah, dapat dilihat dia mengalami kesukaran untuk berjalan walaupun menggunakan tongkat menuju kereta tersebut.
Pun begitu, dia tetap berusaha dan cuba melangkah ke arah kenderaan e-hailing walapun agak perlahan.
Difahamkan, destinasi yang dituju oleh warga emas itu hanya berhampiran dengan pick-up point di Pusat Beli-Belah Gurney Paragon, Pulau Pinang.
Keadaan sebegitu nyata menyentuh pemandu e-hailing berkenaan apatah lagi sebelum itu dia mempersoal tindakan pelangganya yang membuat tempahan walaupun jarak yang dekat.
“Minta maaf ye,” tulisnya di ruang kapsyen.
@ceofreedom2 Minta maaf yerr🥲
♬ Sedih menyentuh hati – Yuda Pratama
Pengguna Media Sosial Terkejut & Bersimpati Dengan Pelanggan
Video yang telah mendapat lebih 59,000 tontonan dan turut dikongsikan di platform X itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang mengaitkan perkongsian itu dengan sikap bersangka baik.
Majoriti pengguna berpendapat seharusnya seseorang itu perlu sentiasa bersangka baik kepada orang lain kerana kita tidak tahu situasi sebenar yang dialami oleh seseorang.
Pada masa yang sama, ada pengguna yang turut meluahkan rasa simpati dan kesian melihat keadaan warga emas itu yang mengalami kesukaran ketika berjalan.
Tidak hanya itu, ada yang turut memuji pemandu berkenaan yang sanggup menerima pesanan walaupun jarak yang ditempah agak dekat.
Walau bagaimanapun, segelintir pengguna media sosial yang mempertikai perkongsian tersebut kerana bagi mereka pengguna terbabit tidak seharusnya berkongsi gambar pelanggan.
Selain itu, ada juga yang bertanyakan kepada pengguna berkenaan mengapa dia tidak menghulurkan bantuan.
Namun, menerusi ruang komen, pengguna berkenaan mendedahkan dia ada turun daripada kenderaannya bagi membantu warga emas tersebut.
kalau ada yg terwonder pic.twitter.com/lVPb7QGx3m
— cendol (@cendol1230) January 20, 2025
Berikut antara komen pengguna media sosial:
“Allah Nak Ajar Abang Supaya Sentiasa Bersangka Baik Walapun Sekecil Benda”

“Terima Kasih Abang Terima Job Tu, Sumpah Sedih Kalau Nak Guna Tiba-Tiba Cancelled Padahal Waktu Tu Sangat Memerlukan”

“Lepas Ni Jangan Judge Lagi, Bersyukur Je Dapat Job. Saya Ni Dekat Pun Tetap Guna Grab”

“Terima Kasih Orang Baik”

“Tak Reti Nak Tolong Pimpin Ke Apa”

“Rumah Dekat Ke Jauh Ke, Niat You Baik Ke Tak, Still Tak De Hak Rekod Orang Tanpa Consent”

Baca Artikel Berkaitan: “World Class Mentality” – Tindakan Driver Rapid KL Bantu Warga Emas Turun Dari Bas Raih Pujian Ramai [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Sanggup Pandu Kereta Dengan Perlahan Demi Bantu Warga Emas Lalu Jalan Gelap [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Terbaik Tuan”- Tindakan Polis Trafik Bantu Warga Emas Ketika Motosikal Rosak Raih Pujian Ramai [Video]