
Ramai Bimbang & Titip Doa Lihat 3 Warga Emas Nekad Kayuh Basikal Dari Malaysia Ke Mekah [Video]
Difahamkan, ketiga-tiga warga emas terbabit sudah mula mengayuh basikal menuju ke Mekah dipercayai untuk menunaikan ibadah haji sejak 12 hari yang lalu dari Melaka.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Belakangan ini, mengembara ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikah ibadah haji dengan cara berjalan kaki atau menaiki basikal umpama sudah menjadi satu trend.
Jika dahulu, amat jarang sekali kita mendengar ada individu yang sanggup berbuat sedemikian, tetapi kini ramai yang melakukannya dan tular di media sosial.
Seperti sebelum ini, tular mengenai kisah dua orang lelaki yang dikenali sebagai Bukhari dan Azizul yang melakukan pengembaraan ibadah haji bagi tahun ini dengan cara berjalan kaki, namun tidak sepenuhnya.
Baca Artikel Berkaitan: Nak Tunai Haji 2025, 2 Lelaki Mula Jalan Kaki Dari Perak Ke Mekah [Video]
Tular 3 warga emas kayuh basikal dari Malaysia ke Mekah
Terbaharu, tular pula di media sosial satu video yang memaparkan tiga lelaki warga emas yang mengayuh basikal dari Malaysia menuju Mekah dipercayai untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun ini juga.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @muhammadridzuanos, kelihatan ketiga-tiga lelaki itu mengayuh basikal sambil memakai topi keledar dan jaket keselamatan (reflector safety vest).
Barangan-barangan peribadi mereka juga diletakkan di dalam beg yang diikat pada bahagian belakang basikal.
“Tiga orang warga emas nekad kayuh basikal dari Malaysia ke Mekah,” ringkas tulis pemilik video di ruangan kapsyen.
@muhammadridzuanos 3 Orang Warga Emas Nekad Kayuh Basikal dari Malaysia Ke Mekah #viral #Viral #viraltiktok #viralvideo #makkah #makkahmadinah🕋 #makkah🕋 #Malaysia
♬ Rindunya Daku Kepada Bumi Madinah – Syakir Daulay
3 warga emas mula kayuh basikal sejak 12 hari lalu
Dalam satu lagi hantaran video berasingan di akaun sama, ketiga-tiga lelaki itu dikatakan sudah mula mengayuh basikal menujuk ke Mekah sejak 12 hari yang lalu dari Melaka.
Difahamkan, mereka singgah di kompleks dakwah, Murtadha Dakwah Centre (Madad) di Sungai Petani, Kedah dipercayai untuk berehat dan bermalam sebelum menyambung semula perjalanan menuju ke Alor Setar.
Menurut pemilik video, ketiga-tiga lelaki itu juga tidak begitu pandai dalam menggunakan media sosial selain tiada akaun TikTok menyebabkan misi kayuhan mereka ke Mekah ini tidak diketahui ramai.
@muhammadridzuanos Hari Ke 12 Misi Kayuhan 3 Warga Emas Dari Malaysia ke Mekah Madad Ke Alor Setar #viral #videoviral #makkahmadinah🕋 #makkah🕋 #malaysia #kedah
♬ original sound – Mr Apasaja – Suara Hamba
Netizen beri pelbagai reaksi, ramai luah rasa bimbang
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberikan pelbagai reaksi setelah mengetahui tentang misi kayuhan tiga warga emas berkenaan yang ingin ke Mekah.
Kebanyakan orang meluahkan rasa kebimbangan terhadap tiga warga emas itu memandangkan usia mereka yang sudah lanjut dan jarak perjalanan yang harus ditempuhi adalah sangat jauh.
Orang ramai tidak menafikan bahawa niat tiga warga emas itu sangatlah baik, namun faktor usia dan kesihatan juga perlu dipertimbangkan mereka.
Selain itu, rata-rata pengguna TikTok juga menitipkan doa agar urusan ketiga-tiga warga emas terbabit dimudahkan.




Baca Artikel Berkaitan: