fbpx

Tak Hafal Doa Qunut Ketika Solat Subuh? Ini Yang Boleh Dilakukan [Video]

Sekiranya terlupa doa qunut maka doa ringkas ini boleh dibaca sewaktu mendirikan solat Subuh.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap umat Islam pasti mengetahui kita wajib menunaikan solat sebanyak lima waktu iaitu Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan juga Isyak.

Namun dalam menunaikan solat terdapat beberapa perkara sunat yang disarankan untuk dilakukan setiap kali menunaikannya sebagai contoh adalah doa Qunut semasa solat Subuh.

Dari segi hukum adalah sunat untuk membaca doa qunut sewaktu menunaikan solat Subuh. Mereka yang terlupa membacanya juga boleh melakukan sujud sahwi namun sekiranya terlupa melakukan kedua-duanya solat yang didirikan masih sah.

Tak hafal doa qunut, ini perkara yang korang boleh lakukan

Baru-baru ini, tular satu video yang menunjukkan apakah bacaan yang boleh digantikan sekiranya seseorang itu tidak mengingati atau menghafal doa qunut sewaktu menunaikan solat.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor (Tijari Jais) di TikTok, awalnya dia memberikan sudut pandangan sekiranya seseorang itu tidak ingat untuk membaca doa qunut.

Dalam video itu, kelihatan seorang lelaki sedang mendirikan solat Subuh. Namun sebaik dia bangun dari rukuk di rakaat kedua kelihatan dia seperti kebingungan kerana tidak tahu membaca doa qunut.

“Eh alamak, aku dah lah tak hafal doa qunut ni, hmm macam mana ya. Haih skip jelah,” ujarnya di dalam hati.

Baca doa qunut ringkas

Dalam video sama, Tijari Jais turut mengajarkan bacaan yang boleh digunakan sekiranya seseorang tidak mengingati doa qunut. Doa ini turut digelar sebagai ‘Doa Qunut Ringkas’.

Foto: X

Sebaik dia membaca doa ringkas itu, lelaki berkenaan terus sujud untuk menyempurnakan solat subuh.

Di akhir video, Tijari turut memberikan rukun Qunut iaitu:

  • Doa
  • Pujian kepada Allah SWT
  • Selawat dan salam kepada Rasulullah SAW keluarga dan sahabatnya

“Jadi, apabila memenuhi ketiga-tiga rukun ini. Maka sahlah qunutnya, tidak semestinya membaca doa qunut yang biasa kita bacakan. Doa tersebut pun terdiri daripada 3 rukun di atas.”

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Ini 4 Tips Mudah Buat Mereka Yang Susah Bangun Solat Tahajud, Boleh Cuba!

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.