
Bekas Pekerja Luah Rasa Tidak Puas Hati Dengan Pengurusan Uniqlo Malaysia Di Instagram
Antara luahan yang dikongsikan oleh ‘bekas pekerja’ Uniqlo terlibat adalah seperti sistem cuti ‘Annual Leave’ yang tidak profesional apabila membatalkan cuti yang telah diluluskan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
[KEMASKINI]
UNIQLO dalam kenyataan kepada BuzzKini menjelaskan bahawa mereka komited dalam memastikan tempat kerja yang adil, telus serta dihormati untuk semua pekerja.
Dalam pada itu, mereka turut mengambil serius sebarang maklum balas yang diterima daripada pekerja.
Hantaran Instagram UNIQLO Dibanjiri Luahan Tidak Puas Hati Dari Pekerja
Baru-baru ini, UNIQLO Malaysia memuat naik sebuah hantaran di laman Instagram (@uniqlomyofficial) yang mempromosikan jualan bersempena dengan sambutan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang tidak lama lagi
Namun ruangan komen hantaran tersebut cukup mengejutkan kerana ia dibanjiri dengan pelbagai komen didakwa dari bekas pekerja-pekerja UNIQLO yang menzahirkan rasa tidak puas hati terhadap syarikat berkenaan.
Berdasarkan pemerhatian kami, lebih 800 komen yang ditulis oleh pengguna media sosial di hantaran berkenaan setakat artikel ini ditulis.
Antara luahan yang dikongsikan oleh individu terlibat adalah seperti sistem cuti ‘Annual Leave’ yang tidak profesional apabila membatalkan cuti yang telah diluluskan.
“Saya dah mohon cuti AL tiga bulan sebelum. Saya dah beli tiket kapal terbang semua. Tapi seminggu sebelum tarikh tersebut tiba-tiba cuti saya ditarik balik dan mendakwa saya memohonnya secara ‘last minute’,” dakwa seorang pengguna.
Selain itu, ada di antara mereka yang mendakwa berlaku ketidakadilan dalam pengurusan untuk menaikkan pangkat pekerja selain dipercayai berlakunya ‘favouritism’ dalam kalangan staf.
“Lepas tu mereka naikkan pekerja yang menjadi kegemaran mereka sahaja walaupun kualiti kerjanya ‘hauk’,” luah salah seorang pekerja UNIQLO.
Pada masa yang sama, mereka turut mendakwa bahawa tiada ‘work life balance’ yang diamalkan dalam syarikat berkenaan meskipun gaji yang diberikan agak tinggi.






UNIQLO Belum Keluar Sebarang Kenyataan
Isu ini dilihat telah mendapat perhatian ramai dan pastinya ia turut disedari oleh pihak UNIQLO Malaysia itu sendiri.
Team BuzzKini telah menghubungi pihak UNIQLO Malaysia dan kami juga sedang menunggu kenyataan rasmi mereka berhubung isu ini.