fbpx
Now Reading
“Macam Kasut Vans” – Ramai Tergamam Lihat Lori Terbalik Bangun Semula Di Lebuh Raya [Video]

“Macam Kasut Vans” – Ramai Tergamam Lihat Lori Terbalik Bangun Semula Di Lebuh Raya [Video]

Lori yang terbalik itu telah bangun semula selepas terlanggar dan bergesel dengan pembahagi jalan lebuh raya terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Semakin hari, semakin banyak kes kemalangan dilaporkan berlaku. Tidak kira di kawasan kampung mahupun bandar.

Ada yang berakhir dengan tragedi, namun ada juga segelintir yang bernasib baik dan dipanjangkan umurnya walaupun berdepan dengan kemalangan serius.

Seperti sebelum ini, seorang murid nyaris dirempuh apabila sebuah kereta yang dipandu laju hampir melanggarnya ketika melintas di hadapan sebuah sekolah sekitar Port Dickson, Negeri Sembilan.

Memetik Kosmo, sebuah beg yang dipegang murid lelaki tersebut terpelanting ke seberang jalan selepas pemandu kereta terbabit tidak memperlahankan kenderaannya di kawasan lalu lintas murid sekolah.

Lori Hilang Kawalan Bangun Semula Selepas Terbalik

Terbaharu, tular satu hantaran di laman TikTok apabila seorang lelaki dikenali sebagai Fadzie (@fadz1ee) menunjukkan situasi cemas yang berlaku di sebuah lebuh raya.

Menerusi video dashcam, kelihatan sebuah lori yang pada awalnya mahu mengelak daripada terlanggar sebuah kenderaan di depan secara tiba-tiba hilang kawalan hingga menyebabkannya terbalik.

Walau bagaimanapun, kenderaan di depan itu sempat mengelak daripada dirempuh. Manakala kereta di laluan kanan telah bertindak memperlahankan kenderaan sebaik melihat lori terbabit hilang kawalan.

Namun perkara yang mengundang perhatian adalah, kenderaan berat tersebut tidak kekal terbalik tetapi bangun semula dan kembali ke kedudukan asalnya. Walaupun ia kedengaran agak mustahil, tetapi keajaiban sememangnya berlaku semasa insiden.

“Allahuakbar. Nasib baik dia (pemandu selamat). Dah terbalik dah tadi,” ujar pemilik dashcam.

@fadz1ee

Kemalangan 20 JAN 2025

♬ original sound – fadz1ee

Lori Langgar Divider Sebelum Bangun Semula

Jika lihat rakaman itu dengan teliti, lori berkenaan telah bangun semula dan meneruskan pemanduan seperti biasa selepas ia terlanggar pembahagi jalan di sebelah kiri.

“Kemalangan 20 Januari 2025. Umur mereka panjang,” kata Fadzie.

Seorang pengguna TikTok dipercayai kenalan pemandu lori itu berkata mangsa dengan segera memutar stereng ke kanan untuk menaikkan semula badan lori yang terbalik.

Sumber: TikTok (@fadz1ee)

Ramai Terkejut Lihat Lori Boleh Bangun Semula

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai meluahkan rasa syukur pemandu terlibat berada dalam keadaan selamat selepas badan lori bangun semula.

“Jarang-jarang berlaku lori bangun semula. Selalunya semua berakhir dengan kehancuran. Tapi yang ni Allah pelihara pemandu Allahuakbar,” kata seorang lelaki.

Malah, ramai juga tidak menyangka insiden yang selalunya dilihat dalam sebuah filem aksi itu berlaku dalam dunia nyata.

“Subhanallah kalau tengok kejadian tu, hampir mustahil lori dah terbalik macam tu tiba-tiba boleh tegak semula. Tapi tiada yang mustahil kalau Allah kehendak,” ujar seorang individu.

Segelintir individu juga berpendapat bahawa lori pada ketika itu sedang berada dalam keadaan ringan tanpa beban yang banyak hingga membolehkan ia bangun semula meskipun sudah terbalik.

“Lori dia tak banyak barang agaknya ringan. Kalau barang penuh dan berat tak mungkin lori tu (boleh) naik balik. Pemandunya juga cepat kawal strereng,” kata seorang wanita.

Sumber: TikTok (@fadz1ee)

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.