
Pernah Kerja Di Kuala Lumpur Selama 6 Tahun, Rakyat Malaysia Jumpa Warga Asing Di Jabal Nur Curi Perhatian [Video]
Menerusi video berasingan, warga asing yang dikenali sebagai Abdul mendedahkan dia datang ke Malaysia tanpa permit yang sah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap perkara yang berlaku dalam kehidupan seharian kadangkala merupakan satu kebetulan.
Sebagai manusia, ada ketikanya apa yang berlaku membuatkan kita kagum dengan kuasa Allah SWT
Bayangkan, situasi seperti terjumpa rakyat Malaysia bukan di negara sendiri tetapi di negara lain.
Jumpa Warga Asing Yang Pernah Bekerja Di Malaysia Ketika Turun Jabal Nur
Itulah yang dialami oleh sekumpulan lelaki yang bukan berjumpa rakyat tempatan sebaliknya warga asing yang pernah bekerja di Malaysia.
Menariknya, pertemuan kumpulan lelaki itu dengan warga asing yang dikenali sebagai Abdul berlaku di Jabal Nur, Mekah.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @matalipo, kelihatan mereka teruja dan bertanyakan pengalaman warga asing yang berasal dari Bangladesh itu ketika menetap di Malaysia.
Tinggal Di Malaysia Selama 6 Tahun & Dah Kerja Banyak Tempat
Ketika ditanya tentang pengalaman bekerja di Kuala Lumpur, Abdul mendedahkan dia telah tinggal di Malaysia selama lebih enam tahun.
Dalam tempoh tersebut, pelbagai lokasi yang telah menjadi tempat dia bekerja antaranya seperti Pusat Beli Belah IOI dan Menara Telekom Malaysia (TM).
“KL Sentral, IoI City, Masjid Jameah (jamek), Abdullah Hukum, Kotaraya, Bangsar, tahu TM? Haa Menara TM,” kongsinya.
@matalipo Part 1 : Borak Dengan Abdul #fyp #foryoupage @Mamat Got No Chill @Toqforshort
♬ Chopin Nocturne No. 2 Piano Mono – moshimo sound design
Datang Malaysia Tiada Permit, Anggap Malaysia Baik
Menerusi video berasingan, Abdul mendedahkan dia datang ke negara ini tanpa permit yang sah.
“Dua tahun permit tiada, empat tahun kosong,” kongsinya. Malah, Abdul turut memuji kebaikan orang Malaysia yang baginya amat bagus.
Tidak hanya itu, warga asing berkenaan turut berseloroh mengatakan jika di Arab Saudi, sekiranya tiada permit, dia akan dihantar pulang ke Bangladesh.
Namun, dia mendakwa pihak berkuasa seperti polis tidak akan melakukan apa-apa sekiranya tiada permit di Malaysia.
“Saudi (Arab Saudi) tak boleh kosong, terus hantar balik. Kalau Malaysia kosong, polis tiada apa-apa la, dia miskin punya orang,” kongsinya lagi.
@matalipo Replying to @LizaAnne Part 2 : Kisah perit suka duka Abdul di Malaysia 😭 @Mamat Got No Chill @Toqforshort #fyp #foryoupage #saudi
♬ Chopin Nocturne No. 2 Piano Mono – moshimo sound design
Pengguna Media Sosial Ada Yang Terhibur, Ada Pula Sebaliknya
Video yang telah mendapat hampir satu juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang terhibur mendengar jawapan daripada warga asing itu apatah lagi dia juga dilihat agak fasih berbahasa Melayu.
Malah, ada yang mahu pengguna berkenaan memuat naik lagi video perbualan mereka di platform itu.
Namun, ada pula segelintir pengguna media sosial yang terganggu dengan kenyataan Abdul berkaitan pihak berkuasa di Malaysia.
Mereka berpendapat kenyataan Abdul berkaitan permit seolah-olah mengejek tugas pihak berkuasa khususnya polis dan imigresen.
Jabatan Imigresen Siasat Dakwaan Warga Asing Masuk Malaysia Tanpa Permit
Terbaharu, Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti warga asing yang didakwa masuk ke Malaysia tanpa permit.
Menurut Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban, pihaknya mengambil maklum berhubung video tular yang mendakwa pekerja warga asing itu menetap di negara ini bagi tempoh enam tahun tanpa sebarang dokumen sah.
Gesa Orang Ramai Salurkan Maklumat Berkaitan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)
Pada masa yang sama, JIM turut meminta agar orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung isu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) untuk menyalurkannya agar tindakan dapat segera diambil.
“JIM memandang serius sebarang isu melibatkan PATI. Kita akan siasat untuk kenal pasti identiti lelaki asing itu dan akan semak jika dia masih di Malaysia atau sudah keluar negara.
“Kita akan terus meningkatkan operasi penguatkuasaan dan mengambil tindakan ke atas mana-mana warga asing yang melakukan kesalahan imigresen seperti tiada dokumen yang sah,” katanya yang dipetik dari Sinar Harian.
Berikut antara komen pengguna TikTok:
“Bangga Dia Kerja, Dia Kerja Cari Rezeki Halal”

“Nampak Dia Bangga Bekerja Di Malaysia Sebab Mampu Ingat Nama Tempat”

“Bahagia Betul Dia Eh, Cepatlah Part 3 Pula, Seronok Tengok”

“Nampk Sangat Diorang Ejek Polis Kita”

“Nampak Macam Lucu, Tapi Ada Yang Tersirat Di Sebaliknya, 6 Tahun Duduk Malaysia, Lama Tu”

Baca Artikel Berkaitan: “Datang Malaysia Kerja Tarik Kabel”- Lelaki Kongsi Pekerja Bangladesh Masing-Masing Ada Kelulusan Tinggi [Video]
Baca Artikel Berkaitan: ‘Sekarang Aku Faham Kenapa Syarikat Banyak Ambil Warga Asing,’- Majikan Pening Pekerja Tempatan Buat Perangai [Video]