
Tiada Waris, Tindakan Nurse Lelaki Suapkan Pakcik Tua Makan Buat Ramai Sebak [Video]
Menurut Zahat yang juga jururawat di hospital berkenaan, pakcik itu memaklumkan dia tidak mempunyai waris kerana isterinya sudah meninggal dunia manakala anak pula tidak diketahui keberadaannya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap individu pasti mempunyai rasa empati di dalam diri yang akan berasa simpati dan kasihan apabila melihat seseorang berada dalam kesusahan.
Sifat empati itu juga akan membuatkan kita secara spontan menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
Meskipun adakalanya bantuan diberikan itu adalah tanggungjawab dalam bidang kerja seperti jururawat namun tak semua mampu melakukannya dengan penuh keikhlasan.
Tindakan jururawat suapkan pesakit tua makan raih perhatian
Baru-baru ini, seorang jururawat lelaki di sebuah hospital di Kedah telah meraih perhatian ramai dengan tindakan murninya terhadap seorang warga emas yang juga pesakit di hospital berkenaan.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Zahat Sik, awalnya kelihatan Zahat membuka bekas makanan yang berada di atas meja pesakit warga emas itu.
Sebaik bekas makanan itu dibuka, Zahat kemudiannya mengambil sudu dan meletakkan lauk pada nasi untuk menyuap pakcik berkenaan.
Malah Zahat turut menyifatkan lauk sambal yang disediakan oleh pihak hospital itu kelihatan enak untuk membuatkan pesakit itu mempunyai selera makan.
Ambil video untuk kenangan sebelum pakcik diserahkan bawah jagaan JKM
Turut kelihatan Zahat sempat berbual-bual dengan warga emas itu sambil mengatakan rakaman itu diambil sebagai kenangan sebelum pakcik tersebut dihantar ke Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Ipoh.
Menurut Zahat, pakcik itu merupakan bekas tentera dan dia sering memanggilnya soldier namun dia dipercayai tidak mempunyai waris untuk menjaganya. Susulan itu mereka terpaksa menghantarnya ke pusat kebajikan.
“Di wad aku panggil (pesakit) soldier sebab dia bekas tentera. Mata buta, kaki kudung sebelah sebab penyakit kencing manis. Tiada waris.
“Anggap ini video kenangan suap nasi, tukar lampin dan lain-lain. Sebelum JKM akan ambil dari wad..,” katanya.
Kelihatan pakcik itu makan dengan berselera apabila Zahat menyuapnya makanan sambil berbual-bual dengannya.
Pernah berkahwin, namun isteri meninggal dan pakcik tidak tahu di mana keberadaan anak
Di ruang komen Zahat juga ada menceritakan pakcik itu sebelum ini pernah berkahwin dengan seorang wanita warga Indonesia. Namun isterinya itu sudah meninggal dunia disebabkan penyakit kencing manis.
Ujarnya lagi pakcik itu mempunyai seorang anak namun tidak mengetahui di manakah keberadaannya. Jelasnya lagi pakcik itu menceritakan dia berkahwin dengan wanita itu sewaktu bertugas di Sabah.

Dalam ruangan sama, video tersebut membuatkan ramai sebak dan teringat kepada ibu bapa sendiri.
Tidak kurang juga ada yang menceritakan pengalaman mereka yang juga pernah berdepan dengan situasi sama.
“Dulu jaga mak dekat wad, lepas tu ada makcik depan tu nak air. Dia panggil jururawat seorang pun tak datang. Saya pun pergi bagi air, suapkan nasi yang ada. Banyak dia makan, rupanya petang tu makcik tu meninggal.”

“Dulu zaman jadi pelajar praktikal, pesakit yang tak ada waris ni lah paling kami suka. Dapat suap makan, dapat siapkan bila mandi. Sambil suap tu sambil air mata laju meleleh, sebak sungguh rasa di hati.”

“Terbaik Zahat, semoga Allah membalas jasa anda.”
