fbpx
Now Reading
Warga Asing Enggan Ambil Duit Diberi PU Riz Meski Dihimpit Kesusahan Buat Ramai Sebak [Video]

Warga Asing Enggan Ambil Duit Diberi PU Riz Meski Dihimpit Kesusahan Buat Ramai Sebak [Video]

Warga asing terbabit menyatakan dia sudah meminjam wang daripada rakannya sebanyak RM50 untuk membeli barang-barang keperluan seperti beras dan sayur-sayuran.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak kiralah siapa pun diri kita atau apa pun pangkat kita, setiap manusia dituntut untuk melakukan kebaikan.

Malah, di dalam Islam, mereka yang melakukan kebaikan seperti bersedekah, membantu orang yang susah akan sentiasa diberikan ganjaran pahala.

Bukan hanya itu, kebaikan yang dilakukan juga dapat menggembirakan hati mereka yang sedang mengalami kesusahan.

Tengah buat konten di media sosial, sekali terjumpa warga asing dalam kesusahan

Seperti baru-baru ini, siapa sangka pendakwah bebas, PU Riz yang sedang melakukan konten di media sosial secara kebetulan menemui seorang warga asing dari Bangladesh yang sedang dihimpit kesusahan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, PU Riz pada awalnya menegur lelaki terbabit untuk meminta bantuan mengambil gambarnya sebelum lelaki berkenaan menceritakan tentang masalah yang dihadapi.

Difahamkan, video tersebut dirakam daripada jauh untuk melihat reaksi serta nasihat yang akan diberikan oleh individu berkenaan.

Warga asing cerita kesusahan diri, sampai terpaksa pinjam duit daripada kawan

Bagaimanapun, lain pula yang terjadi selepas warga asing terbabit mendedahkan bahawa dirinya juga kini sedang mengalami kesusahan.

Menurunya, dia baru sahaja pulang semula ke Malaysia setelah bercuti di kampung halaman dan kini menghadapi masalah kekurangan kerja.

“Saya pun sekarang kurang kerja, satu hari kerja, satu hari tak kerja, saya sendiri pun susah,” katanya yang tidak dapat memberi kata-kata nasihat kepada PU Riz.

Warga asing enggan terima wang diberi PU Riz

Apa yang lebih mengharukan, warga asing itu juga enggan menerima wang yang ingin diberikan oleh PU Riz kerana menyangka pendakwah itu juga sedang mengalami kesusahan.

Dia menyatakan bahawa dirinya sudah meminjam wang daripada rakannya sebanyak RM50 untuk membeli barang-barang keperluan seperti beras dan sayur-sayuran.

“Takpelah, ‘you’ sendiri pun susah, takpelah,” katanya dengan lembut menolak bantuan yang ingin diberikan oleh PU Riz.

Lelaki tersebut akhirnya mengambil wang yang diberikan oleh PU Riz sebanyak RM50 setelah dipaksa berkali-kali untuk mengambilnya.

Melihat ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut berasa sebak melihat reaksi warga asing berkenaan yang enggan menerima pemberian PU Riz kerana faham akan kesusahan orang lain.

Malah, mereka turut menitipkan doa agar lelaki dari Bangladesh itu dilimpahi dengan rezeki yang banyak.

Tidak hanya itu, segelintir pengguna Instagram juga memuji PU Riz kerana melakukan konten sebegini yang mampu menyedarkan ramai tentang keperluan untuk saling membantu antara satu sama lain.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.