fbpx
Now Reading
Cara Wanita Ini Nasihatkan Anak Untuk Tak Putus Asa Baca Al-Quran Buat Ramai Kagum [Video]

Cara Wanita Ini Nasihatkan Anak Untuk Tak Putus Asa Baca Al-Quran Buat Ramai Kagum [Video]

Menerusi video tersebut, kedengaran si ibu memberikan nasihat itu untuk anak perempuannya tidak berputus asa membetulkan tajwid dan menghafal al-Quran.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Al-Quran merupakan kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW untuk dijadikan sebagai panduan kepada seluruh umat Islam.

Malah kita juga disarankan untuk sentiasa beramal dengan al-Quran dengan cara membaca, memahami serta menghormati kitab suci itu dengan sebaiknya.

Bukan hanya itu, Allah SWT turut menjanjikan ganjaran pahala serta kehidupan yang baik buat mereka yang tidak pernah meninggalkan al-Quran dalam hidupnya.

Cara ibu nasihat anak untuk beri motivasi terus baca al-Quran raih perhatian

Baru-baru ini, seorang ibu menjadi perhatian ramai dengan cara dia menasihati dan memberikan semangat kepada anak yang sedang menghafal al-Quran.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Sharifah Zahidah di TikTok, awalnya kelihatan dia yang sedang duduk bersebelahan anaknya telah bertanya satu soalan.

Soalan yang ditanya si ibu adalah bagaimana keadaan sebuah rumah yang diduduki namun tidak pernah dikemas selama 10 tahun? Si anak kemudian menjawab keadaan rumah pastinya bersepah.

“Ada sepah, ada busuk, ada kotor, betul tak kakak? Kakak rasa boleh tak kakak nak kemas rumah yang 10 tahun tak pernah dikemas tu dalam tempoh satu jam, boleh tak?” soal si ibu.

Bagi contoh rumah yang dah lama tinggal untuk anak faham

Anaknya kemudian mengelengkan kepala menunjukkan ia adalah mustahil untuk mengemas rumah yang berselerak bagi tempoh lama dalam waktu yang singkat.

Si ibu lalu bertanya berapa lama masa yang perlu diambil oleh anaknya untuk mengemas rumah berkenaan? Kanak-kanak perempuan itu memaklumkan dia memerlukan masa sekitar satu bulan.

“Satu bulan. Ya, nampak tak dia macam mesti kakak akan buat sikit-sikit kan? Jadi sekarang ni, selama kita hidup kita tidak (dekat) sangat dengan al-Quran. Jadi sekarang baru kita baru nak betul-betul mengaji dengan al-Quran.

“Jadi dia akan ambil masa tak?” soal si ibu lagi.

Anggap rumah seperti hati yang sedang dibersihkan

Si anak hanya mengangguk untuk menjawab persoalan ibunya. Wanita itu kemudian meminta anaknya untuk menggambarkan dirinya kini sedang mengemas hatinya sendiri.

Katanya usaha si anak dengan kerap membaca al-Quran untuk memperbaiki tajwid serta menghafal kitab suci itu adalah proses untuk mempersiapkan hati.

“Ingat tak ibu cakap, Al-Quran ni kan dia macam tuan puteri atau raja. Dia macam sesuatu yang sangat bernilai. Dia (Al-Quran) nak ke pergi tempat yang kotor? Tak nak kan, dia nak pergi tempat yang macam mana? Bersih.

“Jadi sekarang kakak tengah bersihkan hati kakak dan ia mengambil masa. Insya-Allah kakak boleh buat,” kata wanita itu sambil mencium kepala anaknya.

@sha.zahidah

Sharing this moment when chat got hyped. Join us in the next LIVE!#tiktoklive #livehighlights

♬ A sad, sad, sentimental ballad(1265603) – ayumu tanahasi

Sebagai info membaca al-Quran disifatkan sebagai santapan rohani yang dapat membersihkan jiwa setiap manusia. Antara kelebihan membaca al-Quran adalah seperti:

  • Diberi kemulian serta ganjaran pahala.
  • ketenangan jiwa.
  • Rumah diberikan cahaya.
  • Al-Quran akan menjadi syafaat di hari akhirat.
  • Membaca satu ayat daripada al-Quran akan dicatat sebagai melakukan kebajikan yang dilipat gandakan.

Ramai kagum cara wanita nasihatkan anak, ada yang anggap sebagai motivasi untuk diri sendiri

Melihat di ruangan komen, ramai yang kagum dengan cara si ibu ini menasihati anaknya. Ini kerana intonasi yang dikeluarkan oleh si ibu begitu lembut untuk bercakap dengan kanak-kanak berkenaan.

Malah ada juga yang berasa sebak mendengar nasihat itu dan merasakan wanita itu seperti bercakap dengan mereka.

Ada juga merasakan apa yang dinasihatkan oleh si ibu juga boleh menjadi motivasi kepada semua yang menonton video terbabit.

“Saya teringin nak cakap lemah lembut macam ni dengan anak, tapi baru lembut 2-3 patah perkataan. Dia buat aku angin dah”

“Motivasi betul, saya yang dengar pun nak nangis”

“Nasihat macam ni kena selalu ingatkan. Sekali dia je tak jadi”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.