fbpx
Now Reading
Kuantiti Minyak Berbeza Mengikut Jenama? Ini Yang Patut Korang Tahu

Kuantiti Minyak Berbeza Mengikut Jenama? Ini Yang Patut Korang Tahu

Selain cara pemanduan, faktor kesihatan enjin dan keadaan tayar juga boleh memberi kesan kepada jumlah penggunaan bahan api.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Bila berbicara soal pilihan petrol, pasti jawapannya berbeza-beza. Malah masih ada yang percaya bahawa jenama petrol memainkan peranan penting dalam menentukan penjimatan minyak.

Tidak kurang juga yang percaya bahawa minyak petrol RON97 lebih menjimatkan dan memberi prestasi baik pada enjin kenderaan berbanding RON95.

Namun, persoalannya adakah perkara ini benar atau sekadar mitos? Mungkin selama ini kita hanya dimomok-momokkan kononnya ada jenama minyak yang tidak bagus seperti tidak menjimatkan penggunaan bahan api. 

Ramai masih percaya jenama petrol pengaruhi penjimatan minyak

Untuk itu, team BuzzKini telah menemu bual beberapa pengguna jalan raya untuk bertanya sama ada mereka percaya jika jenama petrol memainkan peranan dalam penjimatan minyak.

Hasil dari video temu bual itu mendapati kesemua mereka memberikan jawapan yang sama iaitu mempercayai bahawa jenama petrol sememangnya mempengaruhi jarak perjalanan/ perbatuan yang boleh dicapai.

Perkara ini secara tidak langsung membuktikan masih ramai percaya dengan mitos penjimatan minyak adalah bergantung kepada jenama petrol yang digunakan semata-mata.

Cara pemanduan main peranan

Walau bagaimanapun, hakikat sebenarnya adalah cara pemanduan yang akan memberi kesan ketara terhadap penggunaan minyak.

Tidak dinafikan, setiap jenama petrol mempunyai campuran dan bahan tambahan (additive) yang berbeza-beza sekali gus boleh mempengaruhi pergerakan komponen-komponen di dalam enjin seperti ‘piston’.

Soal penjimatan minyak pula, boleh dikatakan ia tidak terlalu ketara. Bahkan korang sendiri tidak akan sedar berapa jarak perjalanan yang mampu dicapai jika guna petrol dari jenama stesen minyak berbeza.

Foto: Pexels

Secara asasnya, semua orang tahu bahawa kereta yang dipandu dalam keadaan memecut (revving dalam rpm yang tinggi) akan lebih cepat kehabisan minyak berbanding pemanduan biasa.

Dalam bahasa mudahnya, semakin kuat pedal minyak ditekan– semakin laju kereta bergerak. Dan secara automatiknya, semakin banyak bahan petrol yang digunakan.

Jadi, cara pemanduan kereta sebenarnya perkara paling penting untuk menentukan penjimatan petrol.

Tahap kesihatan kereta dan tayar

Selain cara pemanduan, faktor kesihatan enjin dan keadaan tayar juga boleh memberi kesan kepada jumlah penggunaan bahan api.

Sebagai contoh, penapis udara (air filter) yang kotor boleh menyekat aliran udara sekali gus menyebabkan enjin perlu bekerja lebih keras. Manakala palam pencucuh (spark plug) yang haus akan mengakibatkan pembakaran tidak sempurna serta meningkatkan penggunaan bahan api.

Itu belum lagi cerita tentang masalah penyuntik bahan api (fuel injector), timing enjin dan sensor oksigen rosak, semua ini pun boleh mempengaruhi jumlah penggunaan petrol tau. Korang kena lebih rajin dalam pemeriksaan kereta dan servis di bengkel yang dipercayai.

FotoL Pexels

Jenis tayar dan saiz sport rim turut mempengaruhi juga ya! Semakin berat tayar, semakin kuat enjin kereta terpaksa bekerja.

Sebab itulah korang jangan lupa untuk perhatikan kondisi tayar dengan memastikan tekanan angin mencukupi. Angin yang kurang akan membuat kereta menjadi lebih berat sekali gus menyebabkan penggunaan minyak boleh bertambah sehingga 3%* kerana geseran tayar berlebihan.

Foto: Pexels

Faktor jalan raya

Akhir sekali, tidak dinafikan juga bahawa faktor jalan raya turut mempengaruhi penggunaan bahan api tau. Bagi sebahagian kes, ia memaksa enjin untuk ‘menelan’ petrol yang lebih seperti jalan berbukit.

Ini kerana jalan yang berbukit akan memaksa enjin untuk bekerja lebih keras ketika mendaki berbanding semasa menurun atau meluncur di atas jalan raya yang rata.

Jalan raya yang sesak sehingga memaksa kereta untuk berjalan dan berhenti terlalu kerap juga akan menyebabkan penggunaan bahan api bertambah.

Foto: Pexel

Jadi, tak kisahlah petrol jenama mana sekali pun yang korang gunakan, yang penting cara pemanduan tu. Kalau bawa kereta penuh berhemah, bukan setakat minyak dapat dijimatkan, keselamatan diri pun lebih terjamin.

Semoga dengan perkongsian ini dapat membuka mata semua orang tentang faktor penjimatan bahan api yang sebenar dan mungkin boleh mengubah cara pemanduan korang.

Kalau betul nak pilih jenama petrol, pilihlah yang beri korang lebih dari minyak. Nak lagi mudah faham, tonton video di bawah:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.