
Pakai Kostum & Mekap Hantu Untuk Hadiri Dinner, Wanita Ini Buat Polis Terkejut Ketika Roadblock
Jelas Fazwin, dia memilih untuk memakai kostum Valak kerana suka membuat mekap hantu serta pakaian tersebut mudah untuk dicari.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sudah menjadi satu kebiasaan buat sesebuah syarikat untuk mengadakan majlis makan malam tahunan bagi meraikan para pekerjanya selepas setahun bertungkus-lumus bekerja.
Bagi memeriahkan lagi majlis makan malam terbabit, kebiasaannya ahli jawatankuasa (AJK) akan meletakkan tema baju yang akan dipakai oleh para pekerja ketika majlis berlangsung.
Maka di sinilah orang ramai dapat melihat kreativiti serta sikap santai pekerja untuk tampil dengan pelbagai jenis baju yang bersesuaian dengan tema.
Wanita pakai kostum hantu buat polis urut dada kerana terkejut
Baru-baru ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Fazwin turut tidak ketinggalan untuk melakukan perkara yang sama sewaktu menghadiri majlis makan malam tahunan syarikatnya.
Namun insiden yang berlaku sewaktu dalam perjalanan ke lokasi majlis makan malam membuatkan ramai terhibur.
Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh Fazwin di X, awalnya kelihatan dia memilih untuk memakai kostum Valak untuk majlis makan malam yang bertemakan karakter.
Namun dalam perjalanan ke lokasi majlis tersebut pada malam itu, secara tiba-tiba terdapat sekatan jalan raya (SJR) yang dilakukan oleh pihak polis.
Perkara itu secara tidak langsung membuatkan Fazwin bimbang disebabkan dia tidak sahaja memakai kostum Valak sebaliknya wajah turut dimekap mirip seperti karakter seram itu.
“Tolong, saya tak nak polis mati terkejut (kerana tengok Fazwin seperti hantu),” tulisnya.
Mohon maaf pada pihak polis kerana terkejut lihat kostum hantu
Sebaik melepasi sekatan jalan raya itu, seperti yang dijangka Fazwin memaklumkan penampilannya itu membuatkan polis terkejut.
“Polis tadi pakcik-pakcik ya (sudah tua). ‘Terkejut aku, ingat betul hantu’ sambil urut-urut dada. Saya minta maaf pakcik. Apa yang lebih buruk lagi, cukai jalan (road tax) mati pula beberapa hari lepas.
“Pakcik berkenaan terganggu (dengan kostumnya) tadi jadi dia benarkan saya pergi,” ujarnya.

Pilih kostum Valak kerana suka mekap hantu serta pakaian mudah dicari
Jelas Fazwin, dia memilih karakter Valak itu kerana suka dengan tema serta mempunyai kemahiran untuk membuat mekap berkenaan.
“Pakaian juga mudah dan senang cari. Tambahan pula, untuk pemenang ‘best costume’ akan memenangi wang tunai RM500.
“Saya ada niat kalau saya menang, nak guna duit tersebut untuk perbaharui road tax kereta yang dah mati 14 Januari hari tu.
“Malangnya, saya tak menang. Tetapi kena viral dalam satu malam sebab pakaian saya pun dikira rezeki untuk perniagaan kerja seni saya,” kata Fazwin kepada BuzzKini.

Selain polis ada juga orang lain yang terkejut melihat penampilan Fazwin
Ketika ditanya apakah yang dikatakan oleh pihak polis sebaik melihat dia berpakaian seperti itu, Fazwin mengatakan mereka hanya bertanya dia dari mana dan sebaik memberi penjelasan mereka hanya menyuruhnya beransur.
“Dia orang (polis) tanya balik dari mana? Ada apa malam ni? Saya cakap baru balik dinner. Tapi sebab pakcik tu terkejut sangat dia suruh saya beransur pergi.
“Malam tu pula, terserempak dengan dua kakak dekat lif. Tempat kawasan parkir kereta pula gelap. Kakak berdua tu sikit lagi nak jerit, nasib baik sempat cakap ini kostum kak!”
Dalam satu lagi hantaran, Fazwin turut memaklumkan dia meminjam kasut bapanya dan tudung ibu untuk menjayakan watak yang dibawa sebagai Valak pada malam itu.
ITS A MAKEUP FOR CHARACTER PARTY. DAH LA TAK MENANG BEST COSTUME. ADA ROADBLOCK PULAK. SIA2 AKU CURI KASUT BAPAK AKU. pic.twitter.com/jDKnbY9Uwx
— DIA★AWIN (@diaawin) January 22, 2025
Menerusi semakan kami, Fazwin juga ada menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan di sosial media menjual buku nota serta sarung telefon yang dilukisnya sendiri.
hi, my name is Awin and do photo manipulations. please help to support my small business 🥰 i sell notebooks and phone cases (iphone only) all are preorders. can purchase through shopee. thank you. tolong saya beli renew road tag 🥲🙏🏻 https://t.co/cbZkQxdpnG
— DIA★AWIN (@diaawin) January 23, 2025
Ramai yang terhibur lihat gelagat wanita pakai kostum Valak
Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur dengan hantaran Fazwin malah ramai yang ingin mengetahui reaksi sebenar polis ketika melihatnya dalam kostum Valak itu.
Tidak kurang ada yang turut terkejut sebaik melihat wajah Fazwin dengan solekan hantu yang dibuatnya itu.
“Hantu rabun kena pakai cermin mata nak kacau orang yang betul”

“Wei terhibur aku pagi ni.. Terima kasih atas hiburan. Semangat sikit nak kerja”

“Kak! Kau memang lagend kak, kakak patut ganti polis buat roadblock tadi”
