
Rider Bantu Wanita Tolak Stroller 3 Pagi Cari Roti Untuk Anak Autisme Raih Pujian [Video]
Melalui perkongsian itu, dapat dilihat rider berkenaan berjaya mendapatkan roti yang dicari apabila kelihatan kanak-kanak lelaki terbabit sedang menikmatinya di dalam stroller.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap hari, ada sahaja perangai dan gelagat anak kecil yang terpaksa dihadapi oleh ibu bapa atau penjaga.
Sikap dan perbuatan mereka itu kadangkala tidak masuk akal dan boleh menguji kesabaran.
Namun, jika sudah namanya kanak-kanak khususnya yang berada dalam keadaan istimewa, apa yang mereka tahu adalah segala keinginan mereka dipenuhi tidak kiralah apa situasi sekalipun.
Ibu Tolak Kereta Sorong Bayi 3 Pagi, Cari Stok Roti Penuhi Permintaan Anak Autisme
Hanya kerana mahu memenuhi permintaan anak istimewa, seorang wanita sanggup menolak kereta sorong bayi bagi mencari bekalan roti kegemaran anak lelakinya di Kuang, Selangor.
Perkara itu dikongsikan oleh seorang pengguna di TikTok @nxjme yang terjumpa wanita tersebut bersama anak autistik itu.
Rider Bantu Dapatkan Stok Lepas Tahu Roti Kegemaran Si Cilik Tiada Di Kedai
Apa yang menjadi perhatian adalah roti kegemaran kanak-kanak berkenaan tiada di kedai yang dituju.
Simpati dengan wanita bersama anak lelakinya yang dijumpa secara rawak itu, pemilik video yang juga merupakan seorang rider penghantar makanan sanggup mencari stok roti di beberapa kedai yang berdekatan.
“Pukul 3 wei. Akak ini menolak stroller anaknya. Aku mana boleh, aku memang jahat tapi hati baik,” kata pengguna itu di video berkenaan.
Berjaya Dapatkan Roti Perisa Kegemaran Kanak-Kanak Autisme
Melalui perkongsian itu, dapat dilihat rider berkenaan berjaya mendapatkan stok roti apabila kelihatan kanak-kanak terbabit sedang menikmatinya di dalam stroller.
Namun, dia menjelaskan roti yang diperolehi bukanlah dari jenama kegemaran kanak-kanak berkenaan sebaliknya ia roti yang mempunyai perisa yang sama.
Menerusi video itu juga, kedengaran wanita itu mengucapkan terima kasih kepada rider tersebut atas kegigihan dan bantuannya mendapatkan stok roti buat mereka.
Namun, rider berkenaan menolak ucapan terima kasih dan menganggap niat baiknya itu adalah dari Allah SWT.
Malah, ketika rider dia meminta kanak-kanak itu membuat tanda peace, ibu si cilik menjelaskan anaknya itu tidak memahami apa yang dikatakan.
“Terima kasih Allah SWT. Allah yang hantarkan. Pukul 3 wei. Pukul 3 semata-mata nak cari roti,” kata rider berkenaan.
@nxjmxe Kol 3 pagi tolak anak autism cari roti. Dah sampai kedai, roti yang anaknye nak takde. Gua ape agi start motor wat pacak gi cari roti kat 7e. Sian akak ni. Semoga dipermudahkan segala urusan akak 🤲🏻 #rider #grab #shopee #grabrider #shopeerider #fypage
♬ original sound – nxjmxe. – nxjmxe.
Wanita Tidak Mempunyai Kenderaan, Terpaksa Jalan Kaki Pergi Kedai
Difahamkan, wanita itu tidak mempunyai kenderaan hingga menyebabkan dia terpaksa berjalan kaki sambil menolak anaknya menggunakan kereta sorong bayi pergi ke kedai.
Malah anaknya itu didakwa tidak boleh tidur sekiranya tidak mendapat bekalan roti yang diminta.

Jelas rider itu lagi di ruangan komen, dia tidak menemani dan menghantar wanita berserta anak-anak itu ke rumah kerana risau jika mereka tidak selesa.

Ramai Yang Memuji, Ada Juga Yang Simpati
Video yang telah mendapat lebih 122,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang memuji tindakan rider berkenaan yang sanggup menghulurkan bantuan kepada kedua-dua individu tersebut.
Malah, ramai yang mendoakan agar urusan kehidupan rider itu dipermudahkan kerana kebaikan yang dibuat.
Tidak kurang juga ada yang turut menzahirkan rasa simpati terhadap wanita berkenaan serta anak autismenya.
Ini kerana ada pengguna media sosial yang juga mempunyai anak istimewa boleh mengaitkan situasi sama seperti yang dialami oleh wanita itu.
Ini antara komen pengguna TikTok:
“Semoga Lampu Isyarat Selalu Hijau, Dompet Sentiasa Tebal, Perjalanan Sentiasa Lapang, Tidur Selalu Nyenyak & Rezeki Melimpah Ruah”

“Saya Faham Perasaan Akak Tu, Anak Saya Pun Autisme, Kalau Dia Nak, Mesti Kena Cari Keropok Dia Nak”

“Semoga Asbab Menolong Kakak Ni, Allah Permudahkan Urusan & Impian Yang Awak Nak Capai”

“Anak Saya Pun Autisme Juga, Diorang Akan Makan Benda Sama, Emak Ayah Kena Usaha Ajar Diorang Makan Macam-Macam”

“Itulah Pengorbanan Ibu Ayah Yang Mempunyai Anak Autisme”

Baca Artikel Berkaitan: “Dia Tak Gila, Cuma Tak Matang” – Lelaki Autisme Miliki PHD Terangkan Tentang Ilmu Fiqh Autism [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Apa Itu Autisme,” 3 Personaliti Hebat Kongsi Detik Pahit Manis Memiliki Anak-Anak Istimewa Ini