
Selalu Dibuli & Dipulau Dipercayai Punca Lelaki Bakar 9 Rumah Di Baling
Menurut Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh pihak polis percaya suspek bertindak membakar sembilan rumah di Baling kerana dendam.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini kami ada melaporkan berhubung kejadian menimpa penduduk-penduduk di daerah Kupang, Baling, Kedah apabila banyak rumah yang terbakar.
Insiden itu membuatkan mereka diselubungi perasaan bimbang sehingga terpaksa melakukan pengawasan serta rondaan keselamatan untuk mencari siapakah pelakunya.
Malah mereka juga pernah terhidu bau petrol di hadapan sebuah rumah sekitar 14 januari lalu dan menyebabkan penduduk cuba untuk mengepung kawasan berkenaan untuk mengesan individu yang melakukannya.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Misteri Kebakaran Di Baling: Penduduk Sudah Kepung Seluruh Kampung, Masih Gagal Tangkap Pelaku [Video]
Dendam dipercayai punca lelaki bakar 9 buah rumah di Baling, Kedah
Terbaharu, kebakaran yang menyelubungi penduduk di kawasan itu akhirnya terjawab apabila pihak polis telah berjaya menahan seorang lelaki yang dipercayai terlibat dalam kegiatan berkenaan.
Jelas Ketua Polis Kedah, Datuk Fisol Salleh berdasarkan hasil siasatan yang dibuat, lelaki itu ditahan jam 12.30 malam pada 20 Januari lalu.
Menurut Fisol dendam dipercayai menjadi punca suspek berusia 23 tahun bertindak untuk membakar sebanyak sembilan buah rumah di Kupang sejak awal bulan Disember 2024 sehingga awal Januari ini.
“Suspek yang juga penganggur dan penduduk di Kupang itu ditahan pada tengah malam kelmarin (20 Januari).
“Kesemua sembilan kes khianat dengan api yang dilakukan suspek adalah berpunca daripada perasaan dendam kerana sering dibuli di tempat kerja sebelum ini,” ujarnya lapor Harian Metro.
Dibuli ditempat kerja & dipulaukan penduduk setempat
Turut difahamkan lelaki berkenaan tidak sahaja dibuli namun dia juga dipulaukan oleh penduduk setempat serta sebahagian individu yang mengenalinya.
Katanya lagi, lelaki itu sebelum ini bekerja di sebuah kilang getah berhenti sekitar tiga bulan yang lalu sebelum insiden kebakaran pertama perlaku pada 24 Disember 2024.
Tambah Fisol, polis percaya kerana perasaan dendam suspek kemudian bertindak untuk membakar sembilan rumah terbabit.
Kebarakaran kesemua rumah itu turut dianggarkan alami kerugian tertinggi berjumlah RM300,000.
Suspek kemudiannya direman sehingga 25 Januari, kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan (Akta 574).
Curah petrol dekat motosikal sebelum merebak ke rumah penduduk
Modus operandi lelaki berkenaan untuk kebakar terbabit adalah mencurahkan petrol ke atas motosikal dan ia menyebabkan api merebak ke rumah penduduk.
Kebakaran rumah-rumah tersebut dipercayai berlaku sekitar jam 2 pagi hingga 5 pagi. Selain rumah antara yang terbakar adalah dua kenderaan serta 18 motosikal dengan kerugian bernilai RM770,000.