fbpx

Tak Nak Bagi Takut Waktu Bersunat, Staf Klinik Ajak Kanak-Kanak Lelaki Bersembang Cuit Hati Netizen [Video]

Ketika proses sunat telah selesai dijalankan, kanak-kanak itu seolah-olah terkejut dan tidak menyangka proses itu tidaklah begitu sakit seperti yang disangkakannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Pada ketika ini, sedang berlangsungnya cuti akhir persekolahan bagi sesi 2024/2025 bagi kebanyakan sekolah di Malaysia.

Sudah pastilah ada ibu bapa akan mengambil peluang dengan membawa anak-anak pergi bercuti sepanjang tempoh tersebut.

Namun, ada juga yang memanfaatkan cuti sekolah yang panjang ini dengan membawa anak mereka khususnya yang lelaki untuk pergi berkhatan.

Sebut tentang khatan atau sunat, pasti ramai dah terbayang gelagat kanak-kanak yang kebanyakannya akan takut ketika menjalani proses itu hingga kadangkala memerlukan beberapa orang dewasa untuk menenangkan mereka.

Staf Klinik Bijak Ganggu Tumpuan Budak Lelaki Ketika Proses Bersunat

Samalah seperti staf sebuah klinik di Kangar, Perlis ini yang dilihat bijak mengawal situasi ketika proses berkhatan seorang kanak-kanak lelaki.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @annuraclinic, kelihatan budak lelaki berkenaan sedang menjalani proses berkhatan.

Apa yang menjadi perhatian adalah beberapa kakitangan klinik itu mengajak kanak-kanak terbabit untuk berbual agar dia tidak terlalu menumpukan kepada proses tersebut.

Staf Klinik Sembang Pelbagai Topik, Kanak-Kanak Boleh Jawab Dengan Baik

Lebih menghiburkan, pelbagai topik yang disembang oleh mereka antaranya butiran peribadi serta masakan ibu, teman wanita, bola sepak dan Perdana Menteri.

“Saya tak da awek. Tak minat perempuan, minat Allah,” jawabnya.

Yang menarik, kanak-kanak itu mampu menjawab dengan baik dan betul setiap soalan yang ditanyakan kepadanya walaupun pada saat itu dia dilihat seolah-olah mahu mengalirkan air mata.

Malah, ketika ditanya sama ada dia berminat dengan kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), kanak-kanak itu langsung tidak teragak-agak untuk mengakui dia sememangnya minat kelab itu kerana Ariff Aiman.

Pada masa yang sama, dia juga kelihatan seolah-olah seperti mahu mengetahui apa yang sedang berlaku dan sempat menitipkan nasihat kepada doktor untuk melakukan proses tersebut dengan baik.

“Buat (sunat) jangan bagi sakit. Ini buat apa ini? Aduh” katanya kepada staf perubatan dan doktor tersebut.

Terkejut Proses Khatan Cepat Selesai, Siap Tanya Kenapa Tak Sakit

Ketika proses sunat telah selesai dijalankan, kanak-kanak itu seolah-olah terkejut dan tidak menyangka proses itu tidaklah begitu sakit seperti yang disangka.

“Ini (sunat) sudah dah ni? Siap dah ni? Tapi awat pak cik (doktor) laser tak sakit? Tapi bila nak cuci nantikan, sakit dak?

Namun, staf perubatan sekali lagi cuba menarik perhatian kanak-kanak itu dengan bertanyakan soalan tentang kelab bola sepak Manchester United (MU) dan pemain bola Lionel Messi.

“Minat jugak (MU). Messi tak minat, pendek,” jawabnya.

Pun begitu, dia yang masih tidak percaya tetap bertanyakan kesahihan adakah proses tersebut telah diselesaikan.

“Ini jahit ke ni? Laser dah? Sumpah? Yang dok keluar asap tadi tu? Awat tak sakit? Tapi awat tadi bila cucuk sakit? Kalau habis ubat kebas sakitkan? Ke tak?” tanyanya lagi.

Malah, dia juga turut mengakui dan memuji proses sunat di klinik itu langsung tidak menyakitkan dirinya serta kebaikan staf klinik berkenaan.

Difahamkan, kanak-kanak lelaki itu merupakan salah seorang peserta bagi Program Khatan yang diadakan di Masjid Al Ghufran Batu 2 Lama, Kangar, Perlis.

“Terhibur semua team yang bantu untuk pegang adik ni berkhatan semalam di Masjid Al-Ghufran.

“Dia punya takut tu naik katil pun tak mahu. Tapi alhamdulillah dah selamat berkhatan adik ni,” tulis pemilik video menerusi ruangan kapsyen.

@annuraclinic

Terhibur semua team yang bantu untuk pegang adik ni berkhatan semalam di Masjid Al-Ghufran 😆 Dia punya takut tu naik katil pun takmau. Tapi alhamdulillah dah selamat berkhatan adik ni. #annuraclinic #khatancutisekolah #sunatlaser

♬ original sound – AnnuraClinicOfficial – AnnuraClinicOfficial

Ramai Terhibur Lihat Gelagat Kanak-Kanak Ketika Bersunat

Video yang telah mendapat lebih empat juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, ramai yang terhibur dengan keletah kanak-kanak lelaki tersebut termasuk gelagat staf klinik yang mengusiknya.

Malah, ada yang berseloroh mengatakan bahawa kanak-kanak itu bakal merasai kesakitan terutamanya pada waktu malam.

Tidak kurang juga ada yang menganggap dia beruntung kerana proses khatan yang tidak sakit jika dibandingkan dengan masa lalu.

Ini antara komen pengguna TikTok:

“Hahaha Jenuh Doktor Dengan Akak Misi Nak Fikir Soalan Nak Distract Adik Ini Dari Takut”

“Kelakar La Kau Ni Dik”

“Kira Kau Untung Dik, Abang Dulu Kena Duduk Atas Batang Pisang”

“Anak Saya Autism, Dia Sunat Bius Satu Badan, Bangun-Bangun Cakap Alhamdulillah, Dekat Rumah Dia Meraung ‘Mami Saya Tak Nak Sunat'”

“Dulu Abang Orang Pertama Sunat, Jerit Satu Klinik Dengar. Keluar Klinik, Orang lain Dah Start Tak Tenteram”

“Anak Saya Buat Dengan Klinik Ni Juga, Lepas Habis Bius, Baru Tahu Sakitnya, Dia Kata Macam Kena Gigit Harimau”

Baca Artikel Berkaitan: Kanak-Kanak Nyanyi Qunut Nazilah Ketika Berkhatan Undang Perhatian Ramai [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Anak Autisme, Sindrom Down Wajib Khatan, Kata UAI [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.