fbpx
Now Reading
Berusaha Dapatkan Sijil Halal, Pengusaha Kecil Jual Keropok Lekor Ini Buat Ramai Kagum

Berusaha Dapatkan Sijil Halal, Pengusaha Kecil Jual Keropok Lekor Ini Buat Ramai Kagum

Menurut wanita yang dikenali sebagai Afie, pengusaha keropok lekor itu membuat permohonan sijil halal terbabit sendiri bersama isterinya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Setiap individu yang menjalankan perniagaan makanan pasti mengetahui betapa pentingnya kualiti, kebersihan serta bahan yang digunakan.

Apatah lagi jika produk makanan itu mempunyai pembeli di kalangan mereka yang orang Islam. Perkara penting yang perlu dititik beratkan adalah ia bukan sekadar bersih, berkualiti bahkan dijamin halal.

Namun umum mengetahui sijil halal bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk diperoleh bahkan mereka perlu melalui beberapa proses sehingga sijil itu benar-benar layak untuk diberikan.

Wanita kagum usaha pengusaha keropok lekor berusaha dapatkan sijil halal

Baru-baru ini, seorang wanita telah berkongsi rasa kagumnya terhadap usaha ditunjukkan pasangan pengusaha kecil yang menjual makanan di Rembau, Negeri Sembilan.

Menerusi carousel yang dikongsikan oleh Afie di TikTok, awalnya kelihatan dia berkunjung ke sebuah kedai menjual keropok lekor sebelum ke tempat kerja.

Namun ketika menanti keropok lekor yang dipesannya dia terlihat satu kertas yang ditampal di hadapan kedai. Apabila pergi mendekatinya dia berasa kagum apabila gerai kecil itu mempunyai sijil halal.

“Saya macam tak kan lah (mungkin bukan kepunyaan pengusaha itu). Mungkin HQ (ibu pejabat) punya kot, banyak jenama besar pun tak ada sijil halal.

“Tapi apa yang penting sedap, saya makan RM5 (nilai keropok lekor yang dibeli) seorang tanpa sedar. Sos pun sedap.

“Tak puas hati, saya tengok dekat-dekat (sijil halal). Ya, memang dia orang (penguasa) punya sijil halal. Rujuk nama perniagaan dan alamat,” katanya.

Dapat sejak November 2024, sediakan semua dokumen sendiri

Afie turut bertanya kepada pemilik gerai mengenai sijil halal tersebut Jelas pengusaha kedai keropok lekor itu mereka baru sahaja mendapatkan sijil berkenaan sekitar November 2024 yang lalu.

Katanya pengusaha lelaki itu dia dan isteri yang menyedikan setiap dokumen, audit serta pemeriksaan seperti yang diperlukan untuk mendapatkan sijil berkenaan.

“A’ah saya dengan isteri. Audit pertama adalah yang perlu dibetulkan itu dan ini. Kami ikutlah selepas itu,” jelasnya.

Menurut Afie dia pernah mendengar proses untuk mendapatkan sijil halal bukanlah mudah dan banyak perkara yang perlu dilihat secara teliti. Namun pasangan pengusaha itu berjaya melakukannya.

“Tapi dia orang berjaya, power major respect!.

“Apakah alasan jenama besar yang boleh mengupah pegawai halal untuk membuat permohonan sijil halal untuk mereka.

“Abang ni cerita kerajaan Negeri Sembilan kot ada buat program ‘Halal Cottage’. Dia apply dapat geran bantuan untuk sijil halal.

“Majlis Agama (Negeri Sembilan) ada buat seminari dan kelas online jadi dia orang ajar usahawan kecil. Untuk memohon sijil halal, dokumentas sehinggalah penghantaran (submission).”

Sukar masuk produk di pasar raya jika tiada sijil halal

Pengusaha itu turut memaklumkan selepas memiliki sijil halal mereka lebih mudah mendapat bantuan daripada kerajaan dan terdapat agensi yang sudah menyedari kewujudan perniagaan yang dilakukannya.

Tambah pengusaha itu lagi sebelum ini dia ingin memasukkan produknya ke kedai sejuk beku di pasar raya. Namun kebanyakannya meletakkan syarat produk perlu memiliki sijil halal.

“Harap abang dan isterinya dapat tembus pasaran yang lebih luas. Semoga ada rezeki untuk anak kecil yang sentiasa ada teman ibu ayah buat keropok lekor ni.

“Power lah hebat pengusaha yang macam ni. Abang ni cakap dia belajar tak tinggi tapi mentaliti dia jauh kehadapan. Dia nampak peluang perniagaan, isteri dia pun hebat,” puji Afie.

Ramai yang kagum cara pengusaha ini berniaga

Melihat di ruangan komen, ramai yang kagum dengan usaha pengusaha itu dalam menaikkan perniagaannya apabila membuat permohonan sijil halal.

Malah ada yang mengakui permohonan sijil itu bukan mudah dan melalui pelbagai prosedur.

Ada juga yang mengatakan permohonan sijil halal sebenarnya tidak susah sekiranya mengetahui cara dan langkah yang betul.

“Komitmen tu yang mahal. Tahniah, semoga ramai lagi pengusaha kecil yang boleh mohon sijil halal”

“Contoh orang yang mentaliti kelas A. Tahniah, semoga terus berjaya dunia dan akhirat.”

“Okay sekarang saya perlukan keropok lekor abang ni. Ada buat penghantaran ke?”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.