fbpx
Now Reading
Guru Bawa Anak Murid Pergi Healing Lepas Peperiksaan SPM Raih Pujian [Video]

Guru Bawa Anak Murid Pergi Healing Lepas Peperiksaan SPM Raih Pujian [Video]

Guru berkenaan dilihat membawa kesemua 21 pelajarnya itu pergi bercuti ke sebuah villa yang terletak di Kampung Kuala Pangsun, Hulu Langat, Selangor.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Pada ketika ini, sedang berlangsungnya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) buat pelajar tingkatan lima.

Namun, ada sesetengah pelajar yang telah habis menduduki peperiksaan tersebut walaupun ada segelintir mereka masih lagi berhempas pulas sedang menjawab soalan yang dijangka bakal tamat 6 Februari ini.

Kebiasaannya, habis sahaja jawab peperiksaan bermakna itulah kali terakhir mereka berjumpa dengan guru-guru.

Guru Bawa Pelajar Pergi Healing Lepas Habis Jawab Peperiksaan SPM

Lain pula dengan seorang guru lelaki ini yang sanggup membawa anak muridnya pergi bercuti selepas tamat peperiksaan SPM.

Menerusi video yang dikongsikan oleh guru berkenaan di TikTok@zemimazlan, beliau pada mulanya membuat satu permainan iaitu cubaan masukkan pen ke dalam sebuah bekas.

Jika pen yang dibaling tidak masuk ke dalam bekas tersebut, maka beliau perlu membawa kesemua 21 orang murid kelasnya pergi healing.

Menariknya, beliau dilihat dengan sengaja seperti mengikuti trend apabila tidak melontarkan alat tulis itu dengan betul hingga menyebabkan pen berkenaan tidak masuk dalam bekas yang dituju agar membolehkan beliau membawa pelajar kesayangannya pergi bercuti.

Bawa Pergi Bercuti Di Sebuah Villa, Siap Ada Aktiviti Barbeku

Apa yang menjadi perhatian, beliau membawa kesemua pelajarnya itu pergi bercuti ke sebuah villa yang terletak di Kampung Kuala Pangsun, Hulu Langat, Selangor.

Pelbagai aktiviti yang dilakukan oleh pelajar berkenaan sebagai menghilangkan rasa stres dan penat lelah atas usaha mereka selama ini.

Menerusi perkongsian tersebut, pelajar tidak kira dari pelbagai bangsa dilihat menghabiskan masa dengan aktiviti mandi dalam kolam, menonton wayang bersama-sama malah turut menjalankan aktiviti barbeku.

Malah, ada ketikanya pelajar dilihat begitu selesa dengan guru tersebut hingga ada yang siap baring di atas riba ketika berbual sesama mereka.

“Last trip dengan anak-anak murid selepas SPM 2024 dan sebelum mereka memulakan langkah dewasa nanti. Good luck semua,” tulis guru berkenaan menerusi ruang kapsyen.

@zemimazlan

Last trip with anak anak murid after SPM 2024 dan sebelum mereka memulakan langkah dewasa nanti .. goodluck semua <3 🥰 #fyp #fypシ゚

♬ Generasiku – AMP

Sedih Anak Murid Yang Dididik Akan Tinggalkan Alam Persekolahan

Menerusi video berasingan, kelihatan guru berkenaan memberi ucapan dan memohon maaf kepada pelajar yang telah dijaga selama dua tahun.

Malah, beliau dilihat sebak dan hampir mengalirkan air mata ketika memberi ucapan tersebut.

@zemimazlan

Simpan sini buat kenangan amanat terakhir dari cikgu kepada semua … termasuk anak murid alam maya cg sekali ahahah goodluck for your future <3 #fyp #fypシ゚

♬ Pesan – Imal Kifli

Tidak hanya itu, ada beberapa pelajar lelaki yang dilihat memeluk dan masing-masing mengalirkan air mata kerana perpisahan yang bakal berlaku.

“Selamat tinggal semua. Selesai sudah tanggungjawab cikgu sebagai guru kelas korang. Mata macam air terjun bila dah nak berpisah. Goodluck semua for your future,” tulisnya di ruang kapsyen.

@zemimazlan

Selamat tinggal semua.. selesai sudah tanggungjawab cikgu sebagai guru kelas korang.. mata macam air terjun bila dah nak berpisah … ☹️ goodluck semua for ur future <3 #fyp #fypシ゚

♬ takkan hilang budi doremi – Bomaxxx

Ramai Teruja Lihat Inisiatif Guru Cipta Kenangan Dengan Pelajar Buat Kali Terakhir

Video yang telah mendapat lebih 546,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, masing-masing mempunyai rasa yang tersendiri apabila melihat hantaran berkenaan.

Majoriti pengguna media sosial ada yang teruja namun dalam pada masa yang sama turut sedih melihat situasi tersebut.

Tidak hanya itu, ada juga segelintir anak muridnya yang turut menzahirkan ucapan terima kasih di ruangan komen.

Ini antara komen pengguna TikTok:

“Cikgu Zaman Sekarang Buat Anak Murid Macam Kawan, Cikgu Saya Tahun 70an & 80an Dulu Macam Singa Ooo”

“Cikgu Kesayangan Ni”

“Terima Kasih Cikgu Bawa Kitaorang Pergi Bercuti”

“Semoga Cikgu Dimurahkan Rezeki Sebab Belanja Anak Murid Semua”

“Walaupun Cikgu Muda Lagi, Tapi Sifat Bapa Yang Sayangkan Anak-Anak Itu Terserlah”

Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Tak Sangka, Cikgu Hadiahkan Pakej Umrah Sempena Hari Persaraan

Baca Artikel Berkaitan: Guru Kongsi Kisah Sedih, Rupanya Ada Sebab Kenapa Murid Sanggup Tak Cuci & Pakai Kasut Sekolah Kotor [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.