
Orang Yang Berjudi Termasuk Secara Online Tidak Boleh Jadi Wali Nikah
Menurut UAI tidak kiralah seseorang itu berjudi secara suka-suka atau hanya sekali, dia tetap tergolong dalam orang yang fasik.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap umat Islam pasti mengetahui bahawa berjudi merupakan salah satu perkara yang berdosa dan haram untuk dilakukan.
Malah ia juga tergolong dalam dosa besar yang menyebabkan Allah SWT murka bagi sesiapa yang melakukan perkara tersebut.
Apa yang lebih menakutkan, ia bukan sahaja berdosa bahkan mereka yang berjudi, atau bermain nombor ekor juga tergolong sebagai orang-orang yang fasik.
Menurut pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus (UAI) fasik bermaksud seorang individu yang tidak patuh kepada perintah-perintah Allah SWT.
Orang yang fasik tidak boleh menjadi wali nikah
Oleh itu mereka yang tergolong dalam golongan fasik seperti berjudi termasuklah secara online tidak boleh menjadi wali untuk menikahkan anak perempuannya.
Menurut Kosmo yang memetik UAI, tidak kiralah seseorang itu pernah berjudi walau hanya sekali ia tetap tergolong dalam orang yang fasik.
Namun seseorang itu masih boleh menjadi wali dengan syarat perlu bertaubat terlebih dahulu serta tidak mengulangi dosa tersebut.
“Ada orang kata dia main saja-saja (suka-suka) nak suasana saja. Maka dia juga tergolong dalam kalangan orang fasik, tidak boleh menjadi wali nikah.
“Hukumnya dia kena bertaubat dahulu, baru boleh jadi wali nikah,” jelasnya.
Ujar beliau lagi, setakat ini tidak ada mana-mana orang yang betul-betul kaya dengan berjudi malah mereka menjadi miskin kerana menghabiskan duit bagi perkara itu.
“Bulan ini habis dekat RM2,000, cukuplah dah rugi. Cuba main dia bagi pula menang RM400. Bulan depan main semula modal RM1,5000, menang pula RM200.
“Tiada lagi yang kaya, last-last (akhirnya) curi gelang mak, curi cincin ayah, curi duit tok ki (atok). Tak payahlah berjudi,” katanya lagi.
Siapa yang boleh jadi wali sekiranya bapa hilang kelayakan?
Dalam satu lagi video, UAI turut menjelaskan sekiranya seseorang itu hilang kelayakan menjadi wali dan siapakah individu yang boleh menggantikannya.
UAI mengatakan ia perlu mengikut tertib serta tidak boleh sesuka hati. Ujarnya individu pertama yang berkelayakan untuk menjadi wali kepada seorang wanita adalah bapanya.
“Selepas bapa, adalah datuk sebelah ayah. Kemudian siapa lagi? Kemudian adik-beradik bagi pengantin perempuan yang seibu dan sebapa. Sama ada abang pengantin perempuan atau adiknya.
“Selepas itu (yang layak menjadi wali) adik beradik pengantin perempuan yang sebapa sahaja,” ujarnya.
Selain itu yang boleh menjadi wali selepas adik-beradik adalah anak buah seperti anak abang atau adik lelaki.
Bukan hanya itu, bapa saudara yang merupakan adik-beradik ayah juga boleh menjadi wali kepada pengantin wanita atau saudara dari keturunan sebelah datuk.
Sekiranya tiada wali maka pengantin wanita boleh menggunakan wali hakim.