
“Lebih Nyenyak Berbanding Atas Tilam” – Penduduk Kampung Di Madura Amalkan Tidur Atas Pasir [Video]
Difahamkan, masyarakat di sana percaya bahawa amalan tidur di atas pasir itu mempunyai banyak manfaatnya untuk kesihatan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tidak dinafikan, kehidupan kebanyakan masyarakat pada zaman dahulu penuh dengan adat serta kepercayaan yang menjadi pegangan mereka.
Bagaimanapun, seiring peredaran waktu, tradisi sedemikian sudah tidak lagi diamalkan oleh masyarakat moden yang ada pada hari ini, mungkin ia tidak relevan untuk dilakukan.
Pun begitu, siapa sangka masih ada masyarakat yang mengamalkan tradisi turun-temurun oleh nenek moyang mereka itu.
Masyarakat di Madura masih ada yang amalkan tidur atas pasir
Begitulah yang dilakukan oleh kebanyakan masyarakat di Kampung Legung Timur di Madura, Indonesia yang masih mengamalkan tradisi tidur bertilamkan pasir halus.
Perkara itu dikongsikan oleh seorang influencer Indonesia yang dikenali sebagai Daeng semasa pengembaraannya menaiki motosikal suatu masa dahulu.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya (@omdaeeng), Daeng mendakwa amalan tradisi turun-temurun itu sudah berusia ratusan tahun.
“Kali ini saya akan sedikit bercerita tentang perjalanan saya saat menaiki motosikal beberapa waktu yang lalu di Kampung Legung Timur. Ada yang unik di kampung ini, hampir kesemua masyarakat masih tidur di atas pasir,” katanya.
Hampir semua rumah di kampung miliki halaman berpasir
Dalam video tersebut, seorang lelaki dipercayai penduduk di sana menyatakan hampir kesemua rumah di kampung tersebut mempunyai halaman rumah yang berpasir.
Difahamkan, pasir halus tersebut bukan hanya digunakan oleh masyarakat di sana untuk tidur, sebaliknya turut menjadi menjadi tempat mereka bersantai-santai.

Beberapa rumah di sana mempunyai lantai seramik berdindingkan bata, namun memiliki ruang berisi pasir yang dibentuk menyerupai katil, malah terdapat bantal di atas katil bertilamkan pasir itu.
Masyarakat percaya amalan tidur di atas pasir banyak manfaat untuk kesihatan
Menurut Daeng, masyarakat di sana percaya bahawa amalan tidur di atas pasir itu mempunyai banyak manfaatnya untuk kesihatan.
Namun, dia tidak menjelaskan secara spesifik manfaat kesihatan yang boleh diperolehi sekiranya tidur di atas pasir berbanding tilam biasa.
“Alasan lain menurut mereka (penduduk kampung) sekiranya tidur di atas pasir akan terasa lebih nyenyak (tidur lebih lena) berbanding tidur di atas tilam,” katanya lagi.
Memetik laman web Universiti Muhammadiyah Sidoarjo (UMSIDA), penduduk di kampung berkenaan percaya pasir yang digunakan dapat membantu mengubati penyakit seperti gout, reumatik dan beberapa penyakit lain.
@omdaengg Tidur di atas pasir kebiasaan unik di Madura #madura
♬ Chopin Nocturne No. 2 Piano Mono – moshimo sound design