fbpx
Now Reading
“Priceless”- Reaksi Suami Teruja Dapat Kejutan Hari Jadi Dari Isteri Di Taman Tema Raih Perhatian [Video]

“Priceless”- Reaksi Suami Teruja Dapat Kejutan Hari Jadi Dari Isteri Di Taman Tema Raih Perhatian [Video]

Menerusi video dikongsikan oleh Azri, kelihatan dia begitu teruja sebaik melihat tertera namanya pada ucapan hari jadi di Ferris Wheel tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Sambutan hari jadi merupakan salah satu perkara sangat penting untuk diingati oleh kebanyakan individu khususnya jika ia melibatkan insan yang disayangi.

Oleh itu, tidak hairanlah jika ada di antara kita yang sanggup melakukan apa sahaja demi menggembirakan hati orang yang tersayang sewaktu hari jadi mereka.

Malah ada juga yang merancang untuk membuat kejutan dengan memberikan hadiah yang diinginkan oleh individu berkenaan serta banyak lagi.

Tujuan sambutan hari jadi ini dilakukan hanyalah sekadar untuk memberikan penghargaan, berkongsi kasih sayang dan membuatkan mereka gembira.

Suami teruja isteri buat kejutan beri ucapan guna lampu pada ferris wheel di Fun Park Gamuda

Baru-baru ini, seorang isteri tidak melepaskan peluang apabila turut memberikan kejutan kepada suaminya sempena hari jadinya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh si suami yang dikenali sebagai Azri Afifi, awalnya kelihatan mereka sekeluarga bersama anak lelaki telah berkunjung ke sebuah taman tema dipercayai di Fun Park Gamuda, Sungai Buloh, Selangor.

Kemudian kelihatan si isteri merakamkan momen indah mereka sekeluarga sewaktu berada di hadapan tarikan Eye of Garden atau juga dikenali sebagai ‘Ferris Wheel’ bersempena dengan hari jadi Azri.

Sewaktu mengambil video itu, kelihatan si isteri melihat jam sebelum melakukan beberapa pos untuk mengambil gambar keluarga.

Beberapa kali isteri lihat jam untuk tengok ucapan hari jadi buat suami pada ferris wheel

Dia kemudian melihat jam untuk kali kedua, dan tidak lama kemudian kelihatan lampu LED pada ferris wheel berkenaan bertukar kepada jam.

Si isteri kemudian menoleh ke arah belakang untuk melihat ferris wheel berkenaan serta melihat jam beberapa kali ke arah lampu pada permainan tersebut.

Masuk kali kelima dia melihat jam, si isteri kemudian tersedar waktu yang ditunggu-tunggu telah tiba apabila lampu LED pada ferris wheel itu bertukar kepada ucarapan hari jadi untuk suaminya.

Suami teruja tengok ada ucapan dan nama sendiri dekat ferris wheel

Sebaik melihat perkara itu, si isteri segera menunjukkan ucapan itu kepada Azri. Kelihatan Azri awalnya tidak menyedari ucapan itu sehinggalah dia melihatnya dengan teliti.

Perkara itu secara tidak langsung membuatkan Azri terkejut serta teruja apabila melihat terdapat ucapan hari jadi berserta namanya pada lampu Ferris Wheel tersebut.

Kelihatan dia memeluk bahu isteri dan ketawa sebelum mendukung anak kecil mereka untuk menunjukkan ucapan yang penuh bermakna itu mempunyai namanya.

“Happy Birthday Azri Afifi, semoga hari awak dipenuhi dengan kegembiraan dan kasih sayang,” tulis ucapan tersebut.

Ramai teruja dan nak tahu macam mana nak buat tempahan

Melihat di ruangan komen, ramai yang turut teruja dengan video tersebut malah ada yang mengatakan ia seperti di dalam drama Korea.

Tidak kurang juga ada yang bertanya bagaimanakah cara untuk membuat tempahan untuk membuat ucapan itu.

Azro lalu menjawab tempahan boleh dilakukan menerusi email kepada pihak taman tema Gamuda.

Ada juga yang memaklumkan harga untuk membuat ucapan tersebut bergantung kepada minit yang dipilih oleh pelanggan iaitu sekitar RM300 hingga RM500 untuk tempoh 30 minit hingga 60 minit.

“Harga RM300-500. Boleh pilih nak tayang 30 minit hingga 60 minit. Nak info untuk mana-mana yang tanya tu.”
“Aku kalau suami ajak keluar buang sampah pun teruja dah, naik motor lima beranak pergi buang sampah je pun gembira.”
“Reaksi dia (Azri) sangat priceless ya! Teruja betul.”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.