
Ramai Puji Tindakan Lelaki Ini Tolong Tunda Motosikal Pakcik Yang Kehabisan Minyak [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan penunggang berkenaan mempunyai sikap yang prihatin apabila sanggup menunda motosikal pakcik berkenaan sehingga ke stesen minyak.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap pengguna jalan raya semamangnya disarankan untuk sentiasa menjadi peka apabila memandu dan juga menunggang motosikal.
Ini kerana dengan kepekaan seseorang kita bukan sahaja dapat mengelakkan daripada berlaku kemalangan bahkan mungkin dapat menghulurkan bantuan kepada individu yang memerlukan.
Sebagai contoh terdapat pengguna jalan raya yang mengalami kereta atau motosikal rosak dan sangat memerlukan bantuan orang lain untuk menenangkan situasi dan sebagainya.
Penunggang bantu tunda motosikal pakcik yang kehabisan minyak
Baru-baru ini, seorang penunggang motosikal turut melakukan perkara sama apabila bertindak membantu seorang pakcik yang sedang berjalan menolak motosikalnya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh @_kudukudu, awalnya kelihatan dia sedang melalui satu jalan sekitar Damansara, Selangor.
Dalam perjalanannya itu, secara tiba-tiba Kudu terlihat seorang pakcik sedang berjalan sambil menolak motosikalnya kerana kehabisan minyak.
Tawar untuk tunda dan hantar ke stesen minyak
Pakcik itu lalu mengiyakan perkara itu, prihatin dengan kesusahan yang dialami, Kudu lalu menawarkan untuk menunda motosikal pakcik berkenaan untuk dihantar ke stesen minyak berdekatan.
Awalnya pakcik itu enggan menerimanya namun Kudu mengatakan ia terlalu jauh untuk individu terbabit berjalan.
“Minyak habis ke? Biar saya tunda hantar Petronas (stesen minyak). Pakcik naik dulu, tak apa saya tolak. Boleh? Tak apa, pak cik jalan je saya tolong tolak,” ujar Kudu.
Siap ikut sehingga sampai depan stesen minyak kerana bimbang pakcik tiada duit
Selepas beberapa ketika menunda akhirnya mereka sampai di simpang masuk ke stesen minyak. Namun Kudu masih setia mengekori pakcik berkenaan kerana bimbang sekiranya dia tidak mempunyai wang untuk mengisi minyak motor.
“Ikutkan nak terus gerak (pergi) saja, tiba-tiba terfikir ada ke pakcik ni duit (nak isi) minyak,” tulisnya.
Malah Kudu turut bertanya kepada pakcik tersebut adakah dia mempunyai wang untuk mengisi minyak sebelum pergi selepas dia menjawab ada.
@_kudukudu kita tolong orang insyaallah nanti allah tolong kita pula #fypシ゚viral #fypppppppppppppppppppppppp
♬ original sound – Kudukudu – Kudukudu
Anak pakcik turut ucap terima kasih
Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji sikap murni ditunjukkan oleh Kudu apabila tampil membantu pakcik berkenaan.
Bukan hanya itu, terdapat seorang wanita yang dipercayai anak kepada pakcik itu turut mengucapkan terima kasih kerana telah membantu ayahnya.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman pernah berdepan dengan situasi sama serta mendapat ganjaran rezeki lain selepas memberikan bantuan.
“Formula yang aku selalu guna, aku mudahkan urusan orang nanti Allah SWT mudahkan urusan aku. Bukan sekadar di dunia, insya-Allah dekat akhirat.”

“Saya kadang-kadang jumpa orang tepi jalan tolak motor, rasa nak tolong tapi tak tahu nak tunda.”

“Terima kasih orang baik, semoga Allah permudahkan segala urusannya, sihat tubuh badannya. Bahagia satu keluarga.”
