fbpx
Now Reading
Siap Susun Bagi Cantik, Warga Emas Ambil Gambar Makanan Sebelum Makan Buat Ramai Terhibur [Video]

Siap Susun Bagi Cantik, Warga Emas Ambil Gambar Makanan Sebelum Makan Buat Ramai Terhibur [Video]

Lebih menarik, lelaki warga emas itu dilihat siap membetulkan kedudukan minuman dan makanan bagi mendapatkan shot yang cantik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Bila berkunjung ke restoran, pasti ada individu yang akan mengambil gambar makanan yang dipesan sebelum menikmatinya.

Kadangkala, makanan rakan semeja pun turut diambil untuk dijadikan sebagai model bagi mendapatkan gambar yang cantik.

Kebiasaannya, trend sebegini hanya dilakukan oleh golongan muda lebih-lebih lagi dari kumpulan Gen Z.

Gambar yang diambil pula akan dimuat naik ke platform media sosial sendiri untuk tatapan pengikut masing-masing.

Warga Emas Tak Kekok Ambil Gambar Makanan, Siap Susun Bagi Nampak Cantik

Namun, lain pula dengan seorang warga emas ini yang dilihat berbeza dengan individu seusianya.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok @an111s0, pengguna itu berkongsikan gelagat datuknya ketika mereka sekeluarga menghadiri sebuah restoran.

Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat warga emas itu tekun mengambil gambar makanan yang dipesan tidak seperti individu seusianya yang pasti akan menjamah makanan terlebih dahulu.

Lebih menarik, lelaki warga emas itu dilihat siap membetulkan kedudukan minuman dan makanan bagi mendapatkan shot yang cantik.

Minuman Yang Dipesan Macam Menu Anak Muda

Selain dari gelagat serta gayanya yang bersahaja, menu yang dipesan pula turut menjadi perhatian ramai.

Jika warga emas yang lain lebih memilih minuman panas seperti teh atau kopi, datuk pengguna ini pula memesan Matcha Strawberry yang kebiasaannya menjadi pilihan anak muda masa kini.

Melalui video itu juga, dapat dilihat nenek pengguna itu yang berada di sebelah terhibur melihat keletah suaminya itu.

“Slay atuk. Atuk aku pun minum matcha tau,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

@an111s0

atok aku pun minum matcha tau

♬ Air Mata Buaya – Spooky Wet Dreams

Ramai Terhibur Lihat Gelagat Warga Emas, Ada Yang Tertanya Hantar Gambar Pada Siapa

Video yang telah mendapat lebih 450,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, majoriti terhibur melihat gelagat warga emas itu yang lazimnya sinonim dengan anak muda.

Malah, ramai yang tertanya-tanya pada siapa atau platform manakah gambar tersebut akan dimuat naik selepas gambar itu diambil.

Tidak kurang juga, ada yang berkongsi pengalaman mempunyai datuk atau nenek yang mempunyai tabiat yang sama.

Ini antara komen pengguna TikTok:

“Ya Allah Comelnya Atuk”

“Atuk Nak Update Dekat Siapa La Tu”

“Suka Sangat Tengok Orang Dah Berusia Buat Cara Gen Z diorang, Comel”

“Atuk Win, Minum Matcha Strawberry Wei”

“Mak Tok Saya Pun Macam Ni, Mak Tok Saya Suka Croissant, Bestla Sebab Boleh Bawa Mak Tok Pergi Cafe”

Baca Artikel Berkaitan: “Comel”- Gelagat Pakcik Berusaha Ambil Gambar Makanan Buat Ramai Terkenangkan Bapa [Video]

Baca Artikel Berkaitan: Nak Turun Berat Badan? Lihat Gambar Makanan Boleh Bantu Kawal Rasa Lapar, Kata Penyelidik

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.