
Tak Henti Ucap Rasa Syukur, Peniaga Warga Emas Berkerusi Roda Sebak Bila Ada Yang Beli Semua Barang Jualan [Video]
Difahamkan, warga emas berkerusi roda itu menjual kuih seperti karipap dan cucur udang serta nasi lemak di sebuah pusat beli-belah di Pulau Pinang.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap individu bekerja tidak kiralah yang makan gaji atau membuat perniagaan sendiri, masing-masing mempunyai cabaran yang perlu dihadapi.
Bagi mereka yang bekerja, sudah pastilah tugas menimbun serta hubungan dengan pekerja lain menjadi antara cabaran utama.
Buat mereka yang menjalankan bisnes sendiri lebih-lebih peniaga makanan pula, kehadiran pelanggan menjadi antara cabarannya.
Manakan tidak, pembelian dari merekalah yang menjadi sumber pendapatan golongan peniaga pada hari itu. Jika tiada yang membeli, tiadalah ‘gaji’ yang diperolehi dan begitulah sebaliknya.
Warga Emas Naik Kerusi Roda, Jual Nasi Lemak & Kuih Dalam Pusat Beli-Belah
Baru-baru ini, tular di media sosial video seorang peniaga warga emas yang menjual nasi lemak dan kuih di sebuah pusat beli-belah di Pulau Pinang.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @cahayaicha__, kelihatan warga emas berkenaan duduk di atas kerusi roda sambil membawa bakul yang berisi produk jualannya.
Tertarik melihat keadaan peniaga itu, pemilik video yang dikenali sebagai Icha terus menghampiri warga emas berkenaan.
Dia kemudiannya bertanyakan tentang produk jualannya apatah lagi pada ketika itu pusat beli-belah berkenaan akan ditutup.
Difahamkan, warga emas itu menjual kuih seperti karipap dan cucur udang serta nasi lemak yang pada ketika itu makanan jualannya masih berbaki sembilan bungkus.
Warga Emas Menangis Terharu Selepas Individu Beli Semua Produk Jualan
Simpati dengan peniaga terbabit, pemilik video yang juga merupakan seorang TikTokers kemudiannya meluahkan hasrat untuk membeli kesemua makanan yang dijual.
Terkejut dengan permintaan tersebut, warga emas itu terus sebak dan tidak henti mengucapkan rasa syukur kepada Allah SWT.
Malah, kedengaran dia turut mendoakan pengguna berkenaan dimurahkan rezeki atas perbuatan baiknya itu.
“Ya Allahuakbar. Terima kasih ya Allah. Semoga Allah murah rezeki kamu. Allahuakbar,” ucapnya.
Risau Dengan Harga Yang Terpaksa Dibayar Oleh Pengguna
Namun, ketika warga emas itu sedang membungkuskan makanan, dia menzahirkan rasa risau apatah lagi Icha terpaksa membayar harga yang agak mahal baginya jika membeli kesemua barang tersebut.
“RM15, banyak ni cik,” katanya.
Pun begitu, Icha menenangkannya dan mengatakan ia bukanlah menjadi satu masalah. Malah, TikTokers itu menerangkan akan memberi kesemua makanan itu kepada individu yang memerlukan.
Tak Henti Ucap Terima Kasih, Hanya Doa Sebagai Balasan
Lebih menyentuh hati, warga emas berkenaan tidak henti-henti meluahkan rasa syukur dan mengucap terima kasih atas perbuatan baik Icha. Malah, dia juga dilihat turut mengalirkan air mata.
“Masya-Allah. Terima kasih Ya Allah. Terima kasih kamu tolong mak cik. Semoga Allah tolong kamu, mak cik tiada apa.
“Semoga kamu berjaya dunia dan akhirat. Mak cik tiada apa, mak cik tiada harta tapi doa mak cik untuk kamu,” kata warga emas itu lagi.
@cahayaicha__ Semalam jumpa makcik di waktu mall dah nak tutup, Tak henti-henti nya makcik tu mengucap syukur waktu saya borong semua jualan dia
♬ original sound – Cahaya icha – Cahaya icha
Ramai Sedih & Ada Yang Mahu Bantu Warga Emas
Video yang telah mendapat lebih 1.2 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, majoriti mereka meluahkan rasa sedih dan bersimpati dengan warga emas itu apatah lagi dia menjual dalam keadaan sedemikian.
Malah, ada yang meluahkan hasrat untuk membantunya dengan bertanyakan lokasi sebenar bagi membeli produk jualan warga ema situ.
Tidak kurang juga ada pengguna yang mempunyai pengalaman berjumpa dan membeli nasi lemak serta kuih-muih jualan peniaga berkenaan yang sememangnya diakui sedap oleh mereka.
Pada masa yang sama, ada juga yang memuji Icha kerana pembeliannya yang dilihat membantu warga emas berkenaan.
Ini antara komen pengguna TikTok:
“Kalau Nampak Orang Jual Beli Macam Ni, Korang Beli Jela, Diorang Cari Rezeki Bukan Untuk Kaya”

“Kesiannya Mak Cik. Sudahlah Kurang Upaya Duduk Atas Kerusi Roda, Masih Mampu Untuk Cari Rezeki”

“Ya Allah Saya Kenal Mak Cik Ni, Saya Duduk Dengan Dia”

“Asbab Akak Menolong Mak Cik Ini, Dia Akan Jadi Saksi Kebaikan Akak Di Atas Dunai Di Padang Mahsyar”

“Terbaik Cahaya Icha”

Baca Artikel Berkaitan: “Ini Kita Support” – Aksi Peniaga Warga Emas Tunduk Hormat Tanda Terima Kasih Buat Ramai Tersentuh [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Allahu Sedihnya” – Ramai Sebak Lihat Warga Emas Jual Buah Potong Tepi Jalan Guna Basikal [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Jualan Tak Laris, Atuk & Nenek Niaga Bantal Kekabu Sampai Ke Tengahari Raih Perhatian [Video]