fbpx
Now Reading
Telefon Bimbit Milik OKU Dicuri, Owner Kedai Ini Belanja Telefon Baru [Video]

Telefon Bimbit Milik OKU Dicuri, Owner Kedai Ini Belanja Telefon Baru [Video]

Menerusi video dikongsikan oleh peniaga alat telekomunikasi yang dikenali sebagai Cik Din, kelihatan wajah lelaki OKU begitu gembira apabila menerima hadiah telefon bimbit berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Sebelum ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang lelaki pembantu kedai runcit yang juga Orang Kurang Upaya berdepan detik cemas apabila telefon bimbitnya dicuri oleh seorang pelanggan di Rhu Rendang, Marang, Terengganu.

Menerusi video yang dikongsikan, awalnya kelihatan suspek berdiri di kaunter sebelum bertindak mencuri sebuah telefon bimbit yang berada di atas meja dan membawanya keluar dari kedai.

Lelaki itu kemudiannya direman selama empat hari sehingga 26 Januari dan disambung sehingga Rabu (29 Januari). Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri dalam bangunan, lapor Berita Harian.

Telefon bimbit pembantu kedai runcit kena curi, peniaga hadiahkan yang baharu

Terbaharu, seorang peniaga menjual alat telekomunikasi dari Pewer Online yang juga dikenali sebagai Cik Din turut berasa kasihan dengan nasib menimpa pembantu kedai runcit berkenaan.

Oleh itu, dia meminta orang ramai di TikTok untuk memberikan makluman mengenai lelaki OKU berkenaan kerana berhasrat ingin memberikan telefon bimbit yang baharu kepadanya.

Hasil maklumat yang diterima oleh peniaga dari orang ramai, dia kemudiannya berkunjung ke kedai runcit tersebut untuk berjumpa dengan lelaki OKU terbabit bagi menyerahkan telefon bimbit yang baharu.

Keluarkan bungkusan mengandungi telefon untuk diberikan kepada lelaki OKU

Menerusi video dikongsikan di TikTok, kelihatan peniaga mengeluarkan satu bungkusan dari beg galasnya dan menyerahkan barangan itu kepada lelaki OKU tersebut.

Dia kemudian menunjukkan kepada lelaki berkenaan bungkusan itu adalah telefon bimbit menggunakan bahasa isyarat.

Pekerja itu kemudian membuka bungkusan untuk melihat telefon bimbit yang diberikan oleh peniaga tersebut.

Cik Din turut meminta lelaki OKU berkenaan agar tidak bersedih dengan perkara yang berlaku serta tidak berputus asa untuk mencari rezeki.

“Kerja baik-baik. Jangan sedih, hilang tak apa nanti cari rezeki lain.

“Ini ambil telefon baharu. Kenal tak siapa? ‘Tak’. Tak kenal tak apa, jangan sedih. Teruskan lagi (berusaha) kerja macam biasa okay?,” katanya lagi kepada lelaki tersebut.

Terpapar wajah lelaki OKU gembira dapat telefon bimbit baru

Sebaik menerima telefon bimbit itu, kelihatan wajah lelaki OKU berkenaan gembira malah dia mengucapkan terima kasih kepada peniaga tersebut.

Di akhir video, peniaga tersebut turut menyifatkan dia kasihan dengan nasib menimpa lelaki OKU terbabit. Ini kerana disebabkan kes kecurian itu lelaki itu terpaksa meminjam telefon bimbit milik kakaknya.

Peniaga juga turut dilihat seperti kesal dengan perkara yang berlaku dan menasihatkan kita perlu mencari keberkatan dalam hidup serta jangan melakukan perkara yang tidak baik.

@peweronline

Replying to @khai_izzi terima kasih untuk info, mangsa seorg OKU, apa yg ada dalam poket kita bukan hak kita, apa yg kita bagi itu hak kita

♬ original sound – Pewer Store – Wer Wer – Pewer Store – Wer Wer

Ramai puji tindakan peniaga hadiahkan telefon bimbit kepada lelaki OKU

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji sikap murni Cik Din kerana menghadiahkan telefon bimbit baharu kepada lelaki OKU berkenaan.

Tidak kurang juga ada yang mendoakan agar rezekinya sentiasa dimurahkan oleh Allah SWT.

Ada juga yang berasa sedih sebaik menonton video yang dikongsikan oleh Cik Din di TikTok itu.

“Tengok video macam ni pun dah berjurai air mata”
“Ni kedai OKU yang kena rompak (curi telefon) hari tu kan? Kesiannya, sihat selalu abang. Semoga sentiasa dalam lindungan Allah lepas ni.”

“Alhamdulillah terima kasih, semoga dimurahkan rezeki abang yang bagi telefon.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.