
“Perkara Biasa Dalam Sukan Muay Thai” – Johan Ghazali Terima 5 Jahitan Selepas Perlawanan ONE Championship [Video]
Jojo juga memaklumkan bahawa dia akan kembali bangkit dan melakukan yang terbaik untuk perlawanan yang akan datang nanti.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Nama atlet Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar atau lebih dikenali sebagai Jojo sememangnya tidak asing lagi buat rakyat Malaysia.
Ini kerana pelbagai kejayaan yang telah dikecapi oleh remaja berusia 18 tahun itu dalam pertandingan Muat Thai terutamanya di dalam siri ONE Championship.
Pun begitu, adat pertandingan pasti ada menang dan kalah, seperti baru-baru ini, Jojo telah tumpas di tangan pesaing dari Colombia, Johan Estupinan.
Jojo tewas menerusi keputusan sebulat suara selepas tamat tiga pusingan dalam pertarungan kategori flyweight ONE 170 pada Jumaat lalu (24 Januari).
Jojo terima 5 jahitan di dahi selepas perlawanan
Terbaharu, Jojo tampil memaklumkan mengenai perkembangan dirinya dan kecederaan yang dialami selepas tamat perlawanan sengit itu.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Jojo berkata tiada kecederaan serius yang dialami dan hanya menerima lima jahitan di dahi.
“Alhamdulilah tiada apa-apa kecederaan yang teruk, hanya lima jahitan tapi itu memang perkara yang biasa dalam sukan Muay Thai ini,” katanya.
Jojo akan kembali bangkit untuk perlawanan akan datang
Dia pada masa sama turut mengucapkan terima kasih kepada orang ramai yang telah memberi sokongan kepadanya sebelum ini.
“Takpa kita jatuh kita bangkit balik, selagi Jojo boleh lawan Jojo akan lawan. Terima kasih semua, jumpa pada perlawanan akan datang,” katanya lagi.
Baca Artikel Berkaitan: “Saya Bangga Jadi Orang Malaysia” – Johan Ghazali Mahu Naikkan Nama Negara, Bukan Negeri [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “I Don’t Care You Superstar” – Johan Ghazali Kena Sebat Dengan Coach Sebab Lewat Datang Latihan 7 Minit [Video]