fbpx

Ramai Suka Cara Kanak-kanak Ini Puji Ibu ‘Usahawan Berjaya’ Ketika Promosi Perniagaan [Video]

Menerusi video, kedengaran suara kanak-kanak lelaki tersebut begitu semangat ketika mempromosikan perniagaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Setiap individu yang melakukan perniagaan pasti mengetahui bidang tersebut mempunyai pelbagai cabaran untuk berjaya.

Malah bidang perniagaan kini juga sudah dilihat semakin berkembang dengan adanya media sosial.

Bukan hanya itu, kita juga dapat melihat ramai peniaga pada masa kini menggunakan platform media sosial untuk membuat promosi agar perniagaan dijalankan lebih dikenali.

Cara kanak-kanak promosi perniagaan dengan puji ibu raih perhatian

Baru-baru ini, seorang kanak-kanak lelaki turut tidak ketinggalan apabila turut mempromosikan perniagaan yang dilakukan oleh ibunya sehingga menarik perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Zah di TikTok, kelihatan dia sedang berdiri sambil membungkus etok salai dan jeruk yang dijual di tepi jalan.

Namun apa yang menarik perhatian ramai adalah cara anak lelaki kepada Zah mempromosikan perniagaan tersebut dengan memuji ibunya.

“Ini mak (Zah) saya, usahawan berjaya meniaga etok salai harga RM5 jeruk ada tujuh jenis,” katanya dalam video tersebut.

Kanak-kanak itu turut memaklumkan perniagaan yang dijalankan oleh ibunya itu berada berdekatan stesen minyak di Kempas 2, Johor Bharu.

Penuh semangat, siap bagi maklumat penuh

Kelihatan kanak-kanak itu begitu bersemangat sewaktu mempromosikan perniagaan dilakukan oleh si ibu.

Dalam beberapa lagi video yang dikongsikan oleh Zah kelihatan dua beranak itu mempunyai pelbagai cara dalam mempromosikan perniagaan mereka seperti menyanyi, melakukan live serta banyak lagi.

Melihat di ruangan komen, ramai yang suka dengan caranya mempromosikan perniagaan si ibu dengan memuji wanita itu sebagai usahawan berjaya.

Ada juga yang mengatakan kanak-kanak lelaki itu langsung tidak malu bahkan bangga dengan pekerjaan dilakukan ibunya.

Bukan hanya itu, kanak-kanak tersebut juga memberikan maklumat yang penuh dalam video terbabit untuk rujukan bakal pelanggan yang ingin berkunjung ke gerai mereka.

“Terbaik etok salai akak Zah ni, dah pernah cuba sedap sangat sampai order berkali-kali. Serious talk, korang kena cuba sedap gila.”

“Bagus budak ni jenis bangga dan tak malu dengan pekerjaan mak ayah”

“Aku paling suka budak macam ni, sumpah 👍🏻”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.