
Sanggup Berhenti Untuk Bantu Alihkan Kereta Rosak, Tindakan Pemandu Lori Dipuji [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan pemandu lori begitu prihatin apabila tampil membantu dengan menolak kereta Proton Preve yang rosak ke bahu jalan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sudah menjadi satu kewajipan buat semua pengguna untuk sentiasa berhati-hati apabila berada di jalan raya.
Malah setiap pemandu juga sering dinasihatkan untuk peka dengan keadaan sekeliling sewaktu memandu bagi mengelakkan daripada berlakunya sebarang perkara tidak diingini.
Sikap peka ini bukan sekadar untuk mengelakkan daripada berlakunya perkara tak diingini bahkan ia juga dapat membantu pengguna jalan raya lain.
Sebagai contoh datang membantu kenderaan yang mengalami kerosakkan, membantu mengawal lalu lintas sementara menyelesaikan isu kereta dan banyak lagi.
Pemandu lori sanggup berhentikan kenderaan untuk bantu kereta rosak di tengah lebuh raya
Perkara sama turut dilakukan oleh seorang pemandu lori ini apabila bertindak berhenti di tengah jalan untuk membantu sebuah kereta rosak ketika berada di tengah lebuh raya.
Menerusi video dashcam yang dikongsikan oleh Wan Rider, awalnya kelihatan pemandu lori berkenaan berhenti di belakang sebuah kereta Proton Preve yang berhenti di lorong kiri kerana mengalami kerosakan.
Pemandu lori itu kemudian keluar dan bertanya kepada wanita yang memandu kereta Preve tersebut mengenai kenderaannya.
Kelihatan pemandu wanita keluar daripada kereta berwarna merah berkenaan dan pemandu lori cuba untuk membantunya.
Siap tolong tolak Proton Preve ke bahu jalan seorang diri
Tidak lama selepas itu kelihatan dia meminta wanita berkenaan masuk ke dalam kereta untuk dialihkan ke bahu jalan. Ini kerana sekiranya dibiarkan kenderaan tersebut mungkin akan menyebabkan kesesakkan atau berlaku kemalangan tak diingini kerana berhenti di tengah jalan.
Kelihatan pemadnu lori keluar dari tempat duduk kereta dan menolak Proton Preve sehingga ke bahu jalan sambil mengangkat tangan untuk memaklumkan kepada pengguna jalan raya yang berada di laluan kecemasan atau smart untuk memberikan laluan.
Sebaik selesai menolak kereta Proton Preve berkenaan pemandu lori kemudian kembali berlari ke arah kenderaannya.
“Kerja kami mungkin orang tak suka, orang marah jentera besar (lori) atas lebuh raya. Tapi fikir guna akal ya, yang bermasalah segelintir jangan nak pukul rata (babitkan pemandu lori lain).
“Tak ada kami atas jalan siapa nak tolong orang kita (kenderaan) rosak atas jalan ni? Tengok sendiri video nilai, apa pun selamat bercuti,” ujarnya di ruang kapsyen.
@wanriderr Kerja kami munkin orang tak suka orang marah jentera besar atas lebuh raya ni,, tapi pikiaq guna akai noh,, yg bermasaalah segelintir jangan nk pukoi rata noh, tak dak nya kami atas jalan sapa nk tolong kerabat kita rosak atas jalan ni,, tengok sendiri video nilai,, apa2 pun selamat bercuti, Gong Xi Fa cai🐉🐲 #pilotdaratmalaysia #fyppppppppppppppppppppppp
♬ Pusara Di Lebuhraya – Rahmat (Ekamatra)
Ramai ucap terima kasih kerana bantu kereta rosak
Melihat di ruangan komen, pemandu Proton Preve turut mengucapkan terima kasih kepada ‘pilot darat’ berkenaan kerana telah membantunya.
Malah wanita itu turut memaklumkan ia adalah kali pertama dia berdepan dengan situasi tersebut dan lebih membuatkannya bimbang dan takut ketika kereta rosak dia juga membawa dua orang anak saudara.

Tindakan murni pemandu lori itu bagaimanapun turut menarik perhatian ramai yang menonton video tersebut serta memujinya kerana membantu wanita terbabit.
Ada juga menyifatkan dia seorang yang kuat kerana boleh menolak Proton Preve tersebut seorang diri.
“Terima kasih orang baik, pastu kedua orang tuanya orang yang hebat. Semoga tuan dalam rahmat Allah SWT selalu.”

“Ngam-ngam towing (kereta tunda) sampai”

“Semoga Allah SWT permudahkan urusan mu dik dunia akhirat, Allah makbulkan impian abang untuk keluarga.”

“Terbaik brother salute. Tapi kuat juga ya abang tolak seorang je, apa pun semoga dipermudahkan urusan.”
