
Wanita Jalan Kaki Tepi Jalan Dipercayai Merajuk Dengan Kekasih Raih Pelbagai Reaksi [Video]
Menerusi video, kelihatan pemandu kereta berwarna putih berjalan ke hadapan dan mengundur kerana ingin memujuk wanita dipercayai kekasihnya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tidak dinafikan setiap pasangan yang bercinta pasti berdepan dengan pelbagai cabaran. Ini kerana sewaktu bercintalah masa untuk mengenali sikap dan tingkah laku masing-masing.
Setiap masalah dan konflik yang timbul pastinya mempunyai jalan penyelesaian namun ia memerlukan kesabaran dan adakalanya teman lelaki atau wanita perlu memujuk pasangan agar isu berbangkit dapat diselesaikan dengan baik.
Pujukan yang dilakukan oleh pasangan ini secara tidak langsung membuatkan wanita mahupun lelaki berasa lembut hati dan mengeratkan lagi kasih sayang di antara mereka.
Wanita merajuk sehingga keluar dari kereta dan jalan di tepi jalan raya undang perhatian
Baru-baru ini, tular satu video memaparkan seorang wanita yang keluar dari sebuah kereta yang dipercayai dipandu pasangannya sebelum berjalan kaki di tepi sebuah jalan sehingga menarik perhatian ramai.
Menerusi video yang dikongsikan di X, awalnya perakam terlihat pasangan kekasih dipercayai bergaduh di seberang jalan ketika dia sedang menonton mercun sempena sambutan Tahun Baru Cina di luar rumah.
Dalam video itu, kelihatan pemandu kereta berwarna putih itu sedang mengekori rapat wanita berkenaan yang berjalan seorang diri di tepi jalan.
Malah kereta itu turut dilihat berjalan kedepan dan mengundur mengikuti wanita berkenaan.
Hampir 20 minit bergaduh tepi jalan sehingga ada kenderaan lain berhenti nak bantu
Menurut perakam itu, keadaan itu berlaku sekitar 20 minit sehingga teman lelaki wanita tersebut akhirnya keluar dari kereta untuk memujuk kekasihnya agar masuk semula ke dalam kereta dan beredar dari kawasan berkenaan.
Namun wanita itu enggan mengikutinya malah dikatakan menjerit sehingga membuatkan beberapa motosikal dan kereta berhenti untuk membantu mereka.
Tidak lama selepas itu terdapat seorang penunggang motosikal yang berhenti dan cuba untuk membantu mereka dengan memujuk wanita berkenaan untuk tidak berjalan berseorangan di bahu jalan tersebut.
Pujukan penunggang berkenaan akhirnya membuahkan hasil apabila wanita itu kembali masuk semula ke kereta teman lelakinya.
“Teman lelaki mengucapkan terima kasih kepada dua lelaki terbabit kerana bantunya memujuk wanita tersebut untuk masuk semula ke dalam kereta
“Ini antara perkara yang menarik untuk ditonton sambil menunggu pertunjukan mercun di Tahun Baru Cina,” jelasnya lagi.
Kes merajuk lagi lah ni. Tapi nampak bahaya juga bila dia reverse kereta dekat lane tu 😢 pic.twitter.com/sECLNnVLzd
— kamaghul deghaman (@ricxxxkiddo) January 30, 2025
Ramai tak sokong dan sifatkan tindakan berbahaya
Melihat di ruangan balas, ramai yang kurang bersetuju dengan tindakan wanita terbabit merajuk di tepi jalan raya seperti itu.
Malah ada yang mengatakan perbuatannya itu juga turut mengundang bahaya apabila teman lelaki terpaksa mengundur kereta demi memujuknya.
Tidak kurang juga ada menyifatkan teman lelaki wanita itu seseorang yang mempunyai kesabaran yang tinggi.
“Kalau aku memang tinggal..”

“Pujuk masuk kereta, hantar balik rumah, putus. Dah tak payah pening kepala. Yang penting dia dah selamat sampai rumah, pulang cara baik..”

“Tak penat ke jalan ke depan ke belakang macam tu beberapa kali? Lepas tu tak malu ya jadi tontonan orang luar?”

“Kau buat apa bang sampai dia meroyan macam tu? Pujuk balik dia betul-betul belikan ais krim”
