fbpx
Now Reading
“Dengar Pun Dah Malu” – Wanita Ikut Trend Tarian ‘Sesak Nafas’ Di TikTok Raih Kecaman [Video]

“Dengar Pun Dah Malu” – Wanita Ikut Trend Tarian ‘Sesak Nafas’ Di TikTok Raih Kecaman [Video]

Trend tarian ‘sesak nafas’ itu dilakukan mengikut rentak muzik daripada lagu Denial Is A River oleh penyanyi rap wanita dari Amerika Syarikat, Doechii.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.tiktok.com/@babyshimaofficial/video/7466263197897608466

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Sesuatu perkara yang ‘trending’ atau challenge di media sosial kebiasaannya akan menjadi ikutan ramai. Tidak dinafikan sebahagian trend tersebut agak menghiburkan.

Namun, jika ia dilakukan berulang kali lebih-lebih lagi oleh ribuan orang, perkara yang lucu atau menghiburkan pasti akan berubah menjadi sesuatu yang menjengkelkan.

Tidak kurang juga ada sesetengah trend yang berasal dari luar negara tidak bersesuaian dilakukan oleh masyarakat di Malaysia terutamanya yang beragama Islam.

Wanita Islam buat trend tarian ‘sesak nafas’ raih kecaman ramai

Seperti baru-baru ini, trend tarian ‘sesak nafas’ atau ‘breath dance’ di platform media sosial, TikTok mendapat sambutan ramai terutamanya dalam kalangan wanita.

Namun apa yang lebih mencuri tumpuan, trend tarian tersebut turut dilakukan oleh wanita-wanita Muslim sehingga mencetuskan kecaman ramai.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik seorang individu di akaun TikTok @confidencediary2, dia mempersoal sama ada wanita beragama Islam yang melakukan trend tersebut tidak mempunyai perasaan malu.

Tonton video di [SINI].

Trend tarian sesak nafas ikut muzik Denial Is A River

Tarian tersebut dilakukan mengikut rentak muzik daripada lagu ‘Denial Is A River’ oleh penyanyi rap wanita dari Amerika Syarikat, Doechii.

Pada bahagian terakhir dalam lagu tersebut, hanya kedengaran sample bunyi nafas seakan sedang sesak mengikut rentak muzik.

Ia meraih kecaman kerana rentak tarian yang dilakukan serta suara bernafas daripada lagu tersebut dianggap sebagai sesuatu yang tidak senonoh untuk dilakukan dan mirip nafas wanita seakan melakukan hubungan intim atau sedang melakukan aktiviti sukan.

Artis dan selebriti pun buat trend ‘breath dance’ ini

Mengikut semakan kami, bukan hanya orang biasa atau TikTokers sahaja yang terjebak dengan trend sedemikian, malah golongan artis dan selebriti turut melakukannya seperti Liyana Jasmay dan Baby Shima.

Namun ada yang mendakwa, penyanyi Baby Shima hanya melakukannya sebagai ‘troll’.

@ljoneandonly

cuba teka! sila komen di bawah👇🏻@syed irfan ⭑~꩜ 🕷️ .’

♬ original sound – KieToLife🌱

Netizen kecam wanita Islam yang buat trend terbabit

Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam golongan wanita beragama Islam yang turut melakukan trend tersebut.

Pun begitu, ada pula yang mendakwa bahaya trend tersebut tidak salah, sebaliknya pengguna TikTok yang berfikiran ‘kotor’ sahaja yang menganggap tarian serta muzik tersebut tidak senonoh.

Tidak kurang juga yang meminta agar trend sedemikian dihentikan dan tidak menjadi ikutan ramai terutamanya masyarakat di negara ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.