Pada Oktober 2024 pihak Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) Sabah telah membenarkan tuntutan pampasan ganti rugi benilai RM10,000 oleh dua individu terhadap agensi pelancongan Al Quds Umrah & Tours (M) Sdn Bhd,
Tuntutan itu dibenarkan selepas syarikat pelancongan berkenaan didakwa gagal membawa dua individu berkenaan mengerjakan umrah serta badal haji pada waktu yang ditetapkan meskipun bayaran telah dibuat sepenuhnya.
Ekoran berasa tertipu dengan syarikat terbabit, dua penuntut itu kemudiannya bertindak memfailkan tuntutan kepada TTPM, lapor Berita Harian.
Terbabit kes penipuan umrah, ramai masih tunggu duit pampasan
MOTAC kemudiannya menggantung lesen agensi pelancongan terbabit bermula 9 Julai 2024 sehingga 19 Januari 2025.
Memetik Bernama syarikat itu sebelum ini terbabit dengan kes penipuan umrah dan sehingga kini masih ramai mangsa difahamkan masih menunggu wang pampasan.
MOTAC batal lesen syarikat pelancongan
Terbaharu, Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) telah bertindak membatalkan lesen syarikat berkenaan yang berkuat kuasa sejak 24 Januari lalu.
Menurut Pesuruhjaya Pelancongan MOTAC, Datuk Wira Roslan Tan Sri Abdul Rahman tindakan itu dilakukan selaras dengan Seksyen 8 Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
“Kementerian ini memandang serius sebarang pelanggaran peruntukan undang-undang oleh pengusahaan pelancongan berlesen demi menjaga kebajikan dan kepentingan rakyat Malaysia MADANI,” ujar beliau.