fbpx
Now Reading
Siap Beri Tong Gas, Gelagat Sekumpulan Lelaki Hadiahkan Barangan Rumah Pada Pengantin Raih Perhatian [Video]

Siap Beri Tong Gas, Gelagat Sekumpulan Lelaki Hadiahkan Barangan Rumah Pada Pengantin Raih Perhatian [Video]

Menerusi video yang dikongsikan oleh Omar kelihatan dia dan rakan-rakan membawa pelbagai barangan keperluan rumah sebagai hadiah untuk diberikan kepada pengantin lelaki.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Umum mengetahui memberi hadiah kepada pasangan pengantin yang baharu berkahwin sering dilakukan oleh orang ramai.

Tujuan hadiah ini diberikan adalah sebagai ucapan tahniah kepada pengantin dan juga untuk meringankan beban mereka yang baharu sahaja memulakan kehidupan bersama.

Ini kerana, ramai yang memahami apabila berkahwin tidak semua barangan boleh dibeli dalam masa terdekat. Maka tidak hairanlah jika ada tetamu atau rakan yang memberi hadiah seperti kelengkapan rumah dan sebagainya.

Sekumpulan lelaki hadiahkan kawan barangan keperluan rumah

Baru-baru ini, sekumpulan lelaki turut melakukan perkara sama apabila menghadiahkan rakannya yang juga pengantin lelaki barangan keperluan rumah.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Omar di TikTok kelihatan enam orang lelaki membawa pelbagai jenis hadiah untuk diberikan kepada pengantin.

Siap bawa tong gas dan beras

Dalam video itu kelihatan Omar memegang sepeket beras seberat sembilan kilogram, rakan di sebelah kanannya pula memegang dapur gas dan seterika seterus vaccum, periuk nasi elektrik dan juga tong gas baru seberat 14kg.

Gelagat kumpulan lelaki itu ternyata membuatkan pengantin lelaki terkejut serta tidak menyangka mereka akan datang dengan membawa hadiah tersebut.

Kelihatan pengantin lelaki hanya ketawa melihat gelagat rakan-rakan yang datang ke majlis perkahwinannya dengan membawa barangan keperluan itu.

Omar di ruangan kapsyen secara berseloroh berkata awalnya pengantin lelaki meminta rim kereta bersaiz 16 inci namun apa yang diterima sebagai hadiah kahwin adalah sebaliknya iaitu gas seberat 14kg.

Tonton video di [Sini]:

Memang selalu bagi barangan keperluan pada kawan yang berkahwin

Dalam beberapa lagi video dikongsikan oleh Omar kelihatan tindakan memberikan hadiah barangan keperluan kepada rakan yang baru membina rumah tangga memang sering dilakukannya.

Malah dalam video itu kelihatan dia dan kawan-kawan menghadiahkan pelbagai jenis serbuk perasa, mesin basuh dan banyak lagi.

@omar_peaceyow

Asyik kena replace music jer 😢 tahniah kando @aisyauqi #wedding #jodohdaritiktok #usm #kemaman #foryourpage bersama @Adabi E Mall @KHIND Malaysia @Saraya Goodmaid

♬ original sound – emoi – emoi
@omar_peaceyow

Untuk sahabat : Semoga perkahwinan ini bahagia dan dicucuri rahmat hingga ke jannah , carilah perkahwinan sakinan , mawadah dan rahmah #pageforyou #fypppppppppppppppppppppppppppppp #sahabat

♬ original sound – Hezron Henrry – HezMusic

Ramai puji tindakan sekumpulan lelaki bagi hadiah yang berguna

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji kumpulan sahabat itu kerana memberikan hadiah yang berguna untuk pasangan pengantin.

Malah ada juga menyifatkan tong gas baru mahal dan Omar memaklumkan tong yang dibelinya itu bernilai RM127.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman mereka pernah menerima hadiah begitu sewaktu majlis perkahwinan.

“Baguslah tu, lepas kahwin je dah boleh cari rumah. Barang dah ada, jimat kos.”
“Aku nikah tahun lepas pun dapat macam ni. Semua lengkap weh dari perkakas dalam bilik sampai dapur. Yang bertuahnya pergi makan malam sebelum kahwin dapat sterika mahal. Lepas tu pergi kedai perabot dia tanya nak hadiah..”
“Ni baru betul, semua tu keperluan selepas nikah”
“Fuh hadiah beras cap serindit, beras paling sedap.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.