fbpx
Now Reading
Dilayan Seperti Anak Sendiri, Ramai Sifatkan Wanita Ini Beruntung Ada Mentua Baik & Suka Bawa Jalan Makan [Video]

Dilayan Seperti Anak Sendiri, Ramai Sifatkan Wanita Ini Beruntung Ada Mentua Baik & Suka Bawa Jalan Makan [Video]

Menerusi video yang dikongsikan oleh Zeenah, kelihatan dia menemani bapa mentua untuk berkunjung dari satu restoran ke restoran yang lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.tiktok.com/@zeenah_najihah/video/7467070500011805970?_r=1&_t=ZS-8tcQfU2rkQC

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Setiap individu yang berkahwin pastinya mahukan keluarga yang bahagia termasuklah bersama mentua.

Malah ramai yang menyifatkan mendapat mentua yang baik dan prihatin juga merupakan satu rezeki.

Ini kerana, seseorang menantu itu dapat menyesuaikan diri dengan baik dan hidup bersama keluarga mentua dalam suasana yang harmoni.

Wanita kongsi bapa mentua selalu bawa pergi makan raih perhatian

Baru-baru ini, seorang wanita yang dikenali sebagai Zeenah Najihah menjadi perhatian apabila dia berkongsi kelebihannya mempunyai bapa mentua yang suka membawanya berjalan mencari makan.

Menerusi video dikongsikan oleh Zeenah di TikTok, awalnya dia menunjukkan momen ketika bapa mentua mengajaknya untuk pergi makan tengahari bersama.

Jelasnya pada mulanya dia berasa malu apabila bapa mentua mengajaknya untuk keluar makan bersama namun lama kelamaan perkara itu menjadi seronok kerana boleh menjadi ‘teman makan’.

Ujarnya bapa mentuanya itu sudah bersara daripada pekerjaannya yang dipercayai seorang doktor pakar kanak-kanak.

“Abah selalu makan sorang, menantu balik ada teman makan. Abah suka sangat cafe hunting (mencari kafe untuk dicuba).

“Semua kafe viral dan baru buka abah nak cuba, anak abah semua lelaki. Seronok jadi anak perempuan abah,” katanya mengenai bapa mentua.

Seronok jadi kawan yang temankan bapa mentua makan

Menurut Zeenah lagi dia seronok menemani bapa mentuanya itu dan merasakan ia seperti melakukan aktiviti bersama ayahnya sendiri.

Dalam video itu, Zeenah turut menunjukkan mereka berkunjung dari satu restoran ke restoran yang lain untuk menikmati makanan bersama-sama.

“Abah pun seronok ada teman cafe hunting, kawan berbual. Terima kasih abah, jaga kesihatan cuti sekolah saya datang lagi,” kata Zeenah yang juga seorang guru di sebuah sekolah berasrama penuh.

Ramai sifatkan wanita beruntung ada bapa mentua yang layan seperti anak sendiri

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang menyifatkan wanita ini beruntung kerana mempunyai seorang bapa mentua yang melayaninya seperti anak sendiri.

Tidak kurang juga ada individu yang berkongsi pengalaman pernah bekerja dengan bapa mentua Zeenah dan menyifatkan dia seorang yang terbaik.

Ada juga yang berkongsi mereka juga bersyukur kerana mempunyai hubungan yang baik dengan bapa mentua.

“Dr Azmi, salah seorang pakar kanak-kanak yang terbaik untuk bekerja dengannya..”

“Bestnya dapat bapa mentua macam ni. Layan menantu macam anak sendiri. Orang-orang tua ni bukan apa dia orang cuma nak kan masa untuk anak menantu layan dia orang je.”

“Seronoknya dapat mentua macam ni, beruntung awak sis.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.