
“Ini Rare” – Lelaki Nak Jual Peti Ais Lama Berusia 40 Tahun Dengan Harga RM20,000 Undang Pelbagai Reaksi [Video]
Kongsi lelaki berkenaan, peti ais berusia 40 tahun itu tidak pernah rosak atau ditambah gas sepanjang dia menggunakannya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Barang lama atau barang antik sememangnya mempunyai peminat tersendiri lebih-lebih lagi yang sukar ditemui atau dianggap sebagai ‘rare’.
Pastinya harga yang dijual juga agak mahal jika dibandingkan dengan barang biasa yang ada di pasaran.
Kadangkala, harga yang dijual oleh sesetengah peniaga dianggap tidak masuk akal oleh segelintir orang lebih-lebih lagi jika keadaan barang tersebut tidak setanding dengan nilai jualannya.
Jual Peti Ais Berusia 40 Tahun Dengan Harga RM20,000
Semalam (3 Februari), kecoh di media sosial seorang lelaki yang mahu menjual peti ais lama milik keluarganya.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @abang_mat2023, lelaki yang menggelarkan dirinya sebagai Abang Mat mendedahkan peralatan elektrik tersebut telah digunakan sejak dia berusia setahun.
Apa yang menjadi perhatian adalah ‘tanda harga’ peti ais tersebut 40 tahun itu iaitu RM20,000.
“Peti ais ni sejak Abang Mat umur setahun. Ini rare ni. Sekarang boleh guna lagi selama umur Abang Mat.
“Abang Mat tak boleh cakap berapa (umur) tapi Abang Mat boleh cakap 40 lebih, Abang Mat dah cukup tua,” katanya.
Peti Ais Tak Pernah Rosak & Tambah Gas Sepanjang Tempoh Kegunaan
Jelas Abang Mat lagi, peti ais itu tidak pernah rosak atau ditambah gas sepanjang dia menggunakannya.
“Peti ais ini tak pernah tambah gas, Lillahi Ta’ala. Tak pernah rosak sampai ke hari ini. Sampai ke hari ini masih boleh berfungsi.
“Siapa yang nak beli, nak letak dekat Muzium Negara boleh direct message (DM) Abang Mat. Abang Mat jual dengan harga RM20,000. Siapa nak Abang Mat jual RM20,000 eh,” katanya lagi.
Lelaki Kosongkan Peti Ais, Beli Peti Sejuk Baru Untuk Ibu
Menerusi perkongsian itu, lelaki berkenaan turut menunjukkan keadaan terkini peti ais lama itu.
Malah, dia telah mengosongkan alat elektrik tersebut dan beralih ke peti ais yang baru dibeli untuk ibunya.
“Abang Mat beli satu peti ais dekat dia yang besar, kejap lagi sampai. Ini (peti ais lama) kita dah kosong,” kongsinya lagi.
Peti Ais Lama Bukti Kesusahan, Nekad Ubah Nasib Keluarga
Kongsi lelaki itu lagi, peti ais lama berkenaan melambangkan kesusahan hingga dia nekad mahu mengubah nasib keluarga.
“Korang boleh tengok, betapa susahnya Abang Mat. Abang Mat niat keluar ke bandar nekad nak cari rezeki ubah kehidupan.
“Dalam kehidupan Abang Mat ubah tu, macam-macam orang khianati Abang Mat tapi Abang Mat kental hati,” kongsinya lagi.
Melalui perkongsian itu juga, dia sempat menasihati dan memberi kata-kata motivasi kepada orang ramai tentang kehidupan.
@abang_mat2023 Hidup di kampung penuh cabaran, namun dengan ketabahan dan semangat, kita mampu menghadapinya. Setiap ujian adalah langkah menuju kejayaan, dan Allah sentiasa bersama kita. Terus berdoa dan percayalah, setiap kesukaran akan ada jalan keluar. #inspirasidariabangmat #jhjk #tiktokmalaysia #fyp
♬ Dealova Piano – DNP
Harga Jualan & Keadaan Peti Ais Undang Pelbagai Reaksi
Video yang telah mendapat lebih 1.4 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, masing-masing mempunyai pendapat tersendiri mengenai harga jualan dan keadaan peti ais antik itu.
Ada yang berpendapat harga sebegitu disifatkan agak mahal serta tidak kena dengan keadaan peti ais yang dilihat agak usang dan lama.
Malah, ada yang mempersoalkan harga jualannya yang terlalu tinggi dan berpendapat lebih baik membeli peti ais baharu yang ada di pasaran.
Namun, ada juga pengguna media sosial beranggapan barang sebegitu kena dengan harganya apatah lagi ia kini sukar ditemui.
Ini antara komen pengguna TikTok:
“Peti Ais Yang Baru Pun Tak Sampai RM20k, Lagi Besar & Moden”

“Dia Bukan Nak Jual Sangat Sebab Tu Letak Harga RM20K, Kenangan Tu Yang Mahal”

“Kenapa Mahal?”

“Di Mata Orang Lain, Baik Beli Baru Kalau RM20k, Tapi Di Mata Collector, Takkan Jumpa Dah Peti Ais Macam Ni”

“Peti Ais Yang Ada Touch Screen Pun Harga Dia Tak Sampai RM20k”

“Peti Ais Tok Saya Masih Berfungsi Elok, Dekat 60 Tahun Dah, Brand Singer, Brand Lama Memang Tahan Lama”

Baca Artikel Berkaitan: