fbpx
Now Reading
Ramai Puji Lelaki Ajar Isteri Mualaf Solat Untuk Pertama Kali [Video]

Ramai Puji Lelaki Ajar Isteri Mualaf Solat Untuk Pertama Kali [Video]

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan si suami duduk di sisi isterinya sambil memegang buku panduan solat untuk mengajar wanita berkenaan cara sembahyang dengan betul.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Mana-mana individu yang baru sahaja memeluk Islam akan digelar mualaf dan kehadiran mereka perlu diraikan bersama-sama.

Ini kerana, mereka ini diibaratkan seperti bayi yang baru dilahirkan dan perlu diajar satu-persatu untuk mengenali agama Islam dengan lebih mendalam.

Apa yang penting adalah individu di sekeliling perlulah sentiasa memberikan tunjuk ajar, galakan dan sokongan apabila seseorang mualaf itu sedang mendalami ilmu agama.

Suami ajar isteri mualaf pertama kali solat

Baru-baru ini, seorang lelaki turut melakukan perkara sama apabila pertama kali mengajar isterinya yang juga mualaf mendirikan solat selepas mereka sah menjadi suami isteri.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Jasmani di TikTok, awalnya dia dan isteri berada di dalam bilik sewaktu sesi pembelajaran berkenaan.

Dalam video kelihatan si isteri memakai telekung dan lengkap menutup aurat sedang berdiri dalam posisi bersedia untuk mendirikan solat.

Suami duduk sambil pegang buku panduan solat untuk ajar isteri

Manakala sang suami duduk di sisinya sambil memegang buku panduan solat dan menunjukkan cara serta langkah satu-persatu perlu dilakukan dalam mendirikan solat.

Bukan hanya itu, kelihatan lelaki berkenaan turut memastikan tangan isterinya berada di posisi yang betul sewaktu mengangkat dan selepas takbiratul ihram.

Malah dia turut menunjukkan kawasan dahi yang perlu menyentuh lantai semasa melakukan sujud agar solat didirikan itu sah.

Selepas selesai mengajar cara-caranya, kelihatan suami seperti sedang menjelaskan lagi mengenai solat sambil si isteri setia mendengar apa yang diberitahu lelaki itu.

“Mengajar isteri mualaf saya bagaimana untuk solat buat pertama kalinya,” kata Jasmani di TikTok.

Ramai yang puji dan sifatkan suami ada tanggungjawab besar untuk ajar isteri

Melihat di ruangan komen, ramai yang suka dan memuji perkara yang dilakukan oleh Jasmani kepada isterinya.

Malah ada yang mengatakan Jasmani mempunyai tanggungjawab yang besar dalam mendidik isteri mualaf dan semoga Allah SWT mempermudahkan perkara itu buatnya.

Di ruangan sama terdapat juga ramai saudara mualaf yang memberikan semangat kepada pasangan itu dan berkongsi pengalaman sendiri ketika baru belajar mendalami agama.

“Saya pun mualaf. Alhamdulillah sekarang saya dah pandai solat, hafal langkah demi langkah solat dan hafal semua bacaan solat. Saya selalu ikut suami saya solat sehingga saya pandai solat.”

“Alhamdulillah suami yang bertanggungjawab, beruntung orang mualaf dapat lelaki macam ni”

“Wah alhamdulillah, senang melihatnya. Semoga aku cepat bertemu jodoh juga, jadi kalau belajar ada yang bimbing. Aku mualaf juga baru setahun (masuk Islam).”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.