
Reaksi Lelaki Seperti Keliru Tonton Persembahan Silat Di Majlis Perkahwinan Buat Ramai Geli Hati [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan lelaki berkenaan tidak dapat menyimpan wajahnya yang seperti pelik melihat persembahan silat di majlis perkahwinan berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tak dinafikan apabila setiap negeri pastinya mempunyai adat yang tersendiri dalam majlis perkahwinan yang dilakukannya.
Meskipun ia kelihatan sedikit janggal kepada mereka yang tidak biasa untuk melihat adat tersebut namun ia menjadi keunikan yang boleh ditunjukkan kepada para tetamu.
Bukan hanya itu, para tetamu yang hadir dari negeri lain juga boleh mempelajari perkara dan budaya baru yang dibawa oleh setiap negeri.
Wajah lelaki pelik lihat persembahan di majlis perkahwinan raih perhatian
Baru-baru ini, seorang lelaki turut tidak ketinggalan untuk meraikan majlis perkahwinan rakannya.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Zack, awalnya kelihatan dia berada di sebuah kenduri kahwin di Kota Bharu, Kelantan. Bagi meraikan rakannya dia kemudian menjadi pengapit untuk kawan lelakinya itu.
Sewaktu majlis berlangsung kelihatan pengantin dan pengapit diminta untuk duduk di tempat duduk disediakan kerana terdapat persembahan yang dilakukan sempena meraikan hari bahagia itu.
Namun apa yang menarik perhatian ramai, kelihatan wajah Zack seperti keliru ketika melihat persembahan yang dilakukan oleh dua individu lelaki.
Kelihatan mereka seperti membuat persembahan silat namun dua individu itu juga dilihat seolah-olah sedang berlaga di antara satu sama lain.
Jelas muka seperti pelik dengan persembahan ditonton
Malah wajahnya itu langsung tidak dapat disorok apabila jelas dia seperti tertanya-tanya persembahan apa yang dilakukan.
Walau bagaimanapun, kelihatan tetamu lain yang berada di majlis berkenaan turut fokus sewaktu melihat persembahan itu.
Menurut Zack, dia mempamerkan wajah keliru kerana mereka pada waktu itu dipersembahkan dengan persembahan silat namun pergerakan kan itu pertama kali dilihat dalam hidupnya.
“Buatkan saya keliru dan juga pengalaman pertama jadi pengapit,” katanya.
@zackom maap cakap hampir2 kesurupan..culture shock pestime jadi pengapit belah pantai timur😌 #fyp #fypシ゚viral #fyppppppppppppppppppppppp #foryou #weddingphotography #budakbandar #pantaitimur #reel #pengapit #kesurupan
♬ original sound – Zack – Zack
Ramai terhibur lihat reaksi wajah lelaki
Melihat di ruangan komen, reaksi wajah lelaki itu bagaimanapun membuat ramai geli hati dengan gelagat Zack.
Ada juga yang sempat berseloroh memandang dia sudah menjadi pengapit maka perlu ‘enjoy’ melihat persembahan berkenaan.
Tidak kurang juga ada yang mengatakan bukan sekadar lelaki itu yang berkerut mereka yang menonton video juga berkerut kerana tidak memahami persembahan yang ditunjukkan.
“Saya pun orang pantai timur bang, tapi serius ni nak tanya, apa dia orang buat tu.”

“Dia tengok dan dia ‘judge’. Bang relax bang dia orang berlakon je tu.”

“Macam tengah fikir jawapan exam.”

“Mula-mula aku pelik abang ni tengok silat ke sampai berkerut bila kamera dah beralih aku pun ikut kerut.”
