
Dituduh Review Terlalu Jujur Hingga ‘Jahanamkan’ Peniaga, Jason Tampil Beri Penjelasan [Video]
Menurut Jason, dia merupakan pengguna biasa yang mempunyai hak untuk memberi komen atau ulasan terhadap sesuatu produk yang dibelinya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai seorang TikTokers dikenali sebagai CEO Kaki Review yang tidak berpuas hati dengan seorang influencer makanan yang sering melakukan ‘review’ secara jujur.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, lelaki terbabit mendakwa terdapat kedai yang tidak mempunyai pelanggan gara-gara ulasan negatif oleh influencer terbabit.
“Apa benda kau buat? Kau nak tolong peniaga atau menjahanamkan peniaga? Orang tak panggil review jangan datang. Kalau kau nak tolong dia, kau tolong dia, tapi janganlah jujur sangat,” katanya.
Meskipun Kaki Review tidak menyatakan nama ‘food influencer’ terbabit secara spesifik, tetapi dia seakan memberi bayangan hantaran tersebut ditujukan kepada Jason memandangkan komen yang berkaitan rakan influencer itu di ruangan videonya dibalas dan diberi tanda suka (like).


Jason tampil beri penjelasan, nafi ulasannya jadi punca kedai tiada pelanggan
Susulan itu, Jason yang percaya hantaran itu ditujukan kepadanya telah tampil menerusi satu video di akaun TikTok miliknya untuk memberi penjelasan.
Menurut Jason, ulasannya mengenai makanan bukanlah menjadi punca sekiranya gerai atau kedai tersebut tidak mempunyai pelanggan, sebaliknya kualiti produk yang menentukannya.
“Tak kira betapa besar pun platform saya, kalau saya cakap tak sedap tetapi kedai tersebut sedap, saya cakap sampai air liur kering sekali pun akan masih ada orang yang duduk makan di situ,” katanya.
Dirinya berhak beri ulasan sebagai pengguna biasa
Menurutnya lagi, dia juga merupakan seorang pengguna biasa dan pencipta kandungan yang berhak untuk memberi ulasan negatif sekiranya makanan di kedai tersebut sememangnya tidak sedap.
Jelas Jason, sekiranya semua orang bersikap ‘pro business’ seperti yang dimaksudkan oleh Kaki Review, tiada siapa yang akan memihak dan mengambil berat hak pengguna sebagai pembeli.
“Awak juga mengatakan dalam video kalau kedai tak suruh datang, jangan datang. Jadi adakah awak mengatakan kita sebagai pelanggan tak boleh tinggalkan Google Review hanya kerana kita tidak dapat official RSVP?”
Jason
Tak kira pangkat atau nama, pelanggan tetap berhak beri komen
Malah, Jason turut menjelaskan bahawa dia berhak memberi rating bagi setiap makanan yang dicubanya tanpa mengira status seorang cef atau tukang masak itu.
“Awak nak kata seseorang yang ada nama apa-apa yang dia buatnya auto menarik? Dan tiada apa-apa untuk kita sebagai pengguna biasa boleh komen?
“Akhirnya mereka ini (cef atau pakar masakan) buka perniagaan dan jual kepada pelanggan, kita ada kebebasan untuk bersuara sama ada suka atau tidak dan ia dipanggil sebagai hak pengguna.
“Kalau perniagaan itu dibuka secara terbuka, kenapa saya tak boleh beri komen secara terbuka juga selagi mana saya hanya fokus kepada produk, saya tidak nampak apa-apa yang salah dengannya,” katanya lagi.
Ujarnya, jika gerai di tepi jalan menjual makanan yang sedap, dia tetap akan mengatakannya sedap tanpa mengira latar belakang peniaga tersebut.
Jason juga di akhir video secara sinis meminta Kaki Review untuk menukar namanya kepada ‘Kaki Promote’ sekiarnya semua ulasan perlulah positif.
@scaredtodie my plan was to review gastro hub today but
♬ original sound – Jason 🇲🇾 – Jason 🇲🇾
Kaki Review nafi sebut nama jason dan main isu bangsa
Kaki Review bagaimanapun selepas itu tampil semula menerusi satu video berasingan dan menafikan dirinya ada menyebut nama Jason.
Malah, dia juga menafikan menyebut atau menggunakan isu bangsa dalam video yang dimuat naiknya sebelum ini.
“Aku tak sebut bangsa, aku sebut aku berbangsa Melayu. Tak akan aku nak mengaku aku ini bukan Melayu pula, korang kena faham.
“Lagi satu, aku nak ketengahkan isu berkaitan jujur ini. Okay boleh jujur cakap tak sedap, cuma jangan cakap dalam video tapi jumpa pemilik, mana tahu lepas kita tegur dia perbaiki, besok lusa kita datang balik dah okay (sedap),” jelas Kaki Review.
@ceokakireview ramai yang tak faham,ni ak terangkan supaya korang lebih faham
♬ original sound – KAKI REVIEW 🇲🇾 – KAKI REVIEW 🇲🇾