fbpx

Individu Lahir Pada Bulan Februari Ada Banyak Keistimewaan – Kajian

Menerusi kajian dari Harvard itu mendapati mereka yang lahir pada bulan Februari ini berpotensi menjadi selebriti sebagai contoh Harry Styles yang lahir pada 1 Februari dan Jennifer Aniston iaitu 11 Februari.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Setiap individu yang lahir ke dunia ini pastinya mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri.

Malah sebagai manusia pasti kita ingin mengetahui apakah kelebihan seseorang dalam sesuatu perkara. Sebagai contoh terdapat beberapa diskusi yang sering membincangkan mengenai sifat seseorang mengikut bulan kelahiran.

Bukan hanya itu, mendalamii perkara ini turut membuatkan seseorang percaya mereka mempunyai potensi diri dalam melakukan sesuatu perkara.

Hal ini samalah seperti satu kajian yang diterbitkan oleh Harvard Library apabila mendapati individu yang lahir pada bulan Februari mempunyai kelebihan yang luar biasa berbanding dengan bulan lain.

Menerusi kajian itu, mereka yang lahir pada bulan Februari ini mempunyai enam kelebihan iaitu:

#1 Lebih tinggi serta kuat

Foto: Freepik

Dalam kajian yang dilakukan didapati mereka yang lahir pada bulan Februari mempunyai kelebihan dari segi ketinggian serta kuat berbanding mereka yang lahir di bulan lain.

Selain tinggi mereka juga mempunyai berat yang lebih berat kerana hasil pemakanan si ibu secara berlebihan disebabkan musim sejuk.

Umum mengetahui bermula bulan Disember sehingga Februari merupakan musim sejuk di beberapa negara.

#2 Bijak

Selain tinggi mereka yang lahir pada Februari juga dipercayai mempunyai skor lebih tinggi dalam ujian kecerdasan.

Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya ‘Februari babies’ ini bijak-bijak orangnya.

#3 Berjiwa Seni

foto: Pexels

Setiap di antara kita pasti mempunyai keunikan tersendiri. Menurut kajian yang dilakukan mendapati mereka yang lahir pada bulan kedua ini mempunyai daya kreativiti yang tinggi.

Malah ia mengatakan ramai artis serti individu seni lahir pada bulan berkenaan.

Antara bidang kreatif adalah seperti lukisan, lakonan, muzik atau penciptaan kandungan, dan sebagainya.

#4 Lebih bahagia

Mereka yang lahir pada bulan ini turut dikatakan mempunyai sifat yang lebih tenang serta berkelakuan baik.

Bukan hanya itu, ramai juga yang lahir di bulan Februari mengakui mereka puas dengan kehidupan serta kerjaya yang dipilih.

#5 Lebih berpeluang menjadi selebriti

Tidak semua suka menjadi perhatian khususnya di khalayak orang ramai namun berbeza dengan si Februari babies kerana mereka ini mempunyai potensi besar untuk menjadi selebriti.

Seperti dikatakan sebelum ini mereka yang berseni banyak lahir pada bulan Februari maka tak hairanlah sekiranya ada yang menjadi selebriti.

Malah dalam kajian Journal of Social Asciences turut mendapati mereka yang berzodiak Aquarius (lahir dari Januari hingga 19 Februari) mempunyai kecenderungan untuk menjadi figura umum.

Sebagai contoh antara selebriti yang lahir pada bulan Februari adalah Jennifer Aniston (11 Februari), Harry Styles (1 Februari) dan Chris Rock (7 Februari).

#6 Hari jadi unik

Foto: pexels

Mereka yang lahir pada bulan Februari turut dianggap mempunyai tarikh lahir yang unik. Maka ini membuatkan hari jadi mereka lebih istimewa berbanding individu lain.

Umum mengetahui Februari merupakan antara bulan yang paling pendek berbanding bulan lain dan perkara itu membuatkannya lebih istimewa.

Memetik laporan mStar, walau bagaimanapun di dalam Islam setiap individu yang lahir ke dunia ini adalah suci dan sama.

Bukan hanya itu, ibu bapa yang perlu memainkan peranan penting dalam menjalankan tanggungjawab untuk membesarkan anak mereka dengan acuan yang sebaiknya.

Kita juga turut tidak dibenarkan untuk mempercayai sebarang ramalan zodiak kerana ia dianggap sebagai perbuatan percaya kepada menilik nasib yang boleh mengundang syirik kepada Allah SWT.

Pakar motivasi popular iaitu Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah bagaimanapun sebelum ini ada membuat kajian selama 30 tahun mengenai sikap sikap serta perwatakan seseorang menerusi bulan kelahiran.

Katanya kebiasaanya mereka yang lahir pada Februari ini sukakan hiburan, sukan, berani serta mempunyai cita-cita yang tinggi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.