fbpx
Now Reading
“Ini Baru Betul, Tak Conteng Baju” – Sekumpulan Pelajar Sujud Syukur Selepas Tamat SPM Raih Pujian [Video]

“Ini Baru Betul, Tak Conteng Baju” – Sekumpulan Pelajar Sujud Syukur Selepas Tamat SPM Raih Pujian [Video]

Dalam video tersebut, kelihatan seorang pelajar mengetuai sujud syukur berkenaan dengan melakukan takbiratul ihram terlebih dahulu sebelum diikuti oleh yang lain.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Ketika ini, hampir keseluruhan calon Sijil Pelajaran Malaysia 2024 (SPM) telahpun menamatkan peperiksaan yang bermula sejak bulan Disember tahun lalu itu.

Tidak peliklah jika kebelakangan ini kita sering melihat konten yang memaparkan pelajar-pelajar ini meraikan hari mereka tamat SPM sebelum menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi atau melangkah masuk ke alam pekerjaan pula.

Dalam video-video yang dikongsikan di media sosial, ada yang menconteng baju sekolah dan membuat bising di jalanan menggunakan motosikal hingga mencetuskan kecaman ramai, namun tidaklah semua pelajar bertindak sebegitu.

Tular guru kongsi tindakan pelajar sujud syukur dalam dewan SPM

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang guru wanita yang dikenali sebagai Nazliah berkongsi tindakan pelajar-pelajar lelaki dan perempuan di sebuah dewan sekolah yang melakukan sujud syukur selepas tamat peperiksaan.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik oleh Nazliah di akaun TikTok miliknya, dia turut mendoakan agar kejayaan mengiringi pelajar-pelajar terbabit.

“Tamatlah sebuah perjuangan,” tulisnya ringkas di dalam video.

Buat sujud syukur dengan tatacara yang betul

Dalam video tersebut, kelihatan seorang pelajar lelaki mengetuai sujud syukur berkenaan dengan melakukan takbiratul ihram terlebih dahulu sebelum diikuti oleh yang lain dalam keadaan menghala ke satu arah yang sama dipercayai kiblat.

Setelah takbiratul ihram, pelajar berkenaan terus melakukan sujud dan diikuti oleh calon-calon SPM yang lain sebelum mereka semua duduk di antara dua sujud dan memberi salam.

Setakat artikel ini ditulis, video berdurasi 37 saat itu telah meraih lebih 324,000 tontonan dan sekitar 11,700 tanda suka di TikTok.

Netizen sebak dan puji tindakan pelajar sujud syukur selepas tamat SPM

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berasa sebak melihat tindakan pelajar-pelajar itu melakukan sujud syukur.

Malah, mereka turut memberikan pujian kerana kesemua calon SPM terbabit tidak meraikannya dengan membuat bising atau menconteng baju sekolah seperti yang pernah tular sebelum ini.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.