
Lelaki Dibawa Pulang Dengan Tangan Bergari Untuk Tatap Jenazah Ayah Buat Kali Terakhir Undang Sebak [Video]
Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan lelaki memakai baju biru dengan tangan bergari itu segera mengucup wajah ayah sebaik kain kapan dibuka.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kehilangan individu yang disayangi seperti ibu ayah atau ahli keluarga terdekat merupakan perkara yang sukar untuk diterima.
Meskipun tahu setiap individu yang hidup di dunia ini akan pergi menghadap Ilahi namun setiap di antara kita tidak akan pernah tahu bilakah masanya.
Bukan hanya itu, apa yang membuatkan seseorang berasa sedih apabila ibu ayah meninggal dunia mereka tidak hanya kehilangan satu sosok yang penting sebaliknya belaian kasih sayang dan juga doa yang tak pernah putus.
Lelaki dibawa pulang dalam keadaan bergari untuk lihat jenazah ayah di rumah
Baru-baru ini, seorang lelaki membuatkan ramai sebak apabila dia pulang ke rumah dalam keadaan bergari untuk menatap jenazah ayahnya buat kali terakhir.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Akim Juntai II di Facebook, awalnya kelihatan beberapa anggota polis telah mengiringi lelaki yang mesra dipanggil Teh masuk ke rumah dalam keadaan tangannya yang masih bergari.
Sebaik sampai di hadapan pintu rumah kelihatan ramai ahli keluarga yang menyambutnya dan membawa lelaki itu untuk melihat jenazah ayahnya.
Kelihatan Teh turut mengalirkan air mata kerana tidak dapat menahan sebak disebabkan kehilangan bapa yang cukup disayangi.
Segera kucup wajah insan yang disayangi dalam keadaan sebak
Sampai sahaja di hadapan jenazah, seorang lelaki segera membukan ikatan kain kapan jenazah untuk Teh menatap wajah ayahnya.
Sebaik wajah dibuka dia segera mengucup wajah insan disayangi itu dan dalam video sama kelihatan dia turut mengambil peluang untuk mengusung jenazah bapa masuk ke dalam van sebelum dikebumikan.
Difahamkan bapa kepada individu itu telah meninggal dunia pada 3 Februari yang lalu.
“Semoga kau kuat sahabat, sepatutnya 14 Februari ni aku tunggu kat dekat rumah kau, Teh. Boleh tengok kau dah balik kita boleh jumpa semua, ayah, ibu kumpul macam dulu tengok kau gembira.
“Tapi ni aku tunggu kau untuk tengok sedihnya kehilangan seorang ayah tercinta, Allah sayang kau, Teh sebab tu Dia uji kau. Sentiasa kuat okay sahabat,” kata Akim yang turut sebak dengan pemergian ayah sahabatnya itu.
Ramai sebak lihat momen akhir lelaki ini ketika tatap jenazah bapa
Melihat di ruangan komen, video tersebut turut membuatkan ramai sebak melihat momen akhir lelaki itu menatap jenazah ayahnya.
Malah ada yang mengucapkan salam takziah dan mendoakan agar lelaki itu terus kuat dalam menghadapi ujian ini.
Ada juga yang menyifatkan dia seorang yang bertuah kerana dapat melihat arwah bapa buat kali terakhir.
“Kau bertuah dik, dapat juga tengok. Aku ni ayah dan mak pergi kedua-duanya aku tak dapat tengok”

“Sedih aku bang. Apa pun kesalahan kamu, kita tetap manusia yang tak akan pernah terlepas dari kesilapan. Salam takziah dan semoga dipermudahkan urusan”

“Allah uji dia, pada masa yang sama Allah juga uji kita. Jadikan ini sebagai pengajaran untuk semua.”

“Semoga dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat”
