fbpx
Now Reading
Takut Tersasul Lagi, Penonton Ingatkan Reporter Sebut Perkataan Dengan Betul Buat Ramai Terhibur [Video]

Takut Tersasul Lagi, Penonton Ingatkan Reporter Sebut Perkataan Dengan Betul Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan wartawan itu menyebut berulang kali perkataan yang diminta oleh penonton agar tidak tersasul seperti sebelum ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Tak dinafikan mereka yang bekerja sebagai seorang wartawan penyiaran sememangnya sudah lali untuk bercakap di hadapan kamera.

Namun hakikatnya tugas mereka untuk membuat liputan di lokasi yang ditugaskan bukanlah sesuatu perkara yang mudah apabila perlu bercakap secara langsung sewaktu bersiaran.

Oleh itu, adakalanya berlaku insiden tidak diingini seperti tersasul, tersilap menyebut perkataan atau memberi reaksi yang spontan ketika bersiar.

Perkara ini secara tidak langsung membuatkan penonton adakalanya terhibur melihat gelagat spontan wartawan.

Netizen minta wartawan berlatih sebut perkataan yang betul supaya tak tersasul

Baru-baru ini, seorang wartawan TV AlHijrah yang dikenali sebagai Abdurahman Kunyu telah menarik perhatian ramai apabila dia dilihat melakukan beberapa latihan bagi memastikan tidak tersasul ketika bersiaran.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, awalnya kelihatan Abdurahman berada di tepi sebuah lebuh raya untuk memberikan laporan lintas langsung mengenai kesesakan jalan.

Dia dipercayai ketika itu sedang melakukan ‘live’ di media sosial menunjukkan keadaan trafik yang sibuk dengan kenderaan di atas jalan raya.

Sebut berulang kali supaya tak tersilap cakap

Namun apa yang menarik perhatian ramai apabila dia dilihat berulang kali menyebut ayat yang sama berulang kali agar tidak tersasul.

“Pastikan Touch ‘n’ Go (TnG) mencukupi. Pastikan Tounch ‘n’ Go mencukupi. Pastikan baki Touch ‘n’ Go, RFID dan Smart Tag anda dalam keadaan mencukupi,” ulangnya.

Malah dia turut mengatakan kepada orang ramai yang menonton siaran langsungnya itu dia tidak akan lagi tersasul seperti yang pernah berlaku sebelum ini ketika sedang bersiar.

Selepas beberapa kali berlatih menyebut ayat berkenaan Abdurahman kemudiannya mengatakan dia tidak mahu menyebut perkataan itu kerana bimbang akan tersasul sekali lagi ketika melakukan siaran.

“Bila netizen takut kau salah sebut ‘mencukupi’ lagi,” tulisnya.

@rahmankayy

Taknak sebut terus dah mencukupi 🥹😭

♬ original sound – Rahmankayy – Rahmankayy

Pernah tular tersalah sebut perkataan ‘mencukupi’

Sebelum ini, Abdurahman pernah tular dalam satu video yang dikongsikan apabila tersalah menyebut ‘Mencukupi’ dengan ayat yang sedikit lucah dalam siaran berkenaan.

Perkara itu membuatkan ramai yang terhibur dan itu adalah sebab mengapa ramai yang memintanya untuk tidak lagi tersilap sewaktu bersiaran secara langsung.

@rahmankayy

Bila dah tersasul time live, muka kena kekal tenang 🤣

♬ original sound – Rahmankayy – Rahmankayy

Ramai terhibur lihat wartawan berlatih banyak kali supaya tak tersasul

Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat wartawan berkenaan dan menyokong perkataan yang disebut berulang kali itu adalah betul.

Tidak kurang juga ada yang masih teringat kesalahan spontan yang dilakukan oleh Abdurahman sebelum ini.

Malah ada yang cuba menyakat dengan menyifatkan walaupun dia cuba berlatih menyebut perkataan itu berulang kali namun ia masih kedengaran seperti tersasul.

“Buat yang simple je pastikan baki anda cukup.”

“Risau sangat bang Man..”

“Dah jadi macam tergeliat lidah.”

“Saya faham perasaan abang, setiap kali bos suruh buat live laporan trafik sumpah tak boleh, hari tu pertama kali buat dah terfikir ini kalau aku tersasul viral pula kang.”

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.