
Wanita Kongsi Momen Sedih, Bapa Sempat Nikahkan Sehari Sebelum Pergi Selamanya [Video]
Lebih menyedihkan, wanita yang berusia 27 tahun itu terpaksa meneruskan kenduri kahwin pada hari Sabtu (1 Februari) demi memenuhi permintaan terakhir arwah bapanya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Bagi kebanyakan individu, kehilangan orang tersayang khususnya ibu bapa sememangnya amat memeritkan.
Apatah lagi jika mereka pergi dalam keadaan yang tidak dijangka dan ketika sedang berlangsungnya detik bahagia.
Pastinya situasi sebegini memberi kesan yang mendalam terutama buat mereka yang terpaksa berhadapan dengan kenyataan yang menyakitkan.
Bapa Meninggal Dunia Sehari Lepas Nikahkan Dirinya
Itulah yang dihadapi oleh seorang wanita apabila dia terpaksa berhadapan dengan kenyataan bapa kesayangannya meninggal dunia di hari pernikahannya.
Lebih menyedihkan, ayah wanita itu pergi selamanya sehari selepas dia dinikahkan oleh bapanya itu.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @nisavnn04, dia berkongsikan momen ketika dinikahkan oleh bapa yang dipanggil abah pada 31 Januari yang lalu sebelum pergi menghadap sang pencipta pada 1 Februari 2025.
Melalui perkongsian itu, dapat dilihat bapa wanita yang mengenakan baju Melayu berwarna ungu sedang bersalam bersama pengantin lelaki ketika majlis akad nikah dijalankan.
Bapa Hidap Penyakit Jantung, Dah Demam Seminggu Sebelum Akad Nikah
Memetik mStar, wanita yang dikenali sebagai Nor Hanisah Ali mendedahkan bapanya rebah sebaik sahaja dia dinikahkan pada petang Jumaat (31 Januari) lalu sebelum disahkan meninggal dunia pada hari Sabtu (1 Februari).
Jelas Hanisah, bapanya yang dikenali sebagai Ali Hassan telah menghidap penyakit jantung sejak dua tahun yang lalu.
“Arwah ayah memang tidak sihat seminggu sebelum saya akad nikah. Dia cuma demam. Klinik minta dia refer ke hospital, tetapi arwah tak nak. Dia cakap tunggu majlis selesai.
“Saya selesai akad nikah pukul 2.15 petang, hari Jumaat. Arwah rebah lepas akad. Balik rumah, dia terbaring sesak nafas. Kemudian dia dibawa ke Hospital Jasin, Melaka.
“Doktor suruh pilih nak tidurkan atau tidak, risikonya sama. Pagi Sabtu sekitar pukul lima, hospital hubungi kami dan beritahu keadaan ayah kritikal,” katanya yang dipetik dari mStar.
Terpaksa Teruskan Majlis Persandingan, Tidak Dapat Hadir Ke Lokasi Pengebumian
Lebih menyedihkan, wanita yang berusia 27 tahun itu terpaksa meneruskan kenduri kahwin pada hari Sabtu demi memenuhi permintaan terakhir arwah bapanya.
“Arwah meninggal pukul 6.10 pagi dan selesai dikebumi pukul 10 pagi. Majlis (kenduri) pukul 11 pagi. Diteruskan macam biasa tanpa muzik dan kompang, sunyi.
“Saya tiada di lokasi (pengebumian) kerana perlu bersiap untuk teruskan bersanding dan memikirkan ini merupakan permintaan terakhir arwah. Selesai bersanding baru ke kubur.
“Saya terpaksa (kuatkan semangat) sebab sokongan kawan-kawan dan keluarga. Sejujurnya saya menangis dan mereka bantu tenangkan semasa bersanding,” kongsinya.
Jelas Hanisah, majlis tahlil turut diadakan di masjid pada hari yang sama kenduri kahwinnya.
Bapa Berhasrat Nikahkan Semua Anak Perempuan
Pada masa yang sama, Hanisah meluahkan rasa syukur apabila hasrat bapanya untuk menikahkan kesemua anak perempuan tercapai.
“Kami ada empat beradik. Tiga perempuan dan seorang lelaki. Saya anak perempuan terakhir dan juga yang terakhir dia nikahkan.
“Abah sempat tunaikan hajat dan janji nak nikahkan semua anak perempuannya,” katanya lagi.
@nisavnn04 #CapCut majlis sanding diteruskan dalam keadaan yg sayu , bersanding dengan air mata yang sentiasa nak jatuh . Abah sempat tunaikan hajat dan janji abah nikahkan semua anak perempuan abah. Kakak yang terakhir. Al-fatihah abah, kakak sayang abah dunia akhirat .
♬ original sound – Nescafe4lyfe – Nescafe4lyfe
Ramai Simpati & Ucapan Salam Takziah
Video yang telah mendapat lebih 244,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Menjengah ke ruangan komen, ramai bersimpati dan meluahkan rasa sedih dengan Hanisah yang kehilangan bapa tersayang di hari bahagianya.
Malah, ada yang memberi ucapan takziah dan memintanya untuk kuat dalam menempuh hari-hari mendatang.
Pada masa yang sama, ada juga segelintir pengguna yang turut berkongsikan pengalaman serupa kehilangan orang tersayang ketika hari bahagia mereka.
Ini antara komen pengguna TikTok:
“Tak Semua Orang Yang Sanggup Berada Di Situasi Nisa, Bertabah & Bersabarlah Dengan PercaturanNya”

“Kita Sama Sis, 11/11/22 Abah Serahkan Saya Dekat Suami, 12/11/22 Abah Pergi Selepas Selesai Tanggungjawab”

“Abah Selesaikan Tugasnya. Bertuah Kau Dik. Pasti Abah Tersenyum Di Sana, Semoga Abah Ditempatkan Dikalangan Ahli Syurga”

Baca Artikel Berkaitan: Bahagia Bertukar Duka, Baru Setengah Jam Nikah Pengantin Dapat Khabar Ibu Meninggal Dunia [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Sempat Tengok Anak Perempuan Bernikah, Sebelum Ajal Menjemput [Video]