fbpx
Now Reading
“Bimbingnya Menjadi Bidadari”- Ucapan Ayah Kepada Menantu Ketika Majlis Pernikahan Buat Ramai Sebak [Video]

“Bimbingnya Menjadi Bidadari”- Ucapan Ayah Kepada Menantu Ketika Majlis Pernikahan Buat Ramai Sebak [Video]

Menerusi video yang dikongsikan, kelihatan orang ramai yang berada di majlis tersebut turut berasa sebak mendengar ucapan diberikan oleh si ayah.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Setiap yang bergelar ayah pasti inginkan yang terbaik buat anak-anaknya khususnya jika ia melibatkan anak perempuan.

Meskipun menjaga anak perempuan bukanlah perkara yang mudah, namun melepaskannya kepada lelaki yang bergelar suami jauh lebih berat.

Si ayah pasti mahu mana-mana individu yang menjadi menantu dapat menjaga anak mereka dengan baik dan melayani dengan penuh kasih sayang.

Ucapan ayah sewaktu anak nikah raih perhatian

Baru-baru ini, seorang ayah menjadi perhatian gara-gara ucapan yang diberikan sewaktu ingin menyerahkan anak perempuannya kepada menantu ketika majlis perkahwinan.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Shaifulmy di TikTok, kelihatan dia yang memakai baju Melayu putih sewaktu majlis pernikahan anak perempuannya.

Namun apa yang menarik perhatian, kelihatan dia dan pengantin lelaki memegang sebilah pedang sambil memberi ucapan meminta menantunya itu untuk menjaga dan membimbing anak dan keluarga ke jalan Allah SWT.

Ucapan yang diberikan oleh Shaifulmy turut membuatkan tetamu yang hadir di majlis perkahwinan itu sebak. Kelihatan anak perempuan dan isterinya mengalirkan air mata sebaik mendengar ucapan itu.

@shaifulmy

Upacara amanah penyerahan tanggungjawab kepada menantu. Tersekat kata menahan sebak, yang dihafal tidak terucap. Sukar melepaskan air mata tetapi menahan hiba melepaskan anak perempuan tunggal bukan perkara mudah dizahirkan. #wedding #ucapanpengantin #wgglassbox #wgglassboxtamarindsquare

♬ Sedih menyentuh hati – Yuda Pratama

Kongsi skrip asal kepada BuzzKini

Shaifulmy turut mengatakan sewaktu memberi ucapan ringkas tersebut ada perkara yang tidak diingatinya kerana sebak.

“Saya ada ucapan satu lagi yang penuh dengan pantun semasa majlis resepsi. Skrip sebenarnya macam ni.

“Anakanda Hafiz (menantu), dengan ini saya amanahkan anak kami, Batrisyia di bawah tanggungjawab kamu. Bimbinglah anak kami menjadi bidadari kamu. Tunjukkan kasih sayang kamu dengan memikul tanggungjawab sebagai suami yang memberi dan melindungi.

“Peliharalah kehormatan dan maruah rumahtangga kamu. Pimpin keluarga mu, kamu ke jalan Allah dan kebaikan. Kami berdua merestui perkahwinan ini.

“Semoga Allah merahmati kita semua, semoga Allah mengurniakan barakah kepada kamu berdua,” kongsinya kepada BuzzKini.

Pedang sebagai simbolik amanah dan integriti

Ujarnya lagi pedang itu merupakan pedang tradisi pesara tentera untuk diturunkan kepada menantu lelaki pertama sebagai simbolik amanah dan integriti.

Katanya lagi dalam ucapan tersebut, pedang ini juga digunakan sewaktu Shaifulmy dan isteri berkahwin pada 25 tahun yang lalu.

“Upacara amanah penyerahan tanggungjawab kepada menantu. Tersekat kata menahan sebak, yang dihafal tidak terucap.

“Sukar melepaskan air mata tetapi menahan hiba melepaskan anak perempuan tunggal bukan perkara mudah dizahirkan,” ujarnya di kapsyen.

“Sebak sangat.. bukan mudah seorang ayah menyerahkan anak perempuannya kepada orang lain.”

“Saya rindukan momen ini, ayah yang membesarkan dan meninggalkan ketika aku 12 tahun. Tapi aku harap dapat melihat anakku menjadi isteri.”

“Pedang ayan mentua punya, askar semacam je pedang tu”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.