
Influencer Malaysia Hilang Di Indonesia Sudah Ditemui, Netizen Pula Dakwa Hanya Konten [Video]
Keadaan pakaian gadis itu yang berwarna putih masih kelihatan bersih meskipun selepas 3 hari hilang di dalam hutan menimbulkan tanda tanya netizen.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, kecoh di media sosial mengenai berita kehilangan seorang influencer dari Malaysia yang dikenali sebagai Eyka di sebuah hutan di Bandung, Indonesia ketika dia melakukan aktiviti paranormal bersama rakan-rakannya pada Isnin lalu (3 Februari).
Setelah beberapa hari kehilangan gadis berusia 22 tahun itu, Eyka akhirnya berjaya ditemui dalam keadaan selamat pada malam tadi (5 Februari).
Eyka ditemui kira-kira pukul 10 malam dan penemuannya dikongsi menerusi penstriman langsung di akaun TikTok @Arasz sebelum ia tular.
Dalam perkongsian itu, kelihatan gadis itu yang lengkap berpakaian terbaring di kawasan hutan dalam keadaan lemah.
Penemuan Eyka membuatkan ramai pengikutnya dan pengguna TikTok menzahirkan rasa syukur dan berharap agar gadis tersebut kembali pulih.
@tkahamarr Replying to @qasehrawrrr Alhamdulillah Allah Maha Besar #eykasarawak #ammarnazhan #arasz #paranormal
♬ original sound – @TkahAmarrr🕊️🤍 – @TkahAmarrr🕊️🤍
Lepas ditemui, netizen pula sangsi dakwan perkara itu hanya konten semata-mata
Pun begitu, video tular semasa Ekya ditemui juga membawa kepada perasaan sangsi segelintir pengguna media sosial mengenai kesahihan akan perkara yang telah berlaku ini.
Keadaan pakaian Eyka yang berwarna putih masih kelihatan bersih meskipun selepas 3 hari hilang di dalam hutan menimbulkan tanda tanya netizen.
Ada segelintir individu yang mendakwa bahawa kehilangan Eyka yang dilaporkan itu hanyalah konten semata-mata memandangkan rakan-rakannya yang terdiri daripada influencer kerap melakukan prank dan konten-konten yang sengaja mahu menarik ‘views’.
Kalau fake, Caprice minta pihak berkuasa Indonesia ambil tindakan
Malah, penyanyi rap, Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, 37, juga seakan meragui mengenai kehilangan gadis terbabit.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya, Caprice meminta agar pihak berkuasa di Indonesia mengambil tindakan sekiranya berita kehilangan gadis itu adalah palsu.
“Kalau ini fake (palsu), harap-harap pihak berkuasa dekat sana (Indonesia) ambil tindakan,” tulisnya ringkas di ruangan kapsyen.
Terdahulu, Khabar mengenai kehilangan Eyka disahkan oleh YouTuber, Ammar Nazhan yang mengetuai aktiviti terbabit menerusi perkongsian di akaun media sosial miliknya.