
“Kalau Lapar Tak Fokus” – Ramai Setuju Pensyarah Benarkan Pelajar Makan Dalam Bilik Kuliah
Pensyarah dikenali sebagai Siti Raudzah berkata, beliau memberi kebenaran kepada pelajar jika mereka ingin makan di dalam bilik kuliah seperti mana dipraktikkan oleh penuntut di Amerika Syarikat.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak di peringkat sekolah rendah, para murid dilatih dan diajar untuk makan ketika waktu rehat manakala minum di dalam kelas dengan kebenaran guru bertugas sahaja.
Pun begitu, semakin ramai para pengajar pada ketika ini yang memberi kebenaran kepada anak muridnya untuk menjamah makanan meskipun sedang belajar dalam bilik darjah.
Hal ini kerana mereka mahu mengelakkan para pelajar mengantuk dan kekal bertenaga untuk meneruskan pembelajaran yang memakan masa berjam-jam lamanya.
Pensyarah Beri Kebenaran Pelajar Makan Dalam Bilik Kuliah
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @sitiraudzah) apabila seorang pensyarah dikenali sebagai Siti Raudzah berkongsi pandangannya tentang para pelajar yang makan dalam bilik kuliah sewaktu sesi syarahannya berlangsung.
Menurut Siti, beliau tiada masalah tentang perkara tersebut. Jelas beliau, kaedah sama juga dipraktikkan oleh penuntut yang belajar di Amerika Syarikat iaitu makan sambil belajar.

Bagaimanapun, Siti menegaskan bahawa kebenaran untuk makan dan minum di dewan kuliah adalah berdasarkan budi bicara pelajar bersama pensyarah masing-masing.
Sekiranya ada para pengajar yang lain tidak bersetuju, maka penuntut perlu hormati keputusan tersebut dan mendengar arahan.
“Jangan biadab. Kalau pensyarah tak suka kita makan dalam kelas dia, jangan buat. Kalau pensyarah tak suka kita pakai selipar pergi kelas, jangan buat.
“Sebabnya di universiti la kalian perlu belajar proses adaptasi. Ada pensyarah yang tegas, ada pensyarah mcm emak-emak, ada pensyarah jenis lantak kau la,” ujar Siti.
Saya seorang pensyarah yg membenarkan pljr saya makan di dlm bilik kuliah sewaktu saya memberi syarahan. Tak ada masalah. American style, professor saya dulu siap bawak kopi dlm mug. Tetapi saya berulang-kali mengingatkan pljr saya, hormati peraturan pensyarah lain. Jgn biadap.
— Siti Raudzah Ghazali (@sitiraudzah) February 5, 2025
Ramai Setuju Rasa Lapar Akan Ganggu Fokus Belajar
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengguna X bersetuju dengan prinsip Siti yang membenarkan pelajar menjamah makanan sewaktu belajar dalam dewan kuliah.
Malah ada pelajar yang berkata dia hanya berniat untuk menjamah sedikit snek kerana mahu kekal fokus dalam kelas.
“Baru tadi kena, tak bagi makan. Padahal beli keropok keping je. Syarahan tiga jam. Nak tahan mengantuk tu. Kalau tak bagi mengunyah memang kelautlah (tidur) ceritanya,” ujar seorang wanita.
Sementara itu, segelintir individu berpendapat tiada masalah untuk pelajar makan ketika dalam kuliah selagi mana ia tidak menganggu sesi tersebut.
“Kalau saya, minum boleh, makanan berat tak boleh. Snek ke roti tak kisah sangat, asalkan tidak ganggu proses pengajaran,” kata seorang lelaki.
Seterusnya, ada juga yang berpendapat otak pelajar tidak dapat berfungsi dengan baik sekiranya belajar dengan perut yang kosong.














Makanan Yang Tingkatkan Kecerdasan Otak
Perlu diingatkan, bukan semua jenis makanan mampu meningkatkan kecerdasan otak dan minda pelajar.
Sebagai contoh, satu kajian yang diterbitkan dalam American Journal of Clinical Nutrition pada 2011 menunjukkan bahawa orang sihat yang makan makanan ringan selama lima hari mempunyai masalah ingatan.
Hal ini berkemungkinan terjadi kerana pengambilan makanan yang bertoksik secara berterusan.

Oleh itu adalah penting untuk anda memilih makanan atau snek terbaik untuk diambil ketika sedang belajar. Antara makanan yang boleh meningkatkan kecerdasan minda dan daya fokus adalah seperti:
- Avokado
- Beri biru
- Sayur-sayuran berdaun hijau
- Ikan seperti salmon, tuna dan sardin
- Telur
- Kekacang seperti walnut
- Coklat gelap

Baca Artikel Berkaitan: Nabila Huda Alami Masalah Mudah Lupa, Minta Nasihat & Tips Di Twitter
Baca Artikel Berkaitan: [Video] ‘Popcorn Brain’ Jadi Punca Individu Sukar Fokus & Tak Produktif. Ini Info Penting Ramai Terlepas Pandang
Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Istimewa Tercicir Gara-Gara Ibu Bapa ‘Denial’, Terpaksa Ikuti Kelas Aliran Perdana