fbpx
Now Reading
“Kaya Yang Sebenar”- Pakcik Baca Al-Quran Ketika Tunggu Lampu Isyarat Buat Ramai Kagum [Video]

“Kaya Yang Sebenar”- Pakcik Baca Al-Quran Ketika Tunggu Lampu Isyarat Buat Ramai Kagum [Video]

Menerusi video yang dikongsikan kelihatan mulut pakcik berkenaan terkumat kamit membaca ayat al-Quran daripada beberapa keping kertas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.


Setiap individu beragama Islam pasti ingin menjadi seorang muslimin yang baik dan memanfaatkan kehidupan untuk beribadah kepada Allah SWT.

Ini kerana, Allah SWT telah menjanjikan ganjaran pahala yang besar buat mereka yang beribadah dan sentiasa melakukan kebaikan.

Bukan hanya itu, mereka yang beribadah dan sentiasa memanfaatkan kehidupannya dengan melakukan suruhan Allah juga dijanjikan syurga.

Maka tidak hairanlah jika ada individu yang sanggup melakukan apa sahaja demi menjalankan perintah Allah SWT.

Pakcik baca al-Quran ketika di lampu isyarat raih perhatian

Perkara sama turut dilakukan oleh seorang pakcik ini apabila gelagatnya menjadi perhatian ramai.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Apizk di TikTok, awlanya kelihatan seorang pakcik yang memandu sebuah kereta Perodua Kancil sedang berhenti di lampu isyarat merah.

Namun apa yang menjadi perhatian, pakcik ini tidak mensia-siakan masa menanti lampu isyarat bertukar daripada merah kepada hijau dengan membaca ayat suci Al-Quran.

Dalam video itu kelihatan pakcik berkenaan sedang memegang beberapa keping kertas yang tertera tulisan al-Quran.

Kelihatan mulut terkumat-kamit membaca

Malah turut kelihatan mulutnya terkumat-kamit membaca al-Quran sambil matanya turut sekilas memandang lampu isyarat sekiranya ia sudah bertukar kepada hijau.

Di dalam kereta pakcik berkenaan kelihatan dia membawa kepingan kotak dipercayai untuk dihantar ke pusat kitar semula.

Bukan hanya di bahagian belakang, bahagian atas kereta turut dilihat diisi dengan barangan untuk dikitar semula.

Sebaik sahaja lampu bertukar kelihatan dia meletakkan semula kertas tersebut di atas ‘dashboard’ untuk menyambung pemanduan.

Ramai kagum lihat pakcik dan sifatkan dia individu terkaya

Melihat di ruangan komen, ramai kagum dengan perkara yang dilakukan oleh pakcik berkenaan.

Malah ada yang mengatakan itu adalah erti kaya yang sebenar kerana memanfaatkan setiap kehidupannya untuk beribadah kepada Allah.

Ada juga menyifatkan pakcik itu begitu bersungguh-sungguh mencari redha Allah SWT.

“Kayanya pakcik ni.. orang kaya yang sebenar. Kaya di akhirat.”
“Boleh weh, kalau ada niat nak belajar al-Quran, mesti Allah permudahkan..”
“Bila Allah SWT dah tarik dunia, penah jumpa orang yang Allah tarik dunia dalam diri dia. Hidup susah tapi, mata kita yang lihat sudah bukan untuk mereka. Bagi mereka cukup semua.”
“Bersungguhnya pakcik berusaha mencari redha Allah. Semoga Allah terima (ibadah) pakcik).”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.